Babi bodoh

spesies mamalia

Babi bodoh, babi janggut, babi jakut, jukut atau nangoi (bahasa Inggeris: Bornean bearded pig)[3][4][5] ialah suatu spesies babi. Ia boleh dikenali melalui janggutnya yang jelas. Ia juga kadangkala memiliki rambu atau jambul pada bahagian ekor. Nama saintifiknya Sus barbatus.[6]

Babi bodoh
Julat zaman: Middle Pleistocene-Present[1]
Pengelasan saintifik e
Templat taksonomi hilang (baiki): Sus
Spesies:
Nama binomial
Sus barbatus
Subspecies

Sus barbatus oi
Sus barbatus barbatus

Sinonim

Chaetorhinus barbatus

Juga dikenali sebagai "babi berbulu senyum".

Taburan sunting

Babi Bodoh kebanyakannya dijumpai di Asia Tenggara Sumatera, Borneo, timur Filipina di mana ia mendiami hutan hujan dan kawasan berpaya bakau.

Ciri-ciri sunting

Babi bodoh ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : Artiodactyla, tergolong dalam keluarga Suidae. Babi bodoh ialah haiwan berdarah panas yang melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Babi bodoh tinggal berkumpulan dalam kumpulan keluarga. Jantung babi bodoh terdiri daripada empat ruang seperti manusia. Ruang atas dikenali sebagai atrium, sementara ruang bawah dikenali sebagai ventrikel.


Pembiakan sunting

Sebagai mamalia, babi bodoh berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Babi bodoh akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari. Babi bodoh mampu membiak dari usia 18 bulan dan boleh membiak silang dengan spesies lain dalam famili zoologi Suidae.

Zoo San Diego merupakan zoo pertama di Hemisfera Barat yang membiak haiwan tersebut.[7]

Sehingga Januari 2016, haiwan ini dipelihara di Zoo London, Zoo Berlin, Zoo Gladys Porter, Zoo Negara (Malaysia), Zoo Taiping, Safari Malam (Singapura), dan Zoo Southwick.[8] Haiwan yang berada di Zoo Hellabrunn telah dieutanasia pada tahun 2017 berikutan usia haiwan yang tua,[9] dan hanya tinggal satu haiwan jantan sahaja di Zoo Berlin. Tiga haiwan (satu jantan yang dikasi dengan dua lagi betina) sahaja yang tinggal di Zoo London[10] dan satu sahaja yang tinggal di Zoo Gladys Porter[11] dan haiwan tersebut akan digantikan dengan babi belukar sungai merah di Zoo Southwick pada tahun 2017, yang bermakna spesies tersebut akan hilang dari zoo-zoo Eropah dan Amerika.

Pengekalan sunting

Babi bodoh merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan.[12]

Subspesies sunting

Terdapat dua subspesies bagi babi ini:[13]

  • Babi bodoh betul (Sus barbatus barbatus)[14]
  • Babi bodoh barat (Sus barbatus oi)

Rujukan sunting

  1. ^ K. Suraprasit, J.-J. Jaegar, Y. Chaimanee, O. Chavasseau, C. Yamee, P. Tian, and S. Panha (2016). "The Middle Pleistocene vertebrate fauna from Khok Sung (Nakhon Ratchasima, Thailand): biochronological and paleobiogeographical implications". ZooKeys (613): 1–157. doi:10.3897/zookeys.613.8309. PMC 5027644. PMID 27667928.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Luskin, M.; Ke, A.; Meijaard, E.; Gumal, M. & Kawanishi, K. (2017). "Sus barbatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T41772A123793370. Dicapai pada 23 Mei 2021.
  3. ^ "babi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Sus barbatus. Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/20532. [Didapatkan kembali 21 Disember 2022].
  5. ^ Babi Bodoh Bertaring Panjang
  6. ^ [https://books.google.com.my/books?id=N3vtAAAAMAAJ&q=%22babi+bodoh%22+sus&dq=%22babi+bodoh%22+sus&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjr7rGwpbLbAhVQU30KHaaRCA0Q6AEILzAB The animal industry in Malaysia. Teh Nachiar Iskandar Fatimah, A. Hamid Ramlah, A. Rani Bahaman, Universiti Pertanian Malaysia. Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science, Universiti Pertanian Malaysia, 1993 - Animal industry - 203 pages]
  7. ^ "San Diego Zoo Website". Dicapai pada 2018-02-27.
  8. ^ ISIS (2011). Sus barbatus. Version 12 January 2011
  9. ^ "ZooChat". Dicapai pada 2018-02-27.
  10. ^ "Zootierliste Homepage". Dicapai pada 2016-11-28.
  11. ^ "ZooChat Gallery, Last Bornean Bearded Pig in AZA". Dicapai pada 2018-02-27.
  12. ^ AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 )
  13. ^ Templat:MSW3 Grubb
  14. ^ Stefan Loose Reiseführer Malaysia, Brunei und Singapore: mit Downloads aller ...
    By Renate Loose, Stefan Loose, Mischa Loose,

Pautan luar sunting