BS 546 merupakan piawaian lama British bagi plag dan soket AC domestik. Ia juga dikenali sebagai Plag Jenis D (bagi plag 3 pin 5A) dan Jenis M (bagi plag 3 pin 15A) dalam dokumentasi AS. Terdapat 6 versi berbeza bagi plag ini yang berlainan saiz serta kadaran arus yang tidak boleh dipalamkan pada soket yang sama. Ia kini digantikan oleh plag dan soket BS 1363, walaupun terdapat sesetengah negara bekas jajahan Brisith yang masih menggunakannya seperti India. Di Malaysia, plag Jenis M (BS 546 15A) juga masih digunakan khusus untuk peralatan berkuasa tinggi seperti penyaman udara.

Plag 3 pin BS 546. Dari kiri ke kanan: 15 A, 5 A dan 2 A.

Melalui piawaian ini, setiap soket mempunyai fiusnya yang tersendiri di dalam unit pengguna secara terus, tidak seperti pendawaian BS 1363 di mana dua atau lebih mata soket berkongsi fius yang sama tetapi dengan kadaran arus lebih tinggi seperti 32A. Maka dengan sebab itu plag BS 546 tidak berfius sebagaimana plag BS 1363.

Secara teorinya, plag dengan kadaran arus tinggi seperti plag 15A digunakan untuk peralatan elektrik berkuasa tinggi (seperti pemanas elektrik) sementara peralatan berkuasa rendah (seperti radio dan lampu meja) menggunakan plag 5A. Namun demikian, ia didapati tidak begitu memudahkan dan di kebanyakan rumah, plag 15A digunakan untuk segala-galanya.

Terdapat 6 jenis plag BS 546 iaitu 2A 2 pin, 5A 2 pin, 2A 3 pin, 5A 3 pin, 15A 3 pin dan 30A 3 pin, namun di dalam rencana ini hanya 2 jenis plag yang paling lazim sahaja yang akan diterangkan iaitu plag 5A 3 pin (Jenis D) dan plag 15A 3 pin (Jenis M).

5A 3 pin sunting

 
D

Plag ini digunakan untuk peralatan elektrik bersaiz sederhana pada litar 5A tersendiri ataupun litar 15A berbilang soket. Sesetengah soket 5A 3 pin turut mempunyai tambahan 2 lubang di atas lubang hidup dan neutral bagi membolehkan plag 5A 2 pin dipalamkan.

India mwmpunyai piawaian tersendiri bagi plag ini yang digunakan khas di India, Sri Lanka, Nepal dan Namibia.

15A 3 pin sunting

 
M

Plag ini adalah jenis terbesar bagi kegunaan domestik. Jarak antara pin hidup dan neutral adalah seinci, manakala pin bumi berjarak 1⅛ inci daripada kedua-duanya. Walaupun ia dijadikan plag piawai di India, Sri Lanka, Nepal dan Namibia, versi 15A turut digunakan di beberapa negara lain khusus untuk peralatan elektrik berkuasa tinggi. Sesetengah negara seperti Afrika Selatan menggunakannya sebagai plag dan soket domestik piawai sebagai Piawaian Afrika Selatan SABS 164. Kebanyakan soket 15A dilengkapi suis. Plag ini turut digunakan secara meluas di Malaysia, Singapura dan Israel untuk kegunaan penyaman udara serta mesin basuh berkuasa tinggi.

Lihat juga sunting