Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Acara badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 yang mengambil tempat di Tokyo berlangsung pada 24 Julai sehingga 2 Ogos 2021. Seramai 172 atlet (86 pemain lelaki dan 86 wanita) mengambil bahagian dalam lima acara: perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita, dan beregu campuran.[1][2]

Badminton
di Sukan Olimpik XXXII
TempatPlaza Sukan Hutan Musashino
Tarikh24 Julai - 2 Ogos 2021
Bil. acara5
Pesaing172 dari 49 negara
← 2016
2024 →

Kelayakan sunting

Peringkat kelayakan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung antara 29 April 2019 hingga 26 April 2020, dan senarai ranking Persekutuan Badminton Dunia pula dijadualkan untuk diumumkan pada 30 April 2020. Namun peringkat kelayakan ini telah ditetapkan semula untuk berlangsung antara 29 April 2019 hingga 6 Jun 2021, dan senarai ranking Persekutuan Badminton Dunia pula telah diumumkan pada 15 Jun 2021 yang digunakan untuk memperuntukkan penyertaan pemain.[3] Sebuah negara boleh menghantar maksimum dua pemain masing-masing dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, jika mereka berada di kedudukan 16 teratas dunia; jika tidak, satu kuota akan diberikan sehingga lengkap senarai 38 pemain. Peraturan yang sama juga digunakan dalam acara beregu, iaitu sebuah negara boleh menghantar maksimum dua pasangan jika mereka berada di kedudukan lapan teratas dunia, sementara negara lain berhak mendapat satu kuota sehingga kuota 16 pasangan teratas dunia lengkap. Terdapat juga beberapa peraturan tambahan iaitu setiap benua perlu diwakili dalam setiap acara, tuan rumah dijamin sekurang-kurangnya satu kuota dalam setiap acara individu, dan menambah beberapa kuota jika pemain memenuhi syarat dalam beberapa acara.

Negara peserta sunting

Jadual sunting

Acara ini diadakan dalam jangka masa 10 hari.[4][5]

Legenda
P Pusingan awal R R16 ¼ Suku akhir ½ Separuh akhir A Akhir
Date 24 Jul 25 Jul 26 Jul 27 Jul 28 Jul 29 Jul 30 Jul 31 Jul 1 Ogos 2 Ogos
Event P M P M P M P M P M P M P T P M T M T M
Perseorangan lelaki P P R ¼ ½ A
Beregu lelaki P ¼ ½ A
Perseorangan wanita P R ¼ ½ A
Beregu wanita P ¼ ½ A
Beregu campuran P ¼ ½ A

Jadual pingat sunting

Ked. Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1   China 2 3 0 5
2   Taipei Cina 1 1 0 2
3   Indonesia 1 0 1 2
4   Denmark 1 0 0 1
5   India 0 0 1 1
  Jepun 0 0 1 1
  Korea Selatan 0 0 1 1
  Malaysia 0 0 1 1

Pemenang pingat sunting

Acara Emas Perak Gangsa
Perseorangan lelaki
butiran
Viktor Axelsen
  Denmark
Chen Long
  China
Anthony Sinisuka Ginting
  Indonesia
Beregu lelaki
butiran
  Taipei Cina
Lee Yang
Wang Chi-lin
  China
Li Junhui
Liu Yuchen
  Malaysia
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
Perseorangan wanita
butiran
Chen Yufei
  China
Tai Tzu-ying
  Taipei Cina
P. V. Sindhu
  India
Beregu wanita
butiran
  Indonesia
Greysia Polii
Apriyani Rahayu
  China
Chen Qingchen
Jia Yifan
  Korea Selatan
Kim So-yeong
Kong Hee-yong
Beregu campuran
butiran
  China
Wang Yilyu
Huang Dongping
  China
Zheng Siwei
Huang Yaqiong
  Jepun
Yuta Watanabe
Arisa Higashino

Rujukan sunting

  1. ^ "Japan 2020: Badminton". Tokyo Organising Committee of the Olympic and Paralympic Games. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  2. ^ "Tokyo 2020 Badminton Qualifiers Announced". olympics.bwfbadminton.com. Badminton World Federation. 5 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2021. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  3. ^ "Badminton (2020 Summer Olympics) New Qualification". Dicapai pada 7 Mac 2021.
  4. ^ "Schedule - Badminton Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  5. ^ "Badminton Competition Schedule". Tokyo Organising Committee of the Olympic and Paralympic Games. Dicapai pada 28 Julai 2021.

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.