Baden-Württemberg

Baden-Württemberg ialah salah satu daripada 16 buah negeri (Bundesländer) di dalam Republik Persekutuan Jerman. Baden-Württemberg terletak di bahagian selatan negara ini, lebih kurang di barat bahagian atas Sungai Rhine. Negeri ini adalah yang ketiga terbesar di Jerman dari segi jumlah penduduk dan juga saiz, dengan 10.7 juta orang (hampir sama dengan seluruh Belgium) dan seluas 35,742 km². Ibu negerinya ialah Stuttgart.

Sekeping poster kempen, yang berbunyi, "Kami boleh lakukan apa sahaja kecuali [bercakap] Jerman baku." Ini merupakan satu kiasan kepada fakta yang menunjukkan Baden-Württemberg sebagai salah satu pusat penting bagi inovasi di Jerman dan pennghuninya yang mempunyai dialek yang amat berbeza.

Pautan luar sunting