Azmin Azram Abdul Aziz

Azmin Azram Abdul Aziz (lahir 1 April 1976) adalah bekas pemain bola sepak di Malaysia. Beliau bermain untuk empat pasukan negeri dan satu pasukan kelab dalam kerjayanya selain mewakili skuad kebangsaan dari tahun 1994 hingga 2005. Azmin juga merupakan antara penjaga gol yang telah beraksi dengan skuad kebangsaan sejak dari usia yang muda iaitu ketika baru berumur 18 tahun pada 1994 sehinggalah dia mencecah usia 29 tahun pada 2005. Kini, beliau memegang jawatan sebagai jurulatih pemantau bakat penjaga gol bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Azmin Azram
Maklumat peribadi
Nama penuh Azmin Azram Abdul Aziz
Tarikh lahir (1976-04-01) 1 April 1976 (umur 44)
Tempat lahir Selangor, Malaysia
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Penjaga Gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
 Malaysia (Jurulatih Penjaga Gol)
Kerjaya remaja
1992 Kuala Lumpur FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1993–1998 Kuala Lumpur FA 129 (0)
1999 Negeri Sembilan FA 29 (0)
2000–2003 Selangor FA 79 (0)
2004–2005 Pahang FA 31 (0)
2006 MPPJ Selangor 19 (0)
Jumlah 305 (0)
Pasukan kebangsaan
1994–2005  Malaysia 69 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Azmin memulakan kariernya pada tahun 1992 dengan mewakili pasukan remaja Kuala Lumpur FA, sebelum diserap ke skuad senior pada tahun berikutnya sehingga tahun 1998. Tahun berikutnya beliau berhijrah mewakili Negeri Sembilan FA untuk semusim. Tahun 2000-2003 beliau mendapat tawaran untuk mewakili Selangor FA, selain dibimbing oleh bekas penjaga gol Malaysia, Abdul Rashid Hassan dan Lim Chuan Chin. Di bawah bimbingan dua jurulatih tersohor, Azmin memegang status penjaga gol nombor satu Malaysia dari 2002 hingga 2004 sebelum tempatnya diambil oleh Mohd Syamsuri Mustafa. Beliau juga berjaya membantu pasukan Selangor meraih kejuaraan 3 tahun berturut-turut iaitu Liga Perdana 1(2000), Piala FA(2001) dan Piala Malaysia(2002). Untuk tahun 2004-2005 beliau mewakili Pahang FA sambil membantu meraih kejuaraan Liga Super Malaysia. Azmin memilih untuk bersara ketika mewakili MPPJ Selangor pada 2006 ketika usianya mencecah 30 tahun, usia yang dianggap 'masih muda' buat seseorang yang bergelar penjaga gol. Beliau membuat keputusan untuk bersara selepas mengalami kecederaan lutut. Sejak itu beliau menjadi jurulatih pemantau bakat penjaga gol di Majlis Sukan Negara(MSN).

KejuaraanSunting

Kuala Lumpur FA
Selangor FA
Pahang FA



RujukanSunting