Daqmie

(Dilencongkan dari Azmee Abdul Manap)

Azmee bin Abdul Manap (Jawi: عزمي بن عبدالمنڤ; lahir 20 Januari 1971) atau lebih dikenali sebagai Daqmie, merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penulis lagu, penggubah lagu, penulis lirik, penerbit rakaman, penata bunyi dan guru vokal yang terkenal di Malaysia.

Daqmie
Kelahiran
Azmee bin Abdul Manap

(1971-01-20) 20 Januari 1971 (umur 51)
Nama lainD'Mee (ketika bersama kumpulan East),
D'Miee (ketika bersama kumpulan Barongan),
Dakmie (ketika memulakan kerjaya seni secara solo)
PendidikanSK Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka;
SM Simpang Empat (kini SMK Naning), Alor Gajah, Melaka;
SM Dato' Dol Said, Alor Gajah, Melaka
Pusat pendidikanInstitut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) (kini Universiti Tun Abdul Razak)
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penulis lagu, penggubah lagu, penulis lirik, penerbit rakaman, penata bunyi, guru vokal
Tahun aktif1989–kini
Terkenal keranaLagu Yang Terindah (lagu runut bunyi filem I'm Not Single dan drama bersiri AdaMaya), lagu-lagu daripada filem 7 Petala Cinta dan lagu Tangis Sebatang Tamar daripada album solo sulung beliau, Maulaya
PasanganSyarifah Durrah Uzma Syed Jaffar Mohiuddin (k. 2017)
AnakSayyida Nur Khadija
(7 April 2021)
Kerjaya muzik
GenreRock, metal, pop, balada, nasyid
InstrumenVokal, piano, papan nada, gitar, gitar bes, dram
Syarikat rakaman
Noize Music Sdn. Bhd., NSR (New Southern Records), Loonaq Records, NC Records, Inteam Records
Pengkarya berkait
East, Barongan, Dendang Anak, Metrowealth Pictures, Farihin Abdul Fatah, ITO Lara, Raihan, Nazrey Johani, Hijjaz, Rabbani, Brothers, Saujana, NowSeeHeart, Datuk Sharifah Aini, Saleem, Redang, Dato' Aishah, A to Z, Belantara, Mu'adz Dzulkefly, As-Saufee, Diwani, Durrani, Haikal, Ideal, In-Team, Mestica, Sabda, Wildan, Varians, Demascus, AlarmMe, Algebra, Destiny, FINE
Ahli Lembaga Pengarah Nasyeed Edutainment Sdn. Bhd. (NESB), atau lebih dikenali sebagai Nasyeed.com
Memegang jawatan
2008

Kehidupan awalSunting

Azmee merupakan anak yang ketujuh daripada lapan orang adik-beradik. Keluarga beliau menetap di Kampung Paya, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, tetapi beliau dilahirkan di Hospital Tampin, Tampin, Negeri Sembilan kerana jarak dari rumah beliau ke Hospital Tampin tidak terlalu jauh.[1]

Beliau dibesarkan dengan Adat Perpatih, kerana Allahyarhamah ibu beliau berasal daripada suku Anak Melaka dan Allahyarham bapa beliau pula berasal daripada suku Biduanda Naning. Bahasa percakapan seharian mereka menggunakan loghat Bahasa Nogoghi atau Nogori.[2] Bapa beliau, Allahyarham Ustaz Haji Abdul Manap Hassan, merupakan seorang guru di Sekolah Rendah Alor Gajah 1, sebuah sekolah rendah aliran Melayu di Alor Gajah, Melaka pada ketika itu.[3]

Latar belakang pendidikanSunting

Azmee memulakan alam persekolahan beliau di Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat (kini Sekolah Kebangsaan Simpang Empat), Alor Gajah pada tahun 1978.[4]

Beliau kemudiannya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Simpang Ampat (Sekolah Menengah Simpang Empat - kini Sekolah Menengah Kebangsaan Naning), Alor Gajah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Selepas itu, beliau berpindah pula ke Sekolah Menengah Dato' Dol Said yang merupakan sebuah sekolah menengah berasrama yang juga terletak di Alor Gajah, dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6.[5]

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam jurusan Accounting Finance (Perakaunan Kewangan) di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) (kini Universiti Tun Abdul Razak) dari tahun 1995 hingga 1997.

BakatSunting

PengaruhSunting

Azmee tidak pernah didedahkan kepada muzik kerana kawasan tempat tinggal beliau pada masa itu tidak mempunyai bekalan elektrik dan keluarga beliau pula tidak mempunyai radio atau pun televisyen, sehinggalah beliau berumur 7 atau 8 tahun. Beliau hanya menerima pendedahan kepada bidang seni suara ketika beliau berumur 5 atau 6 tahun, apabila bapa beliau mula mengajar beliau dan anak-anak kampung yang lain untuk mengaji Al-Quran dan berqasidah. Setiap malam, tidak kurang dari 100 orang anak-anak kampung datang untuk belajar mengaji Al-Quran bersama bapa beliau. Mereka belajar beramai-ramai, dengan sekurang-kurangnya empat atau lima orang pelajar mengaji Al-Quran pada satu masa yang sama.[6]

Aura Bintang RTMSunting

Ketika Azmee masih di sekolah rendah, beliau telah menonton sebuah rancangan pertandingan nyanyian terkenal tanah air iaitu Bintang RTM buat kali yang pertama. Kejayaan M. Rizal bergelar juara Bintang RTM 1978 telah menyemarakkan impian Azmee untuk menyanyi.[7][8]

Pada tahun berikutnya pula, kejayaan Dato' Jamal Abdillah menjadi juara Bintang RTM 1979 melalui lagu nyanyian asal kumpulan Alleycats, Senandung Semalam, telah memberi impak kepada kehidupan Azmee. Beliau menyifatkan bahawa suara emas dan cara Jamal menyampaikan lagu tersebut di pentas akhir Bintang RTM 1979 tersebut telah memberikan beliau suatu kuasa seni yang tiada tolok bandingnya.[9][10][11][12]

Pengalaman menjadi qariSunting

Pada tahun 1981, ketika Azmee masih di Darjah Empat, bakat beliau telah mula dikesan oleh Allahyarham Ustaz Baharuddin iaitu rakan sejawat kepada bapa Azmee, setelah beliau mendengar Azmee menyanyi dari kelas ke kelas di sekolah. Allahyarham mengatakan bahawa Azmee memiliki kualiti suara. Allahyarham juga mula menyiasat latar belakang Azmee melalui bapa Azmee sendiri. Sejak dari itu, Allahyarham mula melorongkan bakat Azmee kepada perkara yang lebih bermanfaat iaitu musabaqah Al-Quran.[13]

Bakat dan kebolehan Azmee juga telah dikesan oleh Ustazah Syarifah, salah seorang guru beliau di Sekolah Agama Majlis Agama Islam Negeri Melaka pada waktu petang. Azmee mula menjadi peserta qari dan mewakili sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Dari Darjah Empat sehingga Darjah Enam, beliau berjaya menjadi johan musabaqah Al-Quran di kedua-dua peringkat - sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Beliau berjaya menjadi juara peringkat kawasan tetapi beliau kalah dalam pertandingan di peringkat daerah.

Semasa Azmee di sekolah menengah, beliau mengorak langkah untuk menjadi salah seorang pencabar terkuat dalam musabaqah. Dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga, beliau berjaya menjadi juara peringkat kawasan dan juga daerah Alor Gajah. Walau bagaimanapun, beliau kalah di peringkat negeri Melaka kepada peserta-peserta yang sama setiap tahun iaitu saudara Mirmunir dan Abdullah. Pada masa itu, negeri Melaka mempunyai 3 buah daerah sahaja iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.

Setelah Azmee berpindah ke Sekolah Menengah Dato' Dol Said, Alor Gajah, barulah beliau dapat mengalahkan Mirmunir dan Abdullah. Mereka berdua terpaksa bertanding antara satu sama lain untuk layak ke peringkat kawasan kerana mereka berdua mewakili sekolah yang sama, iaitu Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam. Azmee pernah terpilih untuk memasuki sekolah tersebut tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Akhirnya, beliau berjaya menjadi juara qari peringkat negeri Melaka bagi kategori sekolah menengah pada tahun 1988. Beliau telah dibimbing oleh guru Al-Quran beliau, Ustaz Mohd Yusof.

Bermula dari saat itu, Azmee sudah mula dikenali kerana bakat yang dimiliki beliau. Beliau mula terdedah dengan seni muzik setelah selesai menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Sahabat beliau iaitu saudara Ikhwan Zahari banyak bercerita kepada beliau mengenai dunia muzik rock pada masa itu.[14]

Kerjaya seniSunting

1989: Langkah pertamaSunting

Azmee memulakan langkah beliau dalam dunia seni sebagai seorang jurutera bunyi untuk Produksi Rakam Zalikamari, syarikat milik Zalikamari atau Tengku Shaifful Bahri Zalikamari, yang terkenal kerana menaikkan karier artis-artis tahun 1980-an, terutamanya Sheila Majid. Zalikamari juga terkenal melalui penerbitan lagu tema untuk rancangan animasi Usop Sontorian dan Keluang Man.

Sepanjang kerjaya beliau sebagai jurutera bunyi, Azmee pernah berkhidmat bersama syarikat rakaman berikut;

• Produksi Rakam Zalikamari / Zalikamari Studio (1991 hingga 1993)
• Purnama Booty Studio (1994 hingga 1996)[15][16]
• Nearfield Studio (1996 hingga 1998)
• Flare Studios (1999 hingga 2003)[17]

Melalui kerjaya beliau sebagai jurutera bunyi untuk studio Zalikamari, peluang Azmee dan rakan-rakan beliau untuk bergelar artis rakaman bawah naungan Produksi Rakam Zalikamari terbuka luas.

1991-1998: Kumpulan EastSunting

Pengaruh muzik rock dan metal mula meresapi jiwa Azmee semasa beliau masih di Tingkatan Enam pada tahun 1989. Atas minat yang mendalam terhadap muzik, beliau dan rakan-rakannya menubuhkan sebuah kumpulan yang dikenali dengan nama EAST. Kumpulan tersebut pernah hadir dengan dua buah album iaitu EAST (1992) dan Generasi Metal (1998).

“Ketika itu, rasa taksub terhadap muzik metal memang menggunung. Malah, bapa saya sendiri tidak tahu yang saya mempunyai sebuah kumpulan rock ketika itu.”

“Hingga saat ini, saya tidak pernah bercerita dengannya tentang masa silam saya ketika saya taksub dengan metal. Sedikit pun tidak dikongsikan.”

“Cuma dia ada pesan yang saya ini berasal daripada keluarga yang baik-baik. Jadi kena jaga peribadi. Rupa-rupanya dia pesan itu selepas dia mengetahui daripada rakan-rakannya yang saya terlibat dengan muzik metal.”[18] - Daqmie
”Ketika saya aktif dengan muzik rock, ayah banyak membimbing saya supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. Dia tidak halang kerana tahu saya memang minat muzik.” ”Dengan peluang yang diberi saya gunakan sebaik-baiknya. Pembabitan saya itu semata-mata disebabkan minat, sebab itu saya masih lagi meneruskan kerjaya dalam bidang ini, meskipun lebih banyak melakukan kerja di sebalik tabir.”[19] - Daqmie

Permulaan kerjaya sebagai pemuzik, penyanyi dan penggubah lagu profesionalSunting

Azmee mula belajar bermain piano secara profesional bersama Belle Fatah, seorang pemuzik profesional dan penggubah lagu, yang juga merupakan adik kepada penggubah lagu terkemuka, S. Atan. Azmee kemudiannya memasuki kelas vokal di bawah kendalian Puan Siti Hajar, guru vokal terkenal tanah air.[20][21]

1997-kini: TransisiSunting

Azmee kemudiannya menjadi penggubah lagu dan mencari apa lagi muzik yang bagus untuk beliau terokai. Dalam pencarian tersebut, beliau bertemu dengan muzik nasyid yang memberikan beliau satu nuansa yang sangat berbeza.

Segalanya bermula pada tahun 1997 di Nearfield Studio apabila Azmee diberikan peluang oleh ketua jurutera studio tersebut pada ketika itu iaitu Ramlan Marzuki untuk melibatkan diri dalam proses penerbitan album kedua kumpulan Raihan, Syukur. Sebelum itu, Azmee terlibat dalam proses penerbitan album ketiga kumpulan A to Z, A To Z 3.

Ramlan memuji kemahiran Azmee mengendalikan peralatan rakaman semasa proses penerbitan album keempat kumpulan Hijjaz, Rindu. Jurutera rakaman yang bertugas pada waktu itu iaitu Cik Mat menawarkan peluang kepada Azmee untuk terus membantu beliau di studio tersebut. Melalui kerjasama tersebut, Azmee mula mengenali komposer dan penerbit album, Farihin Abdul Fatah yang terkenal kerana menaikkan nama kumpulan Raihan.

Selepas album Syukur, Farihin dan Azmee bekerjasama menerbitkan album istimewa kumpulan Raihan sempena bulan Ramadan dan Syawal pada tahun 1999. Kerjasama tersebut telah melahirkan album Maafkan yang diterajui kumpulan Raihan bersama kumpulan NowSeeHeart, Man Bai, Ajai, Rem dan Amir (penyanyi kumpulan Pearl).[22]

Setahun selepas itu, Azmee telah bekerjasama dengan kumpulan Rabbani, Rabbani Productions dan KRU Records untuk penerbitan album breakthrough Intifada. Kerjasama tersebut membawa dimensi baru dalam industri nasyid Malaysia, di mana rentak lagu-lagu baru Rabbani lebih segar dan mudah diterima pendengar yang meminati irama pop kontemporari.

Pada tahun 2003, kumpulan Rabbani telah menawarkan peluang kepada Azmee untuk menjadi penerbit album, penggubah lagu dan penyusun muzik yang tetap untuk Rabbani Productions.

Beliau juga telah berpeluang untuk bekerjasama dengan penyanyi solo dan kumpulan nasyid tempatan yang lain antaranya Nazrey Johani (bekas penyanyi utama kumpulan Raihan), Brothers, Saujana, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Saleem, kumpulan Redang, Mu'adz Dzulkefly, As-Saufee, Diwani, Durrani, Haikal, Ideal, In-Team, Mestica, Sabda, Wildan, Varians, Demascus, AlarmMe, kumpulan FINE dan kumpulan Swara.[23]

Selain itu, beliau pernah bertindak sebagai penerbit album kerohanian pertama penyanyi bersuara lantang, Aishah menerusi album Anak yang diterbitkan pada tahun 2010.[24]

1998: Penglibatan dalam penerbitan album sulung kumpulan RedangSunting

Pada tahun 1998, kumpulan Redang telah muncul dengan album sulung mereka yang berjudul Qasidah Nuraisha. Kumpulan tersebut merupakan sebahagian daripada artis naungan Ambang Klasik, sebuah syarikat rakaman dan penerbitan yang merupakan anak syarikat kepada Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau TV3.

Azmee yang berkhidmat di Booty Boys Studio pada ketika itu turut terlibat dalam penerbitan album berkenaan. Menurut Azman Yusoff, salah seorang ahli kumpulan Redang, Azmee telah menunjukkan bakat beliau yang terpendam dan apabila mereka mendengar suara Azmee yang unik, mereka terus mempelawa Azmee untuk menyumbangkan suara qasidah untuk lagu Qasidah Nuraisha dan juga lagu-lagu lain dalam album tersebut.

Semasa album tersebut diperdengarkan kepada pihak media, ramai wartawan yang menyangka bahawa suara qasidah tersebut adalah suara milik Sheqal, seorang penyanyi yang terkenal pada masa itu dengan lagu-lagu berentak pop tradisional dan nusantara. Apabila kumpulan Redang menyatakan bahawa suara qasidah tersebut sebenarnya adalah milik Azmee atau Mie (gelaran beliau pada masa itu), para wartawan sangat terkejut kerana tidak menyangka bahawa ada juga insan selain Sheqal yang mempunyai suara yang unik dan tersendiri.[25]

2000-2003: Kumpulan BaronganSunting

Azmee kembali ke dunia seni suara dengan menyertai Kumpulan Barongan yang memperjuangkan muzik rock dan metal tetapi mempunyai pendekatan yang menuju ke arah kerohanian, keimanan dan ketakwaan. Kumpulan tersebut popular dengan lagu-lagu seperti Kalimat Ke-7, Siapa Yang Kena, Titik Musafir, Liya Juwita, Tinggal Satu Tangki, Harung, Mereka, Aku Kaya dan Nasuha.[26][27]

Beliau yang pada masa itu lebih dikenali dengan nama panggilan D'Miee, disifatkan sebagai seorang penyanyi yang cukup berkuasa kerana mempunyai kekuatan vokal yang lantang dan keras. Beliau juga mempunyai kebolehan berqasidah dan mengaji Al-Quran dengan baik. Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya menarik diri daripada kumpulan tersebut untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja penerbitan filem dan album runut bunyi untuk filem animasi versi alih bahasa Muhammad Utusan Terakhir.

2002: Lagu Separa Disana bersama kumpulan BelantaraSunting

Pada tahun 2002, kumpulan Belantara, sebuah kumpulan muzik rock yang ditubuhkan oleh tiga orang pelajar Malaysia ketika mereka sedang melanjutkan pengajian mereka di Amerika Syarikat dan pernah mewarnai dunia muzik rock Malaysia dengan lagu-lagu popular mereka seperti Srikandi Di Sisi, Dewi, Sutra dan Airmata, telah berkerjasama dengan Azmee untuk sebuah lagu yang berjudul Separa Disana. Lagu tersebut yang lebih bernuansa pop dan fusion (seperti lagu-lagu nyanyian kumpulan padu suara lelaki yang popular pada ketika itu seperti kumpulan Backstreet Boys dan N'SYNC) merupakan satu cubaan kumpulan Belantara untuk 'lari' seketika daripada genre kebiasaan mereka. Mereka memilih Azmee untuk menyampaikan lagu berkenaan kerana mereka kagum dengan kehebatan dan keupayaan vokal beliau.[28]

2004-kini: Pendita (Dendang Anak)Sunting

Azmee kemudiannya menyertai Persatuan Kebudayaan Dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia, yang lebih dikenali sebagai kumpulan Dendang Anak, sebagai salah seorang penyanyi, pemain keyboard dan penerbit dari tahun 2004 sehingga kini.

2008: Lagu runut bunyi untuk filem Selamat Pagi CintaSunting

Azmee telah diminta oleh Brian Ng Kang Wei (kini Elman Wafi Ng Abdullah) yang berkerja di studio muzik milik Metrowealth International Group (MiG) (kini Metrowealth Pictures) pada ketika itu untuk mencipta sebuah lagu runut bunyi untuk filem Selamat Pagi Cinta. Lagu tersebut yang juga berjudul Selamat Pagi Cinta mempunyai dua versi; versi pertama merupakan lagu asal nyanyian Azmee sendiri, sementara versi yang kedua merupakan lagu versi instrumental yang digunakan dalam filem tersebut.[29][30][31]

2013-kini: Sebagai artis soloSunting

Album solo pertama: MaulayaSunting

Tidak lama selepas Azmee menerbitkan album kumpulan In-Team yang berjudul Iman & Aman, Pengarah Urusan Inteam Records ketika itu, Izham Shah Mat Anuar, telah menghubungi beliau dan menawarkan peluang untuk penghasilan album.

Pada mulanya, Azmee menyangka bahawa Izham hanya bergurau dengan beliau tentang tawaran tersebut. Beliau merasa bahawa beliau sudah tua untuk mengeluarkan album solo dan mungkin tiada sesiapa yang mahu mendengar lagu-lagu beliau. Izham kemudiannya meyakinkan Azmee bahawa sebenarnya ramai peminat lagu-lagu ciptaan beliau yang menantikan album solo daripada beliau.

Dengan berbekalkan pengalaman selama 14 tahun (sejak tahun 2000) dalam penerbitan lagu dan album untuk artis-artis nasyid terkenal, serta barisan krew penerbitan yang sangat berpengalaman antaranya Alfa dan Rumie Booty (anak-anak kepada Kesuma Booty) serta Along Exists, hasilnya Azmee tampil dengan album solo beliau yang pertama pada tahun 2013 di bawah label Inteam Records berjudul Maulaya yang turut memuatkan lagu hit beliau, Tangis Sebatang Tamar.

Selain daripada lagu Tangis Sebatang Tamar, album tersebut juga menampilkan lagu-lagu runut bunyi daripada filem 7 Petala Cinta yang telah diberikan nafas baru.

Alam MusiqSunting

Azmee kini bernaung di bawah syarikat rakaman beliau sendiri iaitu Alam Musiq, yang telah ditubuhkan pada tahun 2013, di mana ITO Lara bertindak selaku pengurus kerjaya beliau.

Selain itu, beliau telah membuka sebuah akademi pembelajaran vokal dan muzik secara silibus yang juga dikenali dengan nama Alam Musiq pada tahun yang sama. Alam Musiq membuka pengambilan pelajar dalam bilangan yang kecil dan mereka diberikan pengajian secara percuma.

Selain belajar bermain muzik dan menyanyi, pelajar yang menuntut di akademi tersebut turut diajar tentang aspek penulisan lirik dan penghasilan lagu serta aspek teknikal sebagai persediaan sebelum menjadi jurutera muzik dan anak seni yang serba boleh.[32]

Selepas mereka menamatkan pengajian dan memperoleh diploma, mereka akan disalurkan sebagai tenaga pengajar dan akademi tersebut akan mengenakan yuran pembelajaran secara berperingkat.

Azmee yang merupakan salah seorang panel NOSS (Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, mempunyai kelayakan dan kelebihan untuk mengurus tadbir akademi berkaitan kemahiran tempatan dan ia termasuklah kemahiran muzik dan vokal.[33]

2016: Lagu Langkah PendekarSunting

Azmee telah merakamkan sebuah lagu yang berjudul Langkah Pendekar khas untuk rancangan realiti Akademi Silat Pendekar Muda yang disiarkan di saluran televisyen TV AlHijrah. Lagu dan lirik lagu tersebut dicipta oleh Muhammad Nurazmi.[34][35]

Oktober 2018: Lagu Kitakan SekampungSunting

Azmee telah mencipta sebuah lagu tema untuk kempen Kitakan Sekampung, sebuah inisiatif di bawah program 3K iaitu Karnival Kampungku Kesayanganku anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Lagu yang juga berjudul Kitakan Sekampung itu dinyanyikan sendiri oleh Azmee bersama Tisya.[36][37][38]

Kempen Kitakan Sekampung bertujuan memupuk semangat kekitaan dan mengelakkan pergaduhan dalam masyarakat. Selain itu, kempen tersebut juga menerapkan sifat jati diri agar rakyat tidak lupa asal usul mereka.

KreditSunting

Penyanyi: Daqmie dan Tisya
Penulis lirik: Allahyarham Waie Ramly dan Dr. Mir Hazil
Penerbit lagu: Daqmie
Penulis lagu: Daqmie
Susunan muzik: Alfa Booty dan Daqmie
Programming dan muzik: Alfa Booty dan Rumie Booty
Penata bunyi: Rumie Booty dan Ratno Junaidi
Studio mixing & mastering: RML Studio

2019: Lagu RemukSunting

Azmee telah tampil dengan sebuah lagu terbaru bersama Daqmie Band (yang dianggotai oleh beliau sendiri bersama dua pemuzik terkenal yang juga adik beradik iaitu Alfa dan Rumie Booty) yang berjudul Remuk ciptaan beliau sendiri, manakala lirik lagu tersebut pula dicipta oleh Alfa Booty. Lagu tersebut merupakan lagu runut bunyi untuk telefilem Remuk terbitan P & D Pictures Sdn. Bhd. yang pertama kali disiarkan di TV3 pada 4 Jun 2019 sempena Hari Raya Aidilfitri.[39] Selain lagu Remuk, dua buah lagu daripada album solo Azmee yang pertama, Maulaya, iaitu lagu La Ilaha Illa Allah dan lagu Kasih Abadi (menampilkan pemain gitar terkenal, Aznan Alias) turut menjadi lagu runut bunyi untuk telefilem tersebut.[40]

Mei 2020: Lagu MunajatSunting

Sempena bulan Ramadan dan Syawal 1441 Hijrah, Azmee telah tampil dengan sebuah lagi lagu istimewa bersama adik beradik Alfa dan Rumie Booty yang berjudul Munajat. Lagu tersebut merupakan lagu ciptaan Azmee sendiri, manakala lirik lagu tersebut pula dicipta oleh Alfa Booty dan Ad Samad.[41][42]

Lagu tersebut telah menjadi lagu runut bunyi untuk telefilem Luluh lakonan Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Datin Fadilah Mansor dan Haeriyanto Hassan yang pertama kali disiarkan di TV3 pada Ogos 2020 sempena Maal Hijrah.[43]

KreditSunting

Lagu: Daqmie dan Alfa Booty
Lirik: Ad Samad
Penerbit bersama: Alfa Booty, Daqmie dan Rumie Booty
Susunan muzik: Alfa Booty
Dram dan perkusi: Rumie Booty
Papan nada, gitar bes dan gitar: Alfa Booty
Rakaman muzik: J Ratno dan Rumie Booty
Rakaman vokal: Daqmie
Adunan muzik: Rumie Booty
Studio rakaman: Rumie Music Lab

Julai 2020: Lagu Sabda KekasihSunting

Azmee sekali lagi berkerjasama dengan Alfa dan Rumie Booty untuk sebuah lagu terbaru berjudul Sabda Kekasih. Lagu tersebut dinyanyikan sendiri oleh Azmee dan digubah bersama Alfa. Liriknya pula hasil ciptaan pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersama sahabat beliau, Shahriman Wahab, yang lebih dikenali dengan nama pena Abban Namus.

Lagu Sabda Kekasih dicipta atas permintaan Aeril dan isteri beliau yang juga pelakon serta pengasas jenama Wawa Cosmetics, Wawa Zainal, untuk tujuan pengiklanan produk terbaru mereka sempena Hari Raya Aidiladha. Klip video untuk lagu tersebut diterbitkan oleh Alfa dan Rumie Booty, dengan penampilan oleh Aeril dan Wawa sendiri serta seniman Sabri Yunus dan warga kerja Wawa Cosmetics.[44]

Selain lagu Sabda Kekasih, Azmee dan Alfa juga telah menggubah lagu Lantera Cinta untuk tujuan yang sama. Liriknya pula digarap oleh penulis lirik nasyid terkenal, Ito Lara bersama Wawa sendiri.[45]

Klip video lagu Sabda Kekasih merupakan sebahagian dari babak sebuah telefilem terbitan Respected Citizen Production dengan tajuk yang sama yang juga menampilkan Aeril dan Wawa sebagai pelakon utama dan ditayangkan di saluran Astro First. Majlis pra-tonton telefilem tersebut telah diadakan di studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada 25 Ogos 2020.

KreditSunting

SABDA KEKASIH

Daqmie menampilkan Alfa dan Rumie Booty
Suara latar: Tisya

Seni lagu: Daqmie dan Alfa Booty (Indah Karya Publishing Sdn. Bhd.)
Seni kata: Aeril Zafrel dan Shahriman Wahab a.k.a Abban Namus (Respected Citizen Sdn. Bhd.)
Penerbit: Daqmie, Alfa dan Rumie Booty
Susunan muzik: Alfa Booty
Gitar & gitar bes: Alfa Booty
Dram: Rumie Booty
Seruling: Mohar (Mohram)
Jururakam: Daqmie, Ratno Junaidi
Juruadun: Rumie Booty
Mastering: Rumie Booty
Studio: Rumie Music Lab


LANTERA CINTA

Wawa Zainal

Seni lagu: Daqmie dan Alfa Booty (Indah Karya Publishing Sdn. Bhd.)
Seni kata: Ito Lara dan Wawa Zainal
Penerbit: Daqmie, Alfa dan Rumie Booty
Susunan muzik: Alfa Booty
Jururakam: Alfa Booty

Mac 2022: Penglibatan dalam Konsert Jualan Hitam XPDC 2022 - Tribute Untuk AliSunting

Setelah sekian lama tidak mengadakan konsert berskala besar, kumpulan XPDC Militia yang dianggotai oleh Ali, Izo, Eddie dan Lola dijadualkan mengadakan Konsert Jualan Hitam XPDC pada 12 Mac 2022 yang lalu. Konsert tersebut adalah anjuran bersama Sinio.com (sebuah saluran pay-per-view milik maestro muzik Datuk Ramli MS bersama dua orang rakan kongsi beliau, Dr. Ariffin Yahaya dan Har Kok Kit) dan Warisan Hall Studio, Sijangkang, Banting, Selangor. Walau bagaimanapun, konsert tersebut terpaksa ditangguhkan pada awalnya kerana keadaan kesihatan Ali yang tidak mengizinkan.

Pada 4 Mac 2022, Ali diserang angin ahmar selepas selesai menjalani latihan untuk konsert tersebut. Memetik kenyataan Izo kepada Harian Metro, kejadian berlaku ketika mereka mahu makan malam selepas selesai berlatih di studio milik Eddie di Pandan Indah. Ketika itu, Ali nampak sihat dan tidak ada masalah semasa latihan. Setelah selesai dan hujan lebat reda, mereka bergerak restoran berdekatan sekitar jam 9.30 malam. Setelah mereka sampai di sana, secara tiba-tiba Ali diam sahaja dan tidak bercakap. Beliau tidak sempat makan kerana apabila makanan sampai, beliau nampak seperti mamai dan tidak bermaya. Beliau juga tidak memberi apa-apa respon apabila kawan-kawan beliau bertanya.

Anak lelaki Izo iaitu Arif yang berada bersama mereka pada waktu itu terus menghubungi ambulans, manakala Izo pula segera menghubungi isteri Ali bagi menjelaskan apa yang berlaku. Isteri dan anak-anak Ali yang sedang menunggu dalam kereta di sekitar kawasan yang sama terus datang ke restoran tersebut. Arif yang telah menghubungi ambulans banyak berkomunikasi dengan doktor dan melakukan apa sahaja yang disuruh sementara menunggu ambulans sampai. Keadaan Ali ketika itu sangat lemah. Setelah ambulans tiba, Ali terus dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.[46]

Pada 10 Mac 2022, semasa Ali masih dirawat di Hospital Ampang, beliau tiba-tiba sesak nafas. Pihak hospital terpaksa menidurkan beliau kerana bimbang paras oksigen beliau akan semakin menurun jika beliau kerap berjaga.[47] Dengan izin Allah, keadaan beliau kembali seperti biasa keesokan harinya. Tidak lama kemudian, beliau dibenarkan keluar wad dan proses pemulihan beliau bersambung di Hospital Rehabilitasi Cheras.[48][49][50]

Lantaran keadaan kesihatan Ali yang masih belum mengizinkan, pada tarikh yang sama (10 Mac 2022), Sinio.com telah mengeluarkan sebuah kenyataan media di akaun Facebook rasmi mereka bahawa konsert tersebut ditunda ke tarikh baru iaitu 25 Mac 2022 dan mereka menjenamakan semula konsert berkenaan kepada Konsert Jualan Hitam XPDC 2022 - Tribute Untuk Ali. Tempat Ali digantikan oleh barisan sahabat-sahabat artis seperti Muss, Yabang, Aweera dan juga Chi daripada kumpulan Dr. Kronik yang tampil sebagai tanda sokongan dan penghormatan kepada Ali.[51][52][53][54]

Melalui sebuah video yang dimuatnaik ke saluran YouTube rasmi Izo pada 23 Mac 2022, kumpulan XPDC dilihat sedang menjalani latihan rutin untuk konsert tersebut. Dalam video berkenaan, kelihatan Azmee masuk ke dalam studio tempat mereka sedang berlatih. Rupa-rupanya Azmee juga terlibat untuk konsert tersebut, cuma beliau tidak menghebahkannya secara meluas.[55][56] Semasa sesi latihan berkenaan, Azmee menyampaikan lagu Doa yang dipetik dari album terkini XPDC dan lagu Kaca yang dipetik dari album V6.[57] Pada 25 Mac 2022, konsert tersebut berlangsung dengan meriah walaupun Ali tidak dapat hadir.[58] Dengan izin Allah, Ali dibenarkan keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras pada hari Jumaat, 8 April 2022 yang lalu dan kini sedang berehat di rumah yang disewa sementara waktu berhampiran hospital tersebut.[59]

April 2022: Penyanyi terbaru kumpulan XPDC menggantikan Ali buat sementara waktuSunting

Dalam satu temuramah bersama rancangan Melodi yang disiarkan di TV3 pada 27 Mac 2022, apabila ditanya sama ada beliau bakal bergelar penyanyi terbaru yang akan menggantikan Ali dalam kumpulan XPDC buat sementara waktu, Azmee menjelaskan bahawa beliau hanya berkerjasama bersama kumpulan XPDC untuk Konsert Jualan Hitam XPDC 2022 - Tribute Untuk Ali. Jika beliau diberikan peluang berkerjasama bersama kumpulan XPDC lagi untuk sebarang projek lain, beliau tidak ada masalah untuk memenuhi kehendak mereka.[60][61]

Terbaru, pada 12 April 2022, dalam satu temuramah bersama wartawan hiburan terkenal, Nas Ahmad, Azmee mendedahkan bahawa kumpulan XPDC telah memilih beliau sebagai pengganti Ali buat sementara waktu. Pemilihan beliau sebagai penyanyi pengganti diuruskan oleh Eddie, pemain gitar bes kumpulan tersebut.[62]

Anugerah dan penghargaanSunting

Azmee telah memenangi anugerah Album Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-15 (2008) menerusi album Maulana yang diterbitkan beliau bersama kumpulan Rabbani.

Selain itu, beliau juga telah muncul sebagai Juara Nasyid Terbaik di Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 (ANI2014) yang telah berlangsung pada Januari 2015 melalui lagu ciptaan beliau bersama ITO Lara, seorang penulis lirik lagu nasyid terkenal tanah air, iaitu lagu Tangis Sebatang Tamar. Beliau juga telah memenangi kategori Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta dan Vokal Terbaik. ITO Lara pula telah memenangi kategori Lirik Terbaik menerusi lagu tersebut.

Tiga tahun selepas itu, beliau telah memenangi tempat ketiga dalam anugerah yang sama (kini dikenali sebagai Anugerah Nasyid) edisi 2017 (AN17) yang telah berlangsung pada Januari 2018 melalui lagu ciptaan beliau juga iaitu lagu Jalan Syahadah.

Karya di media arus perdanaSunting

Selain bergiat aktif dalam pembikinan lagu dan album, Azmee juga banyak menghasilkan lagu runut bunyi untuk filem dan drama terkenal tanah air.

Antara karya seni beliau yang terkenal adalah lagu Yang Terindah, yang merupakan lagu runut bunyi untuk filem I'm Not Single (2008) terbitan Metrowealth Pictures. Beliau mengambil inspirasi daripada cerita cinta ibu bapa beliau sendiri untuk menghasilkan lagu tersebut.[63]

Lagu tersebut turut terkenal melalui drama bersiri AdaMaya yang merupakan kesinambungan kisah daripada filem I'm Not Single. Drama bersiri lakonan Syed Hussein (Sein Ruffedge), Lisa Surihani dan Allahyarham Faizal Yusof tersebut telah disiarkan di Slot Akasia TV3 pada tahun 2010.

Cabang lain - Nasyeed.ComSunting

Azmee telah menubuhkan sebuah syarikat penerbitan dan pengurusan acara iaitu Nasyeed Edutainment Sdn. Bhd. (NESB), yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com pada tahun 2008 bersama 10 orang rakan kongsi. Beliau juga bertindak sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.

Nasyeed.Com terbahagi kepada 5 anak syarikat iaitu pengurusan serta penyewaan sistem audio visual dan penataan cahaya (NC Sound & Light); studio rakaman dan penerbitan album (Nasyeed Edutainment Publishing Sdn. Bhd. (NEPSB)); pengedaran album (NC Records); bidang kreatif, terutamanya kerja-kerja grafik dan penerbitan laman web serta pengurusan acara (NC Event Management dan NC Space).

Antara pencapaian terbesar Nasyeed.Com dalam industri seni tanah air ialah penganjuran Anugerah Nasyeed.Com (ANC) yang telah berlangsung pada 13 April 2012 di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur dan disiarkan melalui stesen TV AlHijrah. Nasyeed.Com juga telah terlibat dalam penganjuran konsert Maher Zain Live in Malaysia pada tahun yang sama.[64]

Kehidupan peribadiSunting

Azmee (46 tahun) akhirnya menamatkan zaman bujang beliau dengan gadis pilihan keluarga, Syarifah Durrah Uzma Syed Jaffar Mohiuddin (25 tahun) dengan sekali lafaz pada pukul 5.45 petang, hari Jumaat, 15 Disember 2017.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Yusof, Imam Besar Masjid Al-Muhtadin, Sungai Seluang, Kulim, Kedah dengan disaksikan kaum keluarga serta sahabat handai kedua-dua pengantin.

Menariknya, majlis akad nikah pasangan itu diadakan serentak bersama tiga lagi pasangan lain di lokasi yang sama.

Azmee menyerahkan mas kahwin RM1,000, seutas gelang emas dan wang hantaran berjumlah RM10,000 serba satu.

Pasangan itu mengenali antara satu sama lain selepas diperkenalkan bapa Azmee sendiri, Haji Abdul Manap Hassan dan mereka mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2017.[65]

Pada hari Rabu, 7 April 2021 bersamaan 24 Syaaban 1442 yang lalu, Azmee dan isteri beliau akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Sayyida Nur Khadija selepas hampir empat tahun berkahwin.[66][67]

DiskografiSunting

Album studio (berkumpulan)Sunting

Bersama Kumpulan EastSunting

Bersama Kumpulan BaronganSunting

  • 2003: A.S.A.L

Album studio (solo)Sunting

SingleSunting

  • 2020: Munajat (bersama Daqmie Band)

Album kompilasiSunting

Tahun Lagu Album Terbitan
2013 Persada Cinta
(lagu runut bunyi filem Salam Cinta)
Terbaik Nasyeed.Com
(bersama Rabbani, Mestica, Aishah, Mu'adz, Wildan dan Lamda (artis Indonesia))
NC Records
Syuhada Di Bumi Gaza Projek Palestin - Satu.Misi.Kemenangan
(bersama Dendang Anak, Mestica, Alfarabiband dan Dr. Ibrahim Ghaffar)
2019 Kitakan Sekampung Nasyid Fresh
(bersama In-Team, Rabbani, Azadan Rabbani, Ustaz Maliq Suhaimi, Fadzli Far East, Ustaz Fathi Naim, kumpulan FINE, kumpulan Al Manna, UNIC, Hafiz Hamidun, Fitri Haris, Fadzli Aziz, Mestica dan kumpulan Marhaen)
Inteam Records

Lagu runut bunyi untuk filemSunting

Kunci
  Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan
Tahun Lagu Filem Terbitan
2008 Dua Jiwa I'm Not Single Metrowealth Pictures
Yang Terindah
(Brian Ng (Kang)/Dakmie)
Selamat Pagi Cinta
(versi instrumental)
Selamat Pagi Cinta
2009 Syurga Cinta
2011 Cinta Itu Milik Kita
(Azri Abdul Aziz, Ary Basri)
Sekali Lagi
2012 Meroket Ke Bintang Seram Sejuk
Maulaya 7 Petala Cinta
7 Petala Cinta
Ilahi Lastu Lil Firdaus
(Dakmie, Alfa Booty)
Kasih Abadi
Qasidah Maulaya
Salam Cinta Salam Cinta
Persada Cinta
2013 99 Kali Rindu
Kasih Ku Mendengar Dua Kalimah (juga disebut 2 Kalimah)
2020 Bersama Tak Selamanya
bersama Daqmie Band
(Daqmie, Alfa Booty / Zaidi Rustam, Ismail Bob Hashim)
Jodoh Syaitan DA Motion Media

Lagu runut bunyi untuk drama dan telefilemSunting

Tahun Lagu Drama/Telefilem Terbitan

Untuk siaran

2010 Yang Terindah
(Brian Ng (Kang)/Dakmie)
AdaMaya MIG Production
(kini Metrowealth Pictures)
TV3
Angin Rindu Sarajevo Angin Rindu Sarajevo Layar Consult Sdn. Bhd. TV1 RTM
2019 Remuk
bersama Daqmie Band
(Daqmie/Alfa Booty)
Remuk P & D Pictures Sdn. Bhd. TV3
(4 Jun 2019, sempena Hari Raya Aidilfitri)
La Ilaha Illa Allah
Kasih Abadi (menampilkan Aznan Alias)

Lagu tema untuk rancangan realiti televisyenSunting

Tahun Lagu Rancangan Terbitan

Untuk siaran

2016 Langkah Pendekar
(Muhammad Nurazmi)
Akademi Silat Pendekar Muda TV AlHijrah

Lagu rasmi untuk acara peringkat antarabangsaSunting

Tahun Lagu Acara Terbitan
2014 كانت إشارة
(Kaanat Ishaara)
bersama Mu'adz Dzulkefly (Malaysia), Mehmet Ali Aslan (Turki), Mais Shalash dan Abdelfattah Owainat (Palestin), Mousa Mustafa dan Yahya Hawwa (Syria), Rachid Gholam (Maghribi), Islam Shokry (Sepanyol), Abdulrahman Bouhbila (Algeria), Ahmad Alhajeri (Kuwait), Abdullah Alzoubi (Lubnan), Native Deen (Amerika Syarikat), Abdulqader Qawza (Yemen), Hamed Mousa dan Wajdy Alaraby (Mesir) serta Ibrahim Aldardasawi dan Khaled Alsharif (Jordan)
Konsert mega BiR R4bia VAR,
Arenamega Show Center, Küçükçekmece, Istanbul, Turki
Vatan Media Productions

Penerbitan lagu dan albumSunting

Selama hampir 30 tahun bergiat aktif dalam dunia seni tanah air, Azmee telah banyak terbabit dalam kerja-kerja penerbitan lagu dan album, terutamanya lagu-lagu dan album yang berunsurkan kerohanian.

Lagu/Single dan albumSunting

Tahun Lagu/Single Album Penyanyi
1997 A To Z 3 A to Z
Rindu Hijjaz
Syukur Raihan
Maafkan Raihan bersama NowSeeHeart, Man Bai, Ajai, Rem dan Amir (penyanyi kumpulan Pearl)
2000 Intifada Rabbani
2007 Maulana Rabbani
Badar 313 Tigasatutiga (313) Mestica
2008 Yang Benar Tetap Benar Algebra
2009 Mahabbah
(Mohd Asri Ubaidullah, Dakmie)
Rabbani
Kejora Sinar Zaman
(Dakmie, B.Nury)
Mahabbah
(Dakmie, B.Nury)
Syahadah
(Dakmie, B.Nury, Hj. Abu Hassan Morad)
Nurul Iman
(Dakmie, Ummuhani Abu Hassan)
2010 Anak Aishah
2013 Iman & Aman In-Team
2018 Ittihad
(Daqmie, ITO Lara)
Rabbani
Bahasa Rindu
(Daqmie, Atie (Zuryati Isa))
Kumpulan FINE
Marhaban
(Daqmie, ITO Lara)
Rabbani menampilkan Daqmie
2019 Sifat Mulia Rasulullah
(Daqmie, Zalikamari)
Mestica menampilkan Daqmie
2020 Lantera Cinta
(Daqmie, Alfa Booty / ITO Lara, Wawa Zainal)
Wawa Zainal
Adil
(Daqmie, Alfa Booty / Siso Kopratasa)
Kumpulan FINE
2021 Mencintaimu
(Daqmie / Ustaz Neezam Al-Banjari, Jart Hassan)
Rabbani menampilkan Ustaz Ridhwan (Pondok Al-Bari')

Lagu/Album runut bunyi untuk filemSunting

Tahun Lagu/Album Filem Terbitan Edaran
2003 Utusan Allah - Saujana
(Azmee Abdul Manap, Saujana)
Muhammad Utusan Terakhir Flare Studios Music Sdn. Bhd.[68] Inteam Records Sdn. Bhd.
(cetakan 2017)[69]
Muhammad Utusan Terakhir (album)

Lagu tema untuk drama dan telefilemSunting

Tahun Lagu Drama/Telefilem Terbitan

Untuk siaran

2010 Nurul Iman - Rabbani
(Dakmie, Ummuhani Abu Hassan)
Nurul Iman Anugerah Media Network dan Layar Consult Sdn. Bhd. TV2 RTM
Assalamualaikum Cinta
Mertua vs. Menantu

Lagu tema untuk rancangan televisyen berbentuk majalah/dokumentari dan berunsurkan keagamaanSunting

Tahun Lagu Rancangan Terbitan

Untuk siaran

Syahadah - Rabbani
(Dakmie, B.Nury, Hj. Abu Hassan Morad)
Rancangan dokumentari Syahadah Unit Pembangunan dan Pertanian (TV) RTM RTM
Al-Furqan RTM
An-Nur RTM

Lagu korporatSunting

Lagu temaSunting

Anugerah dan pencalonanSunting

Anugerah Industri Muzik (AIM)Sunting

Tahun yang menandakan tahun majlis itu, menganugerahkan hasil kerja pada tahun sebelumnya.

Tahun Karya tercalon/Penerima Kategori Keputusan
2008
(Anugerah Industri Muzik ke-15)
Album: Maulana
Penerbit: Rabbani & Dakmie
Album Nasyid Terbaik Menang
2010
(Anugerah Industri Muzik ke-17)
Album: MahabbahRabbani
(Mohd Asri Ubaidullah, Dakmie)
Album Nasyid Terbaik Tercalon
Lagu: Kejora Sinar ZamanRabbani
(Dakmie, B.Nury)
Lagu Nasyid Terbaik
Lagu: MahabbahRabbani
(Dakmie, B.Nury)
Lagu: SyahadahRabbani
(Dakmie, B.Nury, Hj. Abu Hassan Morad)
2016
(Anugerah Industri Muzik ke-22)
Lagu: Tangis Sebatang Tamar - Daqmie
(Daqmie/ITO Lara)
Lagu Nasyid Terbaik Tercalon

Anugerah Nasyid IKIMfm (kini Anugerah Nasyid)Sunting

Tahun Karya tercalon/Penerima Kategori Keputusan
2014
(Anugerah Nasyid IKIMfm (ANI))
Lagu: Tangis Sebatang Tamar
(Daqmie/ITO Lara)
Juara Nasyid Terbaik Menang
Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta Menang
Vokal Terbaik Menang
Lirik Terbaik (ITO Lara) Menang
2017
(Anugerah Nasyid (AN17))
Lagu: Jalan Syahadah (Daqmie) Juara Nasyid Terbaik
- Tempat ke-3
Menang

Pencapaian serta konsert jelajah dan persembahan di luar negaraSunting

2014: Konsert mega BiR R4bia VARSunting

  • Bersama Mu'adz Dzulkefly mewakili negara ke konsert mega BiR R4bia VAR sempena ulang tahun solidariti Mesir yang ketiga anjuran R4bia dan Kesatuan Solidariti Mesir Turki dengan kerjasama Vatan Media Productions bertempat di Arenamega Show Center, Halkali Central Neighborhood, Fatih Street, Küçükçekmece, Istanbul, Turki pada 24 Januari 2014.

Pada konsert mega tersebut, Azmee telah menyampaikan sebuah lagu daripada album solo beliau yang pertama (Maulaya) iaitu Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW. Selepas itu, Mu'adz pula menyanyikan lagu beliau yang berjudul Stand Up. Kemudian, mereka berdua menyampaikan lagu berjudul Hijrah yang menggabungkan lirik dalam bahasa Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sempena konsert mega tersebut, semua artis yang terlibat[nota 1] telah merakamkan sebuah lagu khas yang berjudul Kaanat Ishaara (Arab: كانت إشارة) (Inggeris: It's Been A Sign) yang menggabungkan lirik dalam bahasa Arab, bahasa Turki, bahasa Sepanyol, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Video muzik lagu tersebut juga telah disiarkan buat kali pertama pada konsert mega tersebut.[70][71]

Sebagai pengarah muzikSunting

Sepanjang penglibatan Azmee dalam dunia seni, beliau pernah menjadi pengarah muzik untuk persembahan anjuran Nasyeed.com dan Majlis Usrah Penasyid Malaysia (yang lebih dikenali sebagai MUNSYID Malaysia). Antara persembahan yang pernah dikendalikan beliau adalah:

Selain itu, beliau juga sering menjadi pengarah muzik untuk konsert jelajah kumpulan Raihan dan Rabbani ke luar negara. Selepas menyertai kumpulan muzik dan kebudayaan Melayu, Dendang Anak, beliau bersama kumpulan tersebut juga sering dijemput untuk persembahan di luar negara, terutamanya di Indonesia.

Bersama kumpulan RaihanSunting

Pengarah Muzik

Bersama kumpulan RabbaniSunting

Pengarah Muzik bagi konsert jelajah

Bersama kumpulan Dendang AnakSunting

MalaysiaSunting

2008

  • Pesta Gendang Nusantara (World Drum Festival) ke-11, Melaka.
  • Penang World Music Festival, Pulau Pinang.

2013

  • 7 Disember 2013:

Majlis Malam Puisi Riong ITBM-BH-IB-PENA 2013 anjuran Berita Harian (BH), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Istana Budaya (IB), Laman Beringin, Istana Budaya, Kuala Lumpur.[73][74]

2015

  • 5 dan 6 Disember 2015:

PORT Fest 2015, Dataran Bandaraya Ipoh, Perak.

2016

  • 30 Ogos 2016:

Citra Merdeka 2016 sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-59, Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

2018

  • Jumaat, 16 November 2018

- 5:00 petang:
Karnival Cinta Rasul 1440H / 2018 Hulu Terengganu, Dataran Kuala Berang, Terengganu.

- 8:45 - 11:00 malam:
Karnival Mahabbah UniSZA 2018, Tapak Karnival, UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu - sempena Majlis IDUL ILMI KONVOKESYEN ke-10.

  • Isnin, 19 November 2018:

Persembahan solo di Karnival Mahabbah UniSZA 2018, Tapak Karnival, UniSZA Kampus Gong Badak, Terengganu - sempena Majlis IDUL ILMI KONVOKESYEN ke-10.

2019

  • 16 Februari 2019:

Persembahan undangan untuk program Solidariti Demi Kemanusiaan - Kembara Rohani (Solidarity For Humanity - Journey of Nur), Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

IndonesiaSunting
  • Festival Siak Bermadah, Siak Seri Indrapura, Provinsi Riau.

- ke-6 (2008)
- ke-7 (2009)
- ke-8 (2010)
- ke-11 (2013)

2009

  • Hitam Putih Riau World Music Festival, Pekanbaru, Provinsi Riau.

2010

  • Gelar Muhibah Seni Serumpun, Pengkalan Kerinchi, Pelalawan, Provinsi Riau.
  • Pesta Musik Inderagiri.

2018

  • 4 - 7 November 2018:

Aceh International Rapa'i Festival (ACIRAF) 2018, Banda Lhokseumawe (Samudra Pasai), Aceh Darussalam.

MesirSunting
  • 19 - 25 April 2016:

4th round of The International Festival For Drums And Traditional Arts, Kaherah, Mesir.[75]

RujukanSunting

  1. ^ NEGERIfm Official. (21 Julai 2021). Busking NEGERIfm Edisi Aidiladha (rakaman Facebook Live). Dicapai pada 6 April 2022.
  2. ^ Daqmie. (29 November 2018). #akudanmusic Introduksi (Bahagian 1) (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  3. ^ Daqmie. (2 Disember 2018). #akudanmusic Bahagian ke 3 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  4. ^ Daqmie. (1 Disember 2018). #akudanmusic Bahagian ke 2 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  5. ^ Daqmie. (11 Disember 2018). #akudanmusic Bahagian ke 4 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  6. ^ Daqmie. (29 November 2018). #akudanmusic Introduksi (Bahagian 1) (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  7. ^ Nagoi Studio Channel. (24 Julai 2020). M.Rizal Bintang RTM 1978 (Fail video). Dicapai pada 30 Januari 2022.
  8. ^ Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad. (7 September 2019). JUARA SOLO BINTANG RTM 1976 1980 (Fail video). Dicapai pada 30 Januari 2022.
  9. ^ Daqmie. (1 Disember 2018). #akudanmusic Bahagian ke 2 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  10. ^ Radio Television Malaysia (RTM). (23 Januari 2018). Bintang RTM Akhir 1979 Jamal Abdillah (Fail video). Dicapai pada 13 Mei 2020.
  11. ^ UniversalMYVEVO. (15 September 2018). Alleycats - Senandung Semalam (Audio) (Fail video). Dicapai pada 13 Mei 2020.
  12. ^ Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad. (7 September 2019). JUARA SOLO BINTANG RTM 1976 1980 (Fail video). Dicapai pada 30 Januari 2022.
  13. ^ Daqmie. (2 Disember 2018). #akudanmusic Bahagian ke 3 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  14. ^ Daqmie. (11 Disember 2018). #akudanmusic Bahagian ke 4 (Status Facebook). Dicapai pada 14 Januari 2019.
  15. ^ Ad Samad. (27 April 2020). DAQMIE - SHEIKH QALAM - AD SAMAD / HUBUNGAN RAMBANG VERSI PKP (Fail video). Dicapai pada 15 Jun 2021.
  16. ^ AZMAN YUSOFF. (18 Mac 2010). Kumpulan Redang (Qasidah Nuraisha) (Fail video). Dicapai pada 12 April 2022.
  17. ^ Yap Lih Huey. (2003, 30 June). RM8m animation contract breakthrough for Flare Studios. Business News, The Star Online. Dicapai pada 10 Januari 2019.
  18. ^ Muhammad Azrul Mohd. Radi. (2015, 23 Januari). Hidayah melalui muzik. Hiburan/Hits, Utusan Online. Dicapai pada Januari 2019.
  19. ^ Roni Hidayat Ridwan. (2013, 23 Disember). Dulu rock, kini nasyid. Hiburan, Kosmo! Online. Dicapai pada Januari 2019.
  20. ^ Syah Ma'mur. (17 April 2013). Dakmie Komposer dan Arranger Profesional - Koran Medikom, Bandung, Indonesia (Gambar Facebook). Dicapai pada 17 Mei 2019.
  21. ^ Ad Samad. (26 April 2020). DAQMIE - SHEIKH QALAM - AD SAMAD / HUBUNGAN RAMBANG EDISI PKP (Fail video). Dicapai pada 7 April 2022.
  22. ^ Ad Samad. (26 April 2020). DAQMIE - SHEIKH QALAM - AD SAMAD / HUBUNGAN RAMBANG VERSI PKP (Fail video). Dicapai pada 15 Jun 2021.
  23. ^ Sham The Hammer. (Tiada tarikh). (Daqmie) penerbitan lagu dan album (Fail video). Dicapai pada 7 April 2022.
  24. ^ Aishah - Topic. (Tiada tarikh). Anak - Himpunan Doa, Selawat & Zikir Berlagu (Fail video). Dicapai pada 7 April 2022.
  25. ^ AZMAN YUSOFF. (18 Mac 2010). Kumpulan Redang (Qasidah Nuraisha) (Fail video). Dicapai pada 17 Mei 2022.
  26. ^ Nor Akmar Samudin. (2015, 24 April). Daqmie makin laris. MyMetro, Harian Metro. Dicapai pada Januari 2019.
  27. ^ Azmee Abdul Manap. (2018, 5 Oktober). Pembikinan Album Asal Barongan (Status Facebook). Dicapai pada 7 April 2019.
  28. ^ BelantaraDotTV. (16 Disember 2021). Separa Disana - Belantara feat Daqmie (Fail video). Dicapai pada 14 April 2022.
  29. ^ Azmee Abdul Manap. (6 Mei 2019). #balingbelakang (Status Facebook). Dicapai pada 15 Mei 2019.
  30. ^ Emmanthe. (17 Disember 2013). Selamat Pagi Cinta OST (Violin Instrumental) (Fail video). Dicapai pada 15 Mei 2019.
  31. ^ Daqmie Official. (2 Januari 2022). Daqmie - Selamat Pagi Cinta (Short Cover Live Guitar) (Fail video). Dicapai pada 2 Januari 2022.
  32. ^ "Syed Mussaddad Syed Mahdi. (2015, 17 Mei). Mencari pelapis penyanyi nasyid. Selebriti, Hiburan, Utusan Online. Dicapai pada 12 Februari 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-17. Dicapai pada 2019-02-17.
  33. ^ "Amirul Haswendy Ashari. (2015, 15 Februari). Cari dana buka akademi. MyMetro, Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-06. Dicapai pada 2019-01-06.
  34. ^ Daqmie. (2016, 11 Februari). Alhamdulillah selesai rakaman lagu tema untuk AKADEMI SILAT (Status Facebook). Dicapai pada 15 Mei 2019.
  35. ^ TVAHpromo. (2016, 24 Mac). MTV Akademi Silat Pendekar Muda (Fail video). Dicapai pada 15 Mei 2019.
  36. ^ "Arziana Mohmad Azaman. (t.t.). Program 3K tonjol ikon pelancongan. Kumpulan Media Karangkraf. Dicapai pada 21 Mac 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-21. Dicapai pada 2019-03-21.
  37. ^ Ermizi Muhamad. (2018, 8 Jun). Wajah baru Program 3K Jun ini. Selangorkini. Dicapai pada 21 Mac 2019.
  38. ^ Nasyeed. (2018, 17 Disember). Klip Video KITAKAN SEKAMPUNG (Fail video). Dicapai pada 25 Mac 2019.
  39. ^ Saudagar Seni Media. (6 Jun 2019). REMUK | DAQMIE BAND - Lirik Video Ost Drama Remuk (Fail video). Dicapai pada 8 Jun 2019.
  40. ^ TV3MALAYSIA Official. (4 Jun 2019). Remuk | Telefilem (Fail video). Dicapai pada 8 Jun 2019.
  41. ^ Azmee Abdul Manap. (25 Mei 2020). Assalamualaikum kawan kawan.... hadiah untuk semua sempena Hari raya.. Dengarkanlah..terimalah...alunan rintih jiwa ku ini..... (Status Facebook). Dicapai pada 6 April 2022.
  42. ^ Rumie Music Lab. (24 Mei 2020). Munajat - Daqmie ft Alfa & Rumie (Lyric Video) (Fail video). Dicapai pada 6 April 2022.
  43. ^ Drama Sangat Official. (23 Ogos 2020). Luluh (2020) | Telefilem (Fail video). Dicapai pada 6 April 2022.
  44. ^ Arteffects Media. (9 September 2020). Sabda Kekasih - Daqmie (OST Film Sabda Kekasih) (Fail video). Dicapai pada 6 April 2022
  45. ^ Various Artists - Topic. (31 Ogos 2020). Lantera Cinta (Fail video). Dicapai pada 6 April 2022
  46. ^ Ridzuan Abdul Rahman. (5 Mac 2022). Ali XPDC kena angin ahmar di restoran. Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2022.
  47. ^ Farihad Shalla Mahmud. (11 Mac 2022). Ali bebas COVID-19, ditidurkan selepas sesak nafas. BH Online. Dicapai pada 12 April 2022.
  48. ^ Qarami Hashim. (24 Mac 2022). Ali XPDC belum boleh bercakap seperti biasa... Isteri syukur dapat sumbangan ringankan beban, tapi tak mahu meminta-minta. MStar. Dicapai pada 12 April 2022.
  49. ^ Sudirman Mohd Tahir. (28 Mac 2022). Ali XPDC perlu bantuan wang beli lampin pakai buang, susu. Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2022.
  50. ^ Serimah Mohd Sallehuddin. (30 Mac 2022). Diserang angin ahmar, Ali XPDC perlu bantuan. BH Online. Dicapai pada 12 April 2022.
  51. ^ Sinio.com . (10 Mac 2022). Assalamualaikum dan salam sejahtera. (Status Facebook). Dicapai pada 12 April 2022.
  52. ^ Najiy Jefri. (12 Mac 2022). Konsert Jualan Hitam 2022 XPDC diteruskan tanpa Ali. Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2022.
  53. ^ Sudirman Mohd Tahir. (20 Mac 2022). Tonton konsert di mana sahaja. Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2022.
  54. ^ Ridzuan Abdul Rahman. (21 Mac 2022). Konsert daripada sahabat untuk Ali XPDC. Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2022.
  55. ^ @daqmieofficial. (24 Mac 2022). Assalamualaikum kawan kawan..dengan rasa rendah diri...esok bersamaan 25hb March 2022 , saya dan sahabat sahabat yang lain cuba memenuhi undangan @officialxpdc khusus untuk saudara kami @mohdali.ismailii memberikan yang terbaik.. insyaAllah... satu langkah ke hadapan...@yabang_khalifah_official (Gambar Instagram). Dicapai pada 13 April 2022.
  56. ^ Azmee Abdul Manap. (24 Mac 2022). Nin diaaa...duduk sama panglima (Status Facebook). Dicapai pada 13 April 2022.
  57. ^ IZO XPDC. (23 Mac 2022). Chi Dr Kronik, Yabang Khalifah, Daqmie Barongan Practice konsert XPDC Jualan Hitam 2022 (feat Apak) (Fail video). Dicapai pada 13 April 2022.
  58. ^ Ridzuan Abdul Rahman. (1 April 2022). 'Tribute' untuk Ali meriah. Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2022.
  59. ^ Ridzuan Abdul Rahman. (13 April 2022). Murah rezeki Ali XPDC. Harian Metro. Dicapai pada 13 April 2022.
  60. ^ TV9MALAYSIA Official. (27 Mac 2022). Daqmie Bakal Vokalis XPDC? | Melodi (2022) (Fail video). Dicapai pada 13 April 2022.
  61. ^ TV3MALAYSIA Official. (27 Mac 2022). Daqmie Bakal Vokalis XPDC? | Melodi (2022) (Fail video). Dicapai pada 13 April 2022.
  62. ^ Nas Ahmad Terjah. (12 April 2022). Siapa vokalis ganti Ali XPDC? (Fail video). Dicapai pada 13 April 2022.
  63. ^ IKIMfm. (28 Jun 2021). Inspirasi Lirik bersama Daqmie - Kupasan lagu: Yang Terindah (rakaman Facebook Live). Dicapai pada 7 April 2022.
  64. ^ metrowealthpictures. (2012, 15 Mac). MiG Online - Interview Penyanyi Asal Lagu 7 petala Cinta DAKMIE (Fail video). Dicapai pada 25 Mac 2019.
  65. ^ Amirul Haswendy Ashari. (2017, 15 Disember). Daqmie dah kahwin. MyMetro, Harian Metro. Dicapai pada 15 Januari 2019.
  66. ^ @daqmieofficial. (7 April 2021). Semenjak kau hadir dalam hidupku... (Status Instagram). Dicapai pada 26 April 2021.
  67. ^ @daqmieofficial. (14 April 2021). Alhamdulillah, telah lahir Puteri Kami Sayyida Nur Khadija pada 24 Syaaban 1442, Rabu. (Status Instagram). Dicapai pada 26 April 2021.
  68. ^ "Muhammad Utusan Terakhir - Dapat kelulusan JAKIM. (2003, 7 November). Hiburan, Utusan Online. Dicapai pada 27 Januari 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-27. Dicapai pada 2019-01-27. no-break space character in |title= at position 29 (bantuan)
  69. ^ "Album runut bunyi filem Muhammad Utusan Terakhir. (2017). Inteam Mobile. Dicapai pada 13 Februari 2019". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-14. Dicapai pada 2019-02-13.
  70. ^ Munsyeed Admin. (2014, 24 Januari). Konsert Mega BiR R4bia VAR. Munsyeed {dot} com. Dicapai pada 13 Februari 2019.
  71. ^ Vatan v.m.p. (2014, 27 Mac). أوبريت كانت إشارة النسخة الرسمية (Fail video). Dicapai pada 31 Mac 2019.
  72. ^ Aizat Ikhwan. (2011, 12 Jun). Review: Showcase Amal Syuhada At-Taqwa. Munsyeed {dot} com. Dicapai pada 6 Mac 2019.
  73. ^ Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. (2013, 7 Disember). Malam Puisi Riong ITBM-BH-IB-PENA 2013. Dicapai pada 2 April 2019.[pautan mati kekal]
  74. ^ ITBMtv. (2013, 30 Disember). Kumpulan Dendang Anak di Malam Puisi Riong 2013 (Fail video). Dicapai pada 2 April 2019.
  75. ^ Cultural Development Fund (CDF), Ministry of Culture, Egypt. (t.t.). 4th round of The International Festival For Drums And Traditional Arts 2016. Dicapai pada 9 Mei 2019.

Pautan luarSunting

  1. ^ Konsert mega tersebut juga telah menghimpunkan artis-artis dari negara-negara lain termasuk Turki sebagai tuan rumah (Mehmet Ali Aslan), Palestin (Mais Shalash dan Abdelfattah Owainat), Syria (Mousa Mustafa dan Yahya Hawwa), Maghribi (Rachid Gholam), Sepanyol (Islam Shokry), Algeria (Abdulrahman Bouhbila), Kuwait (Ahmad Alhajeri), Lubnan (Abdullah Alzoubi), Amerika Syarikat (kumpulan Native Deen), Yemen (Abdulqader Qawza), Mesir (Hamed Mousa dan Wajdy Alaraby) dan Jordan (Ibrahim Aldardasawi dan Khaled Alsharif).
  2. ^ Konsert ini juga menampilkan artis-artis terkenal Indonesia pada masa itu termasuk Duta dan Eross daripada kumpulan Sheila on 7, Tasya, Dewi Gita, Idea Percussion, serta Farihin Abdul Fattah dan Steve Hassan Thornton, pemain alat perkusi terkenal Malaysia.