Badan Ketelusan Antarabangsa

Badan Ketelusan Antarabangsa[1] (bahasa Inggeris: Transparency International, TI), merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berjuang membanteras gejala rasuah atau korupsi.[2] Setiap tahun, TI menerbitkan Indeks Tanggapan Korupsi (CPI), yang merupakan rujukan tahap gejala rasuah di negara masing-masing yang paling lazim digunakan di dunia.[3]

Badan Ketelusan Antarabangsa
Transparency International
TI logo.png
SingkatanTI
Pembentukan1993 (1993)
JenisPertubuhan bukan untung
Status perundanganEingetragener Verein
TujuanRasuah, pencegahan jenayah
Ibu pejabatBerlin, Jerman
Lokasi
  • Alt-Moabit 96
    10559 Berlin, Jerman
Koordinat52°31′26″N 13°20′42″E / 52.5238°N 13.3450°E / 52.5238; 13.3450Koordinat: 52°31′26″N 13°20′42″E / 52.5238°N 13.3450°E / 52.5238; 13.3450
Kawasan berkhidmatAntarabangsa
Pengarah urusanDaniel Eriksson
PengerusiDelia Ferreira Rubio
Orang pentingPeter Eigen
Laman web rasmiwww.transparency.org

Transparency International MalaysiaSunting

Pada 16 Januari 2009, Presiden Transparency International Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam melancarkan Projek Crinis Malaysia dengan tujuan menyelesaikan kebimbangan rakyat Malaysia mengenai fenomena politik wang, penyalahgunaan dana semasa pemilihan parti dan pilihan raya umum. Ini termasuklah penyelidikan terhadap kewangan parti-parti politik, mencadangkan pembaharuan berdasarkan diagnosis pengagihan dana dalam semua kempen pilihan raya serta membuat perbandingan berhubung amalan di antara negara-negara. Kerjasama amat diperlukan daripada parti-parti politik, pihak berkuasa pilihan raya, penyumbang korporat, pengundi dan pemegang amanah utama di dalam negara dan antarabangsa . Mana-mana yang enggan memberi kerjasama, janganlah mengundi mereka. Antara anggotanya ialah Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.[4]

RujukanSunting

  1. ^ http://pmr.penerangan.gov.my/?action=rasuah.htm
  2. ^ e.V., Transparency International. "Our impact - Transparency International". www.transparency.org (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ Chaikin, David (June 2009). Corruption and money laundering: a symbiotic relationship. Palgrave Macmillan. m/s. 12–13. ISBN 978-0-230-61360-7.
  4. ^ TI Akan Selidik Kewangan Parti-parti Politik

Pautan luarSunting