BBC Three ialah sebuah saluran televisyen BBC yang disiarkan melalui platform saluran kabel, terestrial, IPTV dan satelit digital. Saluran ini disifatkan oleh BBC sebagai pusat 'Drama, bakat, komedi, filem, dan berita terkini'. Saluran ini bersiaran dari pukul 19:00 hingga lebih kurang 04:00 setiap malam, agar berkongsi lebar jalur televisyen terestrial bersama CBBC Channel. 90% bahan siaran BBC Three berasal dari United Kingdom dan negara-negara Kesatuan Eropah yang lain. 80% daripadanya adalah kandungan asli yang terdiri dari pelbagai genre, termasuk hal ehwal semasa, drama, komedi dan animasi. BBC Three turut menampilkan format 'berita 60 saat' yang diamalkan agar pengendalian saluran ini bolehlah automatik sepenuhnya, tanpa perlu mengalami kesulitan perbezaan tempoh siaran langsung.

Pautan luar sunting

Templat:BBCportal