Azlan Abu Hassan (lahir 1970) adalah seorang penggubah/pencipta lagu dan penerbit album di Malaysia. Abangnya Adnan Abu Hassan dan Azman Abu Hassan juga penggubah lagu.

Azlan Abu Hassan
Kelahiran1970 (umur 49–50)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B, Balada
PekerjaanKomposer, penerbit rakaman, penggubah lagu
Instrumenkeyboard, piano, vocals,
Tahun aktif1984 - kini

Beliau merupakan pencipta lagu Terlalu Istimewa dendangan Adibah Noor yang memenangi Juara Lagu 2006. Lagu pertama beliau diterbitkan pada tahun 1984 (Selagi Hayat ku ada - Juliza Adzlizan ) dan beliau telah aktif secara profesional di dalam penulisan lagu & penghasilan lagu sejak 1984. Beliau pertama kali menjadi produser lagu pada tahun 1995 (Nora (penyanyi)-'Katakanlah 'dari' Debaran '). Beliau adalah bekas pegawai bank di RHB Bank (Treasury) dan telah menjadi penerbit / penulis lagu sepenuh masa sejak meninggalkan bank pada tahun 2003. Beliau telah bekerja dengan artis-artis tempatan seperti Anuar Zain, Ziana Zain, Siti Nurhaliza , Hafiz Hamidun, Kumpulan Innuendo, Liza Aziz, Azlina Aziz, Kaer Azami, Stephen Rahman-Hughes, Adibah Noor, dan artis luar negara seperti Gary Chaw dan Elva Hsiao. Beliau juga jurutera bunyi, pengadun dan penyusun muzik . Beliau aktif menjadi juri profesional untuk acara-acara korporat dan pertandingan-pertandingan tempatan seperti Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik serta Asia Bagus.

Lagu gubahan Azlan Abu Hassan sudah empat kali memenangi Lagu Terbaik di pentas Anugerah Industri Muzik.[1]

Lagu NyanyianSunting

Antara lagu ciptaanSunting

PencapaianSunting

Asia Song FestivalSunting

Lagu terbaik tempat ke-3 Asia Song Festival 1999 - 'Pengorbanan' - Liza/Azlina Aziz

Hits1 RTMSunting

  • Lagu Terbaik Hits1 2006 (Best Song )- Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
  • Lagu Terbaik Hits1 2008 (Best Song) - ketentuan (Ramlah Ram)

Anugerah Industri MuzikSunting

  • Lagu Terbaik AIM5/1998 - Selamanya - Innuendo, lirik oleh Cahaya Pena, Rizal Kamaruzzaman dan Azlan Abu Hassan
  • Lagu Terbaik AIM8/2001 - Menyemai Cinta Bersamamu - Nora Ariffin, lirik oleh Ishak Ahmad
  • Lagu Terbaik AIM10/2003 - Keabadian Cinta - Anuar Zain, lirik oleh Azalea
  • Lagu Terbaik AIM14/2008 - Izinku Pergi - Kaer Azami, lirik oleh Sulu Sarawak

Anugerah Juara LaguSunting

Penyertaan sebagai Komposer

Anugerah Seni Negara (Kementerian kesenian, kebudayaan dan Warisan)Sunting

Anugerah Seni Negara - Anugerah Bakat Muda (Pencipta Muzik) - 2006

RujukanSunting

  1. ^ Malam kemuncak segala-galanya Utusan Malaysia Online

2. https://www.linkedin.com