Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke Sabah dan menetap di sana.

Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

Pencapaian sunting

  • Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Malaysia 1988/1989 bagi cerpennya, Singkowoton
  • Hadiah Kedua Sayembara ESSO-GAPENA VIII 1991 bagi cerpennya, Kuntum Perdamaian
  • Hadiah Pertama Peraduan Mengarang Cerpen Maybank-DBP 1991 bagi cerpennya, Mikrotome.
  • Novel Kukui (1986),
  • Novel Noor Ainku Sayang (1987)
  • Novel Dukanya Abadi (1988/89).
  • Novel Dari Dalam Cermin (1992) memenangi tiga hadiah sastera, iaitu Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel 1989 sempena 25 Tahun Sabah Merdeka, Hadiah Sastera Sabah 1993 dan Hadiah Sastera Malaysia 1992/93.

Pautan luar sunting