Babel ialah sebuah filem drama 2006 diarahkan oleh Alejandro González Iñárritu dan ditulis oleh Guillermo Arriaga. Filem ini dibintangi Brad Pitt, Cate Blanchett, Gael García Bernal, Kōji Yakusho, Adriana Barraza dan Rinko Kikuchi. Filem ini ditayangkan pada 10 November 2006. Babel memenangi Anugerah Golden Globe untuk Filem Terbaik – Drama dan menerima tujuh pencalonan Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Babel
PengarahAlejandro González Iñárritu
Penulis
  • Guillermo Arriaga
  • Alejandro González Iñárritu
Dihasilkan oleh
  • Alejandro González Iñárritu
  • Jon Kilik
  • Steve Golin
Dibintangi
SinematografiRodrigo Prieto
Disunting oleh
  • Stephen Mirrione
  • Douglas Crise
Muzik olehGustavo Santaolalla
Syarikat
penerbitan
  • Anonymous Content
  • Zeta Film
  • Central Films
  • Media Rights Capital
Diedarkan oleh
  • Paramount Vantage (AS)
  • Mars Distribution (Perancis)
Tarikh tayangan
  • 23 Mei 2006
    (Cannes)
  • 27 Oktober 2006
    (AS dan Mexico)
Masa tayangan
143 minit
Negara
  • Amerika Syarikat
  • Mexico
  • Perancis
Bahasa
  • Inggeris
  • Sepanyol
  • Arab
  • Jepun
  • Bahasa Isyarat Jepun
  • Berber
Bajet$25 juta
Pecah panggung$135.3 juta

Pelakon sunting

Maghribi
Amerika Syarikat/Mexico
Jepun
  • Rinko Kikuchi sebagai Chieko Wataya
  • Kōji Yakusho sebagai Yasujiro Wataya
  • Satoshi Nikaido sebagai Detektif Kenji Mamiya
  • Yuko Murata sebagai Mitsu
  • Shigemitsu Ogi sebagai Doktor gigi Chieko cuba untuk menggoda.

Tayangan sunting

Babel dipilih untuk bertanding untuk Palme d'Or di Festival Filem Cannes 2006.[1] Ia kemudiannya ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto.[2] Ia ditayangkan secara meluas pada 10 November 2006.[3]

Box office sunting

Babel mengutip $34.3 juta di Amerika Utara dan $101 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $135.3 juta berbanding bajet $25 juta.[3] '

Penerimaan kritis sunting

Babel menerima ulasan positif. Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 69% berdasarkan 195 ulasan dengan purata rating o6.7/10.[4] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 69/100 berdasarkan 38 ulasan.[5]

Anugerah sunting

Babel menerima tujuh pencalonan di Anugerah Akademi ke-79 termasuk untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Filem ini berjaya memenangi kategori Skor Muzik Asal Terbaik.

Rujukan sunting

  1. ^ "Multi-lingual film defies stereotypes". BBC Online. May 23, 2006. Dicapai pada October 21, 2015.
  2. ^ "What's happening at the Toronto Film Fest?". USA Today. 17 September 2006. Dicapai pada 25 October 2015.
  3. ^ a b "Babel". Box Office Mojo. Dicapai pada 25 October 2015.
  4. ^ "Babel". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai pada 26 December 2011.
  5. ^ "Babel Reviews, Ratings, Credits, and More at Metacritic". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada 26 December 2011.

Pautan luar sunting