B-57 Canberra
B-57 Canberra merupakan sebuah pesawat pengebom yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk menjalankan misi-misi pengeboman dan peninjauan mulai tahun 1950-an. Kapal terbang ini pada asalnya diasaskan kepada pesawat English Electric Canberra buatan British.
B-57 Canberra | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pengebom |
Pengeluar | Martin |
Penerbangan sulung | 20 Julai 1953 |
Diperkenalkan | 1954 |
Status | Dibersarakan (2 buah masih digunakan oleh NASA) |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat Tentera Udara Pakistan Tentera Udara Republik China |
Jumlah dibina | 403 |
Kos seunit | AS$1.26 juta (B-57B)[1] |
Dibangunkan dari | English Electric Canberra |
Sejarah
suntingVersi B-57B menjadi versi muktamad pesawat pengebom ini, dan mempunyai beberapa pengubahsuaian. 4 stesen senjata dipasangkan di bawah sayap kapal terbang ini untuk membolehkan lebih banyak senjata dibawa. Kapal terbang ini juga diberikan persenjataan 8 pucuk mesingan of 0.50 in (12.7 mm) Browning M2 dan kemudiannya digantikan dengan 8 pucuk meriam 20 mm jenis M39.
Penerbangan sulung B-57B dilakukan pada 18 Jun 1954. Pesawat jenis B-57 pada awalnya menghadapi beberapa masalah seperti kerosakan enjin dan kegagalan pengerak sayap ekor menyebabkan beberapa pesawat menjunam ke tanah. Tentera Udara Amerika Syarikat menganggapkan pesawat B-57 ini tidak sesuai untuk tugasan pencerobohan malam dan Martin mengambil langkah meningkatkan peralatan elektronik pesawat ini. Menjelang tahun 1957, Tentera Udara Amerika Syarikat menerima pesawat F-100 Super Sabre ke dalam perkhidmatan skuadron, dan B-57 diputuskan untuk dikeluarkan daripada perkhidmatan. Persaraan pesawat ini ditangguhkan kerana Perang Vietnam.
Penempatan pesawat B-57B di Bien Hoa bermula dalam bulan November 1964 dengan perlanggaran di antara 3 buah pesawat semasa tiba! 5 buah pesawat lagi musnah dalam serangan mortar oleh Viet Cong dan 15 lagi rosak. Misi pengeboman bermula pada 19 Februari 1965 dalam Operasi Rolling Thunder. Pesawat B-57 biasanya dipasangkan 9 butir bom 500 lb (227 kg) di dalam badan pesawat dan 4 butir bom 750 lb (340 kg) di bawah sayap.
Dalam bulan April 1965, pesawat B-57B mula membuat serangan waktu malam dibantu oleh pesawat lampu suar dan pesawat peperangan elektronik jenis EF-10B Skyknight. Pada 16 Mei 1967, sebuah pesawat b-57B meletup di atas landasan di Bien Hoa, dan menyebabkan kemusnahan 10 buah B-57B yang lain, bersama-sama 11 buah kapal terbang A1 Skyraider dan sebuah kapal terbang F-8 Crusader.
Akibat pelumpuhan perang, peswat B-57 dihantar ke Phan Rang di mana mereka menyertai serangan membantu operasi tentera di kawasan tersebut bersama-sama pesawat pengebom English Electric Canberra milik Tentera Udara Diraja Australia. Daripada 94 buah pesawat B-57 yang dihantar ke Vietnam, 51 buah menjadi korban perang dan pada akhir tahun tahun 1969, hanya 9 buah sahaja yang masih tinggal.
Pengguna
sunting- Tentera Udara Republik China (Taiwan)
- Tentera Udara Amerika Syarikat
- NASA
- NCAR/High Altitude Mapping Missions, Inc,[3]
- Pentadbiran Atmosfera dan Laut Kebangsaan dari Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat[4]
Spesifikasi (B-57B)
suntingData dari Quest for Performance[5]
Ciri umum
- Anak kapal: 2
- Panjang: 65 kaki 6 in (20.0 m)
- Rentang sayap: 64 kaki 0 in (19.5 m)
- Tinggi: 14 kaki 10 in (4.52 m)
- Sayap luas: 960 kaki² (89 m²)
- Berat kosong: 27,090 lb (12,285 kg)
- Berat berisi: 40,345 lb (18,300 kg)
- Berat berlepas maksimum: 53,720 lb (24,365 kg)
- Loji kuasa: 2× Wright J65-W-5 turbojet, 7,220 lbf (32.1 kN) setiap satu
- Pemalar seretan angkatan kosong: 0.0119
- Kawasan seretan: 11.45 kaki² (1.06 m²)
- Kadar aspek: 4.27
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 0.79 (598 bsj, 960 km/j) at 2,500 kaki (760 m)
- Kelajuan sederhana: 476 bsj (414 knot, 765 km/j)
- Kelajuan menegun: 124 bsj (108 knot, 200 km/j)
- Jejari bertempur: 950 batu (825 batu nautika, 1,530 km) dengan bom seberat 5,250 lb (2,380 kg)
- Jarak maksimum: 2,720 batu (2,360 batu nautika, 4,380 km)
- Lelangit khidmat 45,100 kaki (13,745 m)
- Kadar kenaikan: 6,180 kaki/min (31.4 m/s)
- Beban sayap: 42 lb/kaki² (205 kg/m²)
- Tujahan/berat: 0.36
- Kadar angkatan kepada berat: 15.0
Persenjataan
- Meriam: 4× meriam M39 berkaliber 20 mm dengan 290 butir peluru/meriam
- Bom:
- 4,500 lb (2,000 kg) dalam ruang bom termasuk bom nuklear
- 2,800 lb (1,300 kg) di empat tenggekan luar termasuk roket tanpa panduan
Avionik
- Sistem Panduan Radar Pengeboman Udara APW-11
- Sistem Pengeboman SHORAN
- Penerima Amaran Radar APS-54
Rujukan
sunting- ^ Knaack, Marcelle Size (1988). Post-World War II bombers, 1945-1973. Office of Air Force History. ISBN 0-16-002260-6.
- ^ Jones, Barry (2006). "A Nice Little Earner". Aeroplane. 34 (10): pp. 93–97. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|quotes=
(bantuan);|pages=
has extra text (bantuan) - ^ National Center for Atmospheric Research, Boulder, CO
- ^ Mikesh, Robert C. "Martin B-57 Canberra. The Complete Record", p.162
- ^ Loftin, LK, Jr. "Quest for performance: The evolution of modern aircraft. NASA SP-468". Dicapai pada 2006-04-22.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Lihat juga
suntingPembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan