Azmi Rohani

(Dilencongkan dari Azmi Bin Rohani)

Tan Sri Dato' Dr. Haji Azmi bin Rohani (Jawi : عزمي بن روحاني lahir 16 April 1966) merupakan Setiausaha Kerajaan Johor yang ke-24[1] bermula pada 1 Januari 2017[2]. Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah PIJ Holdings Sdn. Bhd., syarikat milik penuh Kerajaan Johor


Azmi Rohani

PSM; SPMJ, DMIJ, SMJ, PIS (II) (Johor)
YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani.jpg
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke-24
Memegang jawatan
1 Januari 2017
Sultan
Menteri Besar
Didahului oleh
  • Dato' Haji Ismail bin Karim
Butiran peribadi
Lahir (1966-04-16) 16 April 1966 (umur 56)
Segamat, Johor
KerakyatanMalaysia
PasanganYang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latiff
Anak-anak4 orang
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia
Laman web rasmiTapak web rasmi

PendidikanSunting

Tan Sri Dato' Dr. Azmi bin Rohani dilahirkan di Segamat, Johor pada 1966. Pada tahun 1969, Keluarganya berpindah ke FELDA Sungai Sayong, Kulai, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Sayong (INTEC) dan seterusnya Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Johor. Selepas menamatkan pendidikan Tingkatan 6 di Sekolah Melayu Ghaffar Baba, beliau menyambung pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan (Pengurusan & Ekonomi) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pembangunan Manusia di Universiti Teknologi Malaysia, Johor[3]. Pada 21 Mei 2022, beliau berjaya menamatkan pengajian dengan Graduate On Time dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) Universiti Teknologi Malaysia.

KerjayaSunting

  • 1992 - Penolong Pegawai Daerah Muar
  • 1995 - Penolong Pentadbir Tanah Kluang
  • 1997 - Pegawai Tadbir Jabatan Pengairan & Saliran Johor
  • 2004 - Penolong Pengarah Pejabat Tanah & Galian Johor
  • 2006 - Pengarah Lanskap Negeri Johor
  • 2007 - Ketua Penolong Pengarah Pejabat Tanah & Galian Johor
  • 2008 - Pentadbir Tanah Kota Tinggi
  • 2011 - Timbalan Pengarah II Pejabat Tanah & Galian
  • 2012 - Timbalan Pengarah I Pejabat Tanah * Galian
  • 2014 - Pengarah Pejabat Tanah & Galian
  • 2017 - Setiausaha Kerajaan Johor
  • 2017 - Ahli Lembaga Pengarah PIJ Holdings Sdn. Bhd.

KeluargaSunting

Mendirikan rumahtangga bersama Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latif dan dikurniakan 4 orang anak[4]

Darjah kebesaran dan pingatSunting

  Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) membawa gelaran Tan Sri - 6 Jun 2022
  Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) membawa gelaran Dato' - 22 November 2018
  Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) membawa gelaran Dato' - 23 Mac 2017
  Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga, Setia Mahkota Johor (S.M.J) - 22 November 2013
  Pingat Ibrahim Sultan Johor, Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (P.I.S II) - 8 April 2008

RujukanSunting