Tenuk (Jawi: تنوق), senuk, cipan, kipan, badak tampung, badak murai, badak tenuk, badak babi, kuda air atau tapir merupakan sejenis haiwan mamalia[1] herbivor dalam genus Tapirus keluarga Tapiridae. Tenuk hidup di kawasan-kawasan hutan Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Asia Tenggara.

Tenuk
Julat zaman: 55–0 Ma
Eosen Awal–Holosen
seekor tenuk Malaya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Keluarga:
Tapiridae

Gray, 1821
Genus:
Tapirus

Brünnich, 1772
Spesies

Tapirus bairdii
Tapirus kabomani
Tapirus indicus
Tapirus pinchaque
Tapirus terrestris
Tapirus mazimmus

Terdapat empat jenis tenuk yang masih wujud. Keempat-empat spesies ini dikelaskan sebagai spesies terancam atau spesies terjejas dalam Senarai Merah IUCN.

Nama-nama lain sunting

Perkataan "tapir" berasal daripada kata bahasa Tupi tapi'ira.

Antara nama haiwan ini dalam bahasa-bahasa Orang Asli adalah baghik (bahasa Bateq), barééw (bahasa Temiar), naq běrtampal (bahasa Temoq), grěbel (bahasa Che Wong), baret atau baroong (bahasa Jahai), dan badak sipan (bahasa Temuan).

Spesies sunting

Spesies-spesies tenuk yang masih wujud dikenal pasti pada hari ini seperti berikut :

Genus Gambar Nama saintifik Nama umum Taburan
Tapirus Brünnich, 1772   Tapirus bairdii (Gill, 1865) Tenuk Baird Hutan Mexico, Amerika Tengah dan barat laut Amerika Selatan
  Tapirus terrestris (Linnaeus, 1758) Tenuk Brazil Hutan Venezuela, Colombia, dan Guiana di sebelah utara ke Brazil, Argentina, dan Paraguay di sebelah selatan, ke Bolivia, Peru, dan Ecuador di sebelah barat.
  Tapirus pinchaque (Roulin, 1829) Tenuk gunung Hutan tanah tinggi dan paramos di pergunungan Timur dan Tengah Cordilleras utara Andes di Colombia, Ecuador dan utara jauh Peru.
  Tapirus indicus Desmarest, 1819 Tenuk Malaysia Hutan Asia Tenggara: Indonesia, Malaysia, Myanmar, dan Thailand

Rujukan sunting

  1. ^ Roskov Y., Kunze T., Orrell T., Abucay L., Paglinawan L., Culham A., Bailly N., Kirk P., Bourgoin T., Baillargeon G., Decock W., De Wever A., Didžiulis V. (ed) (2019). "Species 2000 & ITIS Catalogue of Life: 2019 Annual Checklist". Species 2000: Naturalis, Leiden, the Netherlands. ISSN 2405-884X. TaxonID: 55037249. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2019. Dicapai pada 11 November 2019.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)

Pautan luar sunting