Azmi Saat
Khairul Azmi Bin Mohd. Saat (lahir 27 September 1987) atau lebih dikenali sebagai Azmi Saat adalah merupakan vokalis bagi kumpulan busking Orang Kurang Upaya (OKU), Caliph Buskers.
Azmi Saat | |
---|---|
Kelahiran | Khairul Azmi bin Mohd. Saat 27 September 1987 |
Nama lain | Azmi Caliph Buskers |
Pekerjaan | |
Pasangan | Nazira Muhammad (k. 2011) |
Anak-anak | 1 (Meninggal) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | |
Syarikat rakaman | KRU Music |
Pengkarya berkait | Caliph Buskers, Edry Abdul Halim |
Karier Sunting
Azmi Saat yang dilahirkan pada 27 September 1987 adalah merupakan seorang yang cacat penglihatan. Sebelum menjadi artis rakaman, beliau pernah bekerja sebagai jurujual langsung di SOGO Mall dan sebagai tukang urut di Hospital Mata Tun Hussien Onn. Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 2011 dengan mengahwini seorang wanita yang kurang upaya, iaitu cacat penglihatan yang bernama Nazira Muhammad. Beliau mula menyanyi sejak berusia 10 tahun ketika menyertai satu pertandingan dan lagu pertama yang dinyanyikannya pada ketika itu adalah "Aku Tak Marah" nyanyian asal Arrow. Beliau mula menjadi pemuzik jalanan pada Februari 2014. Beliau dan kumpulannya sering membuat persembahan seperti dikawasan SOGO Mall dan sekitar kawasan di Kuala Lumpur bermula pada jam 12 tengah hari sehingga jam 3 petang. Mereka juga pernah membuat persembahan di majlis resepi perkahwinan Alif Satar di Putrajaya suatu ketika dahulu. [1] Mereka juga pernah memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik pada 2016 dan turut memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-30 pada 2015.
Diskografi Sunting
Single Sunting
- "Hanya NamaMu"
- "Kaulah Dia"
- "Ayah" (duet bersama Edry KRU)