Baddrol Bakhtiar
Baddrol bin Bakhtiar (lahir 1 Januari 1988) ialah seorang ialah seorang pemain bola sepak profesional kebangsaan Malaysia. Beliau telah bermain untuk pasukan Sabah FC. Beliau juga pernah memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan Sea sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2009 dan 2011 bersama skuad Malaysia B-23.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Baddrol bin Bakhtiar | ||
Tarikh lahir | [1] | 1 Februari 1988||
Tempat lahir | Sungai Petani, Kedah, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 10 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Sabah FC | ||
Nombor | 7 | ||
Kerjaya remaja | |||
2005–2006 | Piala Presiden Kedah B-21 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2021 | Kedah Darul Aman FC | 379 | (120) |
2022- | Sabah FC | ||
Pasukan kebangsaan | |||
2005–2007 | Malaysia B-20 | 12 | (12) |
2008–2011 | Malaysia B-23 | 21 | (8) |
2009– | Malaysia | 43 | (6) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Kerjaya
Penglibatan awal
Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.
Kedah
Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri.
Pemergian K. Soley ke Perlis membuka peluang untuk Baddrol beraksi dalam kesebalasan utama. Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.
Bawah 20 Malaysia
Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006. Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.
Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.Beliau menjadi kapten Malaysia B-23 sepanjang tahun 2011.Brliau menjadi wira malaysia apabila menjuarai sukan sea 2011 apabila nenjadi hero penentuan penalti
Peluang ke Stamford Bridge
Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.
Keturunan
Baddrol dilahirkan di Putatan tetapi ibu bapanya berasal dari kampung di Tanjung Ipoh daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau juga dikatakan sebagai 'anak jati' Kedah oleh peminat bola sepak tanah air. Bapanya berasal dari Kampung Gemetir manakala ibunya Kampung Baru Lanjut Manis, kedua-duanya di Tanjung Ipoh, Terachi. Bapanya berketurunan Melayu-Minangkabau manakala ibunya Melayu-Kadazan-Dusun. Bapanya bertugas sebagai askar dan pernah berkhidmat di Sarawak dan terakhir di Sungai Petani dan seterusnya menetap di Sungai Petani.
Pencapaian
Bersama Kedah
- Liga Super - 2007, 2008
- Piala FA - 2007, 2008, 2017, 2019
- Piala Malaysia - 2007, 2008, 2016
- Liga Premier - 2006, 2015
- Piala Sumbangsih - 2017
Bersama Malaysia
- Emas Bola Sepak Sukan Sea - 2009, 2011
Rujukan
https://anakbapak.com/baddrol-bakhtiar/
- ^ "Baddrol Bakhtiar". ESPN FC. Dicapai pada 17 December 2017.