Badminton Asia

persatuan badminton

Badminton Asia ialah badan induk sukan badminton di Asia. Ia adalah salah satu daripada 5 badan benua di bawah maungan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Gabungan ini ditubuhkan pada 1959, beribu pejabat di Petaling Jaya, Malaysia. Ini bertujuan untuk mengekalkan Asia sebagai penanda aras sukan badminton dunia dalam beberapa tahun akan datang. Kini ia mempunyai 43 persatuan anggota.[1] Di dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 16 Julai 2006, telah memutuskan bahawa nama gabungan itu ditukar dari Konfederasi Badminton Asia (ABC) menjadi Konfederasi Asia Badminton (BAC).[2]

Badminton Asia
KependekanBadminton Asia
JenisPersekutuan sukan
Ibu pejabatPetaling Jaya, Malaysia
Ahli43 persatuan ahli
Presiden
Indonesia Anton Aditya Subowo
Laman web rasmiwww.badmintonasia.org
Logo abc round.jpg

Semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa Badminton Asia pada 16 Oktober 2015 di Kuwait, pertubuhan itu menjenamakan semula namanya dengan melancarkan logo baharu untuk menamakan pertubuhan itu sebagai Badminton Asia.[3]

Ahli konfederasiSunting

Berikut senarai ahli Badminton Asia:[4]

Konfederasi Badminton Asia
  Afghanistan   Bahrain   Bangladesh   Bhutan   Brunei
  Kemboja   China   Taipei Cina   Korea Utara   Timor-Leste
  Hong Kong   India   Indonesia   Iran   Iraq
  Jepun   Jordan   Kazakhstan   Korea Selatan   Kuwait
  Kyrgyzstan   Laos   Lubnan   Makau   Malaysia
  Maldives   Mongolia   Myanmar     Nepal   Pakistan
  Palestin   Filipina   Singapura   Sri Lanka   Syria
  Thailand   Turkmenistan   Uzbekistan   Vietnam

Pasukan kebangsaanSunting

PertandinganSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Membership - BWF Corporate" (dalam bahasa Inggeris). BWF. Dicapai pada 23 Januari 2017.
  2. ^ Badminton Asia Confederation - About Us Diarkibkan 25 Ogos 2006 di Wayback Machine
  3. ^ "Badminton Asia Reaches for Glory with New Look". Badminton Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Januari 2019.
  4. ^ https://www.badmintonasia.org/member-associations/member-associations

Pautan luarSunting