Buka menu utama

BT Group plc (didagangkan sebagai BT dan dahulu British Telecom) ialah syarikat induk telekomunikasi multinasional British yang beribu pejabat di London, United Kingdom. Ia mempunyai operasi di sekitar 180 negara dan merupakan penyedia perkhidmatan talian tetap, jalur lebar dan mudah alih yang terbesar di UK, dan juga menyediakan langganan perkhidmatan televisyen dan IT.[3]

BT Group plc
BT
Nama dahulu
British Telecom
Syarikat awam berhad
Didagangkan sebagaiLSE: BT.A
NYSE: BT
Komponen FTSE 100
IndustriTelekomunikasi
Pendahulu
  • Syarikat Telegraf Elektrik
  • Pejabat Pos Awam
  • Telekomunikasi Pejabat Pos
Ditubuhkan1969; 50 tahun yang lalu (1969)
Ibu pejabatBT Centre, London,, United Kingdom
Tempat dibekalkan
Seluruh dunia
Perancang utama
  • Jan du Plessis
    (pengerusi)
  • Gavin Patterson
    (pengerusi eksekutif)
  • Simon Lowth
    (Pengarah Kewangan Kumpulan)
Keluaran
Hasil £24.062 billion (2017)[1]
£4.135 bilion (2017)[1]
£1.908 bilion (2017)[1]
Pemilik
Bilangan pekerja
106,400 (2017)[2]
Pembahagian
  • BT Consumer
  • EE Limited
  • BT Business and Public Sector
  • BT Global Services
  • BT Wholesale and Ventures
  • Openreach
  • BT Technology, Service and Operations
Anak syarikat
  • BT Ireland
  • BT Italia
  • Plusnet
Laman sesawangbtplc.com

Asal-usul BT bermula pada penubuhan Syarikat Telegraf Elektrik pada 1846 yang membangunkan rangkaian komunikasi di seluruh negara. Pada tahun 1912, Pejabat Pos Besar, sebuah jabatan kerajaan, menjadi pembekal telekom monopoli di United Kingdom. Akta Pejabat Pos 1969 membawa kepada GPO menjadi sebuah perbadanan awam. British Telecommunications, didagangankan sebagai British Telecom, ditubuhkan pada tahun 1980, dan menjadi bebas daripada Pejabat Pos pada tahun 1981. British Telecommunications telah diswastakan pada tahun 1984, menjadi British Telecommunications plc, dengan sekitar 50 peratus sahamnya dijual kepada pelabur. Kerajaan menjual baki kepentingannya dalam penjualan saham selanjutnya pada tahun 1991 dan 1993. BT merupakan pemegang Waran Diraja Keluarga Diraja British dan mempunyai penyenaraian utama di Bursa Saham London, penyenaraian sekunder di Bursa Saham New York, dan merupakan penyususn Indeks FTSE 100.

BT mengawal sejumlah anak syarikat besar. Bahagian Perkhidmatan Global BT membekalkan perkhidmatan telekomunikasi kepada pelanggan korporat dan kerajaan di seluruh dunia,[4] dan bahagian Pengguna BT membekalkan perkhidmatan telefon, jalur lebar, dan perkhidmatan televisyen berlangganan di Great Britain kepada sekitar 18 juta pelanggan.[5] Pada Januari 2016, BT memperoleh EE untuk £ 12.5 bilion.

RujukanSunting

  1. ^ a b c "BT Annual Report 2017" (PDF). BT Group plc. Dicapai 16 May 2017. 
  2. ^ "BT Group plc Fact Sheet" (PDF). 
  3. ^ "Our company". BT Group plc. Dicapai 27 August 2017. 
  4. ^ "BT Global Services". BT Group plc. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2010. Dicapai 24 August 2010. 
  5. ^ "BT Consumer". BT Group. Dicapai 20 December 2014. 

Bacaan lanjutSunting

  • Baldwin, F.G.C. The History of the Telephone in the United Kingdom (1925)
  • Foreman-Peck, J. "The development and diffusion of telephone technology in Britain, 1900–1940," Transactions of the Newcomen Society, (1991–92). 63, pp165–180.
  • Foreman-Peck, J., & Millward, R. Public and private ownership of British industry 1820–1990 (1994).
  • Hazlewood, A. "The origins of the state telephone service in Britain" Oxford Economic Papers (1953). 5:13–25. in JSTOR
  • Holcombe, A. N. (1906). "The Telephone in Great Britain". Quarterly Journal of Economics. 21 (1): 96–135. doi:10.2307/1883751. JSTOR 1883751. 
  • Johannessen, Neil. Ring up Britain: the Early Years of the Telephone in the United Kingdom (British Telecommunications plc, London, 1991)
  • Johnston, S. F. "The telephone in Scotland." in: K. Veitch, ed., Transport and Communications. Publications of the European Ethnological Research Centre; Scottish life and society: a compendium of Scottish ethnology (2009): pp. 716–727 online
  • Magill, Frank N. Great Events from History II: Business and Commerce Series, volume 1:1897–1923 (1994) pp 218–23; historiography
  • Meyer, Hugo Richard. Public Ownership and the Telephone in Great Britain: Restriction of the Industry by the State and the Municipalities (1907). online
  • Pitt, D.C. The telecommunications function in the British Post Office. A case study of bureaucratic adaption (Westmead: Saxon House, 1980).
  • Robertson, John Henry. The story of the telephone: A history of the telecommunications industry of Britain (1947)
  • Tucker, D. G. (1978). "The Early Development of the British Underground Trunk Telephone Network". Transactions of the Newcomen Society. 49: 57–74. doi:10.1179/tns.1977.005. 
  • Wetton, Jenny (2007). "The Early History of Telephony in Manchester, 1877–1898". Transactions of the Newcomen Society. 77 (2): 245–260. doi:10.1179/175035207x204833. 

Pautan luarSunting