Haji Azizi bin Haji Abdullah atau Azizi Haji Abdullah merupakan seorang penulis kelahiran Kedah, Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah, pada 4 April 1942. Beliau merupakan penerima anugerah Anugerah Penulis S.E.A. 1988 mewakili Malaysia.

Haji Azizi bin Haji Abdullah
Info kelahiran(1942-04-04)4 April 1942
Kedah Kota Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah
Kematian21 Ogos 2011(2011-08-21) (umur 69)
Hospital Pulau Pinang
KuburTanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur, Kulim
Nama penaJamong, Qalam Adly, Anita, Shahrul Manjarishah, Tan Sri Sasterawan, Sri Bungsu dan Tukya
PekerjaanGuru agama, Penulis
Pusat pendidikanSekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang
Tempoh1960-2011
GenrePuisi, Satira
SubjekKemanusiaan
Pencapaian ketaraSeorang Tua di Kaki Gunung
AnugerahAhli Mangku Negara
Anugerah Penulis S.E.A.
PasanganZubaidah Yusoff
AnakAnita
Azimah


PendidikanSunting

Bersekolah di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perai (Sekolah ini diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, (bekas Perdana Menteri Malaysia) hingga tahun 1965.

KerjayaSunting

Azizi adalah bekas guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah (1965). Selepas bersara pada 1997, beliau menjadi editor akhbar bulanan Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira.

NovelSunting

Berikut merupakan senarai novel karya beliau:

  • Garis Lintang Anak Haram (1968)
    • 'Garis Lintang Anak Haram' - 1968. Diterbitkan oleh Pustaka Sari
  • Senja Belum Berakhir (1971)
    • 'Senja Belum Berakhir' - 1971. Diterbitkan oleh Pustaka Nasional
    • 'Senja Belum Berakhir' - 1982. Diterbitkan oleh Pustaka Nasional
  • Bila Hujan Malam (1976)
    • 'Bila Hujan Malam' - 1976. Diterbitkan oleh Amir Enterprise
    • 'Bila Hujan Malam' - 1979. Diterbitkan oleh Penerbitan Pena Sdn Bhd
  • Sami Mekong (1976)
    • 'Sami Mekong' - 1979. Diterbitkan oleh Utusan Melayu
    • 'Sami Mekong' - 1991. Diterbitkan oleh Penerbitan Kintan
  • Tini (1977)
    • 'Tini' - 1977. Diterbitkan oleh Utusan Publication & Distributor
    • 'Tini' - 1989. Diterbitkan oleh Marwilis Publisher & Distributors Sdn Bhd
  • Ayah Bonda (1978)
    • 'Ayah Bonda' - 1978. Diterbitkan oleh Pustaka Sistem Pelajaran
  • Di Kolam Mulhamah (1978)
    • 'Di Kolam Mulhamah' - 1978. Diterbitkan oleh Garis Cinta Books
  • Gadis Itu Bernama Ina (1978)
    • 'Gadis Itu Bernama Ina' - 1978. Diterbitkan oleh Karya Publishing House
    • 'Gadis Itu Bernama Ina' - 1991. Diterbitkan oleh Penerbitan Kintan
  • Seorang Tua di Kaki Gunung (1982)
    • 'Seorang Tua di Kaki Gunung’ - 1984. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
    • 'Seorang Tua di Kaki Gunung’ - 1995. Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)
    • 'Seorang Tua di Kaki Gunung’ - 2001. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
    • 山の麓の老人 / Yama no fumoto no rōjin - 2005. Diterjemah dalam bahasa Jepun oleh Dr. Yūko Fujimura dan Thaiyibah Sulaiman.
    • 'The Old Man at the Foot of the Mountain' - 2010. Diterjemah dalam bahasa Inggeris oleh Nur Ilyanna Mohammad Shaharul Hashri, diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia.
    • 'Seorang Tua di Kaki Gunung’ - 2019 . Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka[1]
  • Debu Takdir (1982)
    • 'Debu Takdir' - 1982. Diterbitkan oleh Tra-Tra Publishing.
  • Dee (1987) - sebuah novel tasawuf
    • 'Dee' - 1987. Diterbitkan oleh Marwilis Publisher
  • Melukut Kota (1987)
    • 'Melukut Kota' - 1995. Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn Bhd
    • 'Melukut Kota' - 1987. Diterbitkan oleh Penerbitan Azam
  • Asyraq (1987)
    • 'Asyraq' - 1987. Diterbitkan oleh Penerbitan Azam
  • Juak (1989)
    • 'Juak' - 1989. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Yang Merusuh (1991)
    • 'Yang Merusuh' - 1991. Diterbitkan oleh Penerbitan Kintan
  • Tukcai (1991)
    • 'Tukcai' - 1991. Diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd[2]
    • 'Tukcai' - 2007. Diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd
  • Menebus Maruah (1991)
    • 'Menebus Maruah' - 1991. Diterbitkan oleh Marwilis Publisher & Distributors
  • Beruk (1991)
    • 'Beruk' - 1991. Diterbitkan oleh Penerbitan Kintan
    • 'Beruk' - 2010. Diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
  • Anak Kampung Kuala Raga (1991)
    • 'Anak Kampung Kuala Raga' - 1991. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Anak Belantara Tropika (1992)
    • 'Anak Belantara Tropika' - 1992. Diterbitkan oleh Marwilis Publisher & Distributor Sdn Bhd[2]
    • 'Anak Belantara' - 2011. Diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
  • Cahaya di Pedalaman (1992)
    • 'Cahaya di Pedalaman' - 1992. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Dunia Bukan Syurga (1993)
    • 'Dunia Bukan Syurga' - 1993. Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd.
  • Sinappapal (1993)
    • 'Sinappapal' - 1993. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Suriati (1993)
    • 'Suriati' - 1993. Diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
    • 'Kugapai Cintamu Suriati' - 2003. Diterbitkan oleh Penerbitan Azizi
    • 'Suriati' - 2009. Diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
  • Hoi! (1994)
    • 'Hoi!' - 1994. Diterbitkan oleh Fajar Bakti Sdn Bhd
  • Wi & Wiliam (1995)
    • 'Wi & William' - 1995. Diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Buih (1995)
    • 'Buih' - 1995. Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd.
  • Ateik Putriba (1996)
    • 'Ateik Putriba' - 1996. Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn Bhd
  • Ayahanda (1997) - sebuah novel biografi.
    • Ayahanda - 1997. Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd.
    • Ayahanda - 2016. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  • Pencinta Alam (1998)
    • 'Pencinta Alam' - 1998. Diterbitkan oleh Berita Publishing
    • 'Pencinta Alam' - 2010. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Kawin-Kawin (2002)
    • 'Kawin-Kawin' - 2002 & 2008. Diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Sangeetha (2006)
    • 'Sangeetha' - 2006. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
    • 'Sangeetha’s Duet' - 2009. Diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
  • Memoir Seorang Guru (2008)
    • 'Memoir Seorang Guru' - 2008. Diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd
  • Harga Sebuah Maruah (2007)
    • 'Harga Sebuah Maruah' - 2007. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  • Zikir Rindu (2009)
    • Zikir Rindu - 2009. Diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd
  • Daerah Beta (2009)
    • 'Daerah Beta' - 2009. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Badai Cinta (2011)
    • 'Badai Cinta' - 2011. Diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
  • Mandala Dunia Kedua (2011)
    • 'Mandala Dunia Kedua' - 2011. Diterbitkan oleh PTS Litera

CerpenSunting

Banyak cerpen beliau disiarkan dalam akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu. Beliau menghasilkan hampir 200 cerpen.

Kecenderungan menulis bermula di sekolah agama.

Artikel pertama tentang baik buruk wanita bermain bola sepak tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang.

Cerpen ‘Sisa’ disiarkan dalam Warta Mingguan, Pulau Pinang pada 1963.

Cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’ (1963) membuat beliau didakwa di mahkamah .

Cerpen lain ialah Sami Mekong dan Dua Seniman (1966). Cerpen Di Pinggir Kampung Barzakh (1975) menjadi bahan pelemik selama tujuh minggu.

Cerpen 'Beruk' (1970) menjadi teks sastera dalam antologi 'Jejak Langkah'.

Cerpen ‘Mohd. Dhuha’, 'Moris Minor Kesumba Murup’, ‘Kolai si Kuda Tua’, ‘Mohd. Takeuchi’, ‘Mas Um’ turut menonjolkan bakat beliau.

Beberapa cerpennya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (termasuk antologi), ke bahasa Cina dan Thailand.

Cerpen ’Tulang Pekasam Ikan Puyu’ telah diolah menjadi skrip drama TV.

Antologi CerpenSunting

Berikut merupakan antologi cerpen karya beliau:

  • Latifah Rabbaniah (1976)
    • 'Latifah Rabbaniah' - 1976. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
    • 'Latifah Rabbaniah' - 1981. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Keakuan (1978)
    • 'Keakuan' - 1978. Diterbitkan oleh Heinemann Educational Books
  • Rindu Bonda (1980)
    • 'Rindu Bonda' - 1980. Diterbitkan oleh Teks Publishing Sdn. Bhd.
  • Songsang (1984)
    • 'Songsang' - 1984. Diterbitkan oleh Teks Publishing Sdn. Bhd.
  • Pertiwi (1985)
    • 'Pertiwi' - 1985. Diterbitkan oleh Teks Publishing Sdn. Bhd.
  • Mardudah (1987)
    • 'Mardudah' - 1987. Diterbitkan oleh Marwilis Publisher
  • Istiqamah (1988)
    • 'Istiqamah' - 1988. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Bibit Cinta (1989)
    • 'Bibit Cinta' - 1989. Diterbitkan oleh Penerbitan Pena Sdn Bhd
    • 'Seeds of Love' - 1992. Diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Dewan Behasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia
    • 'Seeds of Love' - 2010. Diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
  • Jangan Pisahkan Aku! (1997)
    • 'Jangan Pisahkan Aku!' - 1997. Diterbitkan oleh Sasbadi Sdn Bhd
  • Pendoa Yang Ikhlas (2005) (Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20)
    • 'Pendoa Yang Ikhlas' - 2005. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Sepi Makin Memanjang (2013) (Himpunan 20 buah cerpen pilihan Azizi Haji Abdullah)
    • 'Sepi Makin Memanjang' - 2013. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Antologi BersamaSunting

Berikut merupakan antologi cerpen yang ditulis bersama-sama penulis lain:

  • Intan Terpilih. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu, 1966.
  • Terkangkang. Melaka : Gerkap Sekawan, 1969.
  • Cerpen-cerpen Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977.
  • Jelapang. Pulau Pinang: Teks Publishing, 1981.
  • Bunga Gunung. Kuala Lumpur: Berita Publishing, 1982.
  • Jelapang II. Pulau Pinang: Teks Publishing, 1983.
  • Menjunjung Titah Perintah. Subang Jaya: Tra-Tra Publishing, 1984.
  • Titian Laut. Kuala Lumpur: DBP, 1984.
  • Angin Pulau. Kuala Lumpur: Teks Publishing, 1985.
  • Dongeng Merdeka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1985.
  • Alun Menggulung Perlahan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1986.
  • Zaimah Yang Kubunuh - dalam Sesudah Senja (1990). Diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
  • Nilai Cinta Kami - dalam Dari Suatu Tikungan Lorong (2008) Diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
  • Sangeetha - dalam Cinta Sekerdip Embun: Antologi Cerpen Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996-2005 (2010) Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Aku Pun Nak Ke Sana - dalam Cinta Sekerdip Embun: Antologi Cerpen Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996-2005 (2010) Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Karya Bukan FiksyenSunting

Berikut merupakan karya bukan fiksyen beliau:

  • Gaya Hidup Ranggi (2002)
    • 'Gaya Hidup Ranggi' - 2002. Diterbitkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
    • 'Gaya Hidup Ranggi' - 2005. Diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang
  • Air Mata Kerpan (2002)
    • 'Air Mata Kerpan' - 2002. Diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang
  • Siapa Khianat Siapa (2003)
    • 'Siapa Khianat Siapa' - 2003. Diterbitkan oleh Penerbitan Azizi
  • Luka Rakyat (2003)
    • 'Luka Rakyat' - 2003. Diterbitkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
    • 'Luka Rakyat' - 2008. Diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang
  • UMNO Kelamkabut & Fobia Oktober (2003)
    • UMNO Kelamkabut & Fobia Oktober - 2003. Diterbitkan oleh Penerbitan Azizi.
  • Ulat-Ulat UMNO (2004)
    • 'Ulat-Ulat UMNO' - 2004. Diterbitkan oleh Penerbitan Azizi.
  • Hentikan Hutang dan Boros (2005)
    • 'Hentikan Hutang dan Boros' - 2005. Diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang
  • Kuras-Kuras Kreatif (2007)
    • 'Kuras-Kuras Kreatif' - 2007. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Sayap-sayap Selepas Senja (2008)
    • 'Sayap-sayap Selepas Senja' - 2008. Diterbitkan oleh Goal Intelligent Publishing
  • Mustadh'afin: Yang Tertindas (2008)
    • 'Mustadh'afin: Yang Tertindas' - 2008. Diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang
  • Jiwa Hamba (2008) - Buku yang mengkritik budaya Melayu yang menyebabkan orang Melayu mundur.
    • 'Jiwa Hamba' - 2008. Diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Anugerah & PengiktirafanSunting

Anugerah sebagai penulis:

  • 1974 - Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.), oleh DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Malaysia
  • 1986 - Pingat Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M.), oleh DYMM Sultan Kedah
  • 1988 - Anugerah S.E.A. Write Awards[3]

Anugerah berkaitan novel:

  • 1971 - Hadiah Karya Sastera 1971(Kategori Novel) - Novel "Senja Belum Berakhir"
  • 1982 - Hadiah Kedua Sayembara Novel anjuran Yayasan Sabah-GAPENA - Novel "Seorang Tua di Kaki Gunung"
  • 1992 - Pemenang Pertama Sayembara Novel Berunsur Islam anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri. Novel: "Suriati"[4]
  • 1995 - Tempat Ketiga Hadiah Sako I bagi Novel Nasional - Novel: "Wi & William"
  • 1999 - Tempat Pertama Hadiah Sako II bagi Novel Nasional - Novel: "Kawin-kawin"
  • 2007 - Tempat Pertama Hadiah Sastera MASTERA ke-5 - Novel: "Sangeetha"
  • 2007 - Hadiah Kedua Sayembara Mengarang sempena Sambutan Jubli Emas DBP - Novel: “Harga Sebuah Maruah”
  • 2008 - Hadiah Karya Sastera Sayembara Yayasan Sabah 2008 - Novel: "Asyraq"
  • 2011 - Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 (Kategori Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Genre Novel) - Novel "Beruk"

Anugerah berkaitan cerpen:

  • 1972 - Hadiah Karya Sastera 1972 (Kategori Cerpen) - Cerpen “Jerat Sudah Mengena”
  • 1973 - Hadiah Karya Sastera 1973 (Kategori Cerpen) - Cerpen “Latifah Rabbaniah”
  • 1974 - Hadiah Karya Sastera 1974 (Kategori Cerpen) - Cerpen “Bapa”
  • 1975 - Hadiah Karya Sastera 1975 (Kategori Cerpen) - Cerpen “Kipas Angin” dan “Wau Kepala Burung”
  • 1975 - Hadiah Saguhati Peraduan Cerpen Agama anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Cerpen: "Keakuan"
  • 1975 - Hadiah Saguhati Peraduan Cerpen Agama anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Cerpen: "Menuju Ke Takah Tiga"
  • 1979 - Sayembara I Cerpen Hadiah Esso-Gapena (Kategori Cerpen) - Cerpen: “Pelarian yang Kedua”
  • 1980 - Sayembara II Cerpen Hadiah Esso-Gapena (Kategori Cerpen) - Cerpen: “Kecundang Seorang Petani”
  • 1982 - Sayembara III Cerpen Hadiah Esso-Gapena (Kategori Cerpen) - Cerpen: “Seladang”
  • 1983 - Hadiah Sastera Malaysia 1982/83 (Kategori Cerpen) - Cerpen: "Tulang Pekasam Ikan Puyu"
  • 1983 - Hadiah Sastera Malaysia 1982/83 (Kategori Cerpen) - Cerpen: "Tiruselvam"
  • 1987 - Sayembara VI Cerpen Hadiah Esso-Gapena (Kategori Cerpen) - Cerpen: “Sengat Sembilang”
  • 1988 - Sayembara VII Cerpen Hadiah Esso-Gapena (Kategori Cerpen) - Cerpen: "Wi"

Anugerah berkaitan selain novel dan cerpen:

PolitikSunting

Beliau terlibat dalam politik Malaysia dan aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan pernah menjadi calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri N.35 Kulim di Kedah dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 menentang Barisan Nasional, namun tewas.[5]

Tahun Kerusi Parti Pembangkang Undi Parti Pemerintah Undi Majoriti Peratusan Turun Mengundi
1999 N.35 Kulim PAS Azizi Haji Abdullah 5,785 BN-MCA Dato' Yong Pau Chak 11,653 5,868 72.40%

Meninggal duniaSunting

Beliau meninggal dunia pada pukul 7.50 pagi, 21 Ogos 2011 setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos 2011. Beliau telah dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac 2011 dan menjalani pembedahan jantung pada April 2011. Namun, keadaan beliau tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang, menyebabkan beliau ditahan wad pada Ogos 2011.[6]

Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur, Kulim, Kedah selepas solat Zohor. Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu, Kulim kira-kira 11.30 pagi dan disambut oleh beratus-ratus orang jiran dan sahabat handai serta rakan-rakan penulis dari Kedah dan Pulau Pinang. Antara yang menziarahi jenazahnya ialah Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad bersama keluarganya. Beliau meninggalkan isterinya Zubaidah Yusuff, 64 dan dua anak perempuan iaitu Anita, 40 dan Azimah, 21.[7]

PautanSunting

RujukanSunting