Azlisham Ib Berahim

Azlisham Ib Berahim (lahir pada 1 Oktober 1973) merupakan bekas seorang pemain bola sepak di Malaysia yang kini dilantik sebagai jurulatih penjaga gol sejak mengumumkan persaraan sebagai pemain pada musim 2005. Beliau merupakan anak didik bekas penjaga gol negara, Abdul Rashid Hassan.

Azlisham Ib Berahim
Maklumat peribadi
Nama penuh Azlisham Ib Berahim
Posisi permainan Penjaga gol
Kerjaya remaja
1992-1994 Piala Presiden Selangor
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1994-1998
1999-2000
2001-2002
2003
2004-2005
Selangor
Pulau Pinang
Perak
Negeri Sembilan
Selangor
Pasukan kebangsaan
1992 & 1999 Malaysia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Sepanjang kerjayanya sebagai pemain, beliau pernah mewakili Selangor, Pulau Pinang dan Perak serta mewakili skuad kebangsaan dan beilau menamatkan kariernya bersama skuad Merah Kuning.