Badrul Feisal Abdul Rahim

Ahli perniagaan Malaysia

Badrul Feisal bin Abdul Rahim (6 Julai 1969 – 31 Mei 2020) merupakan eksekutif perniagaan Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings dari 2015 hingga 2020.[1][2]

Badrul Feisal Abdul Rahim
بدرول فيعيسىل عبدالرحيم
Kelahiran(1969-07-06)6 Julai 1969
Meninggal dunia31 Mei 2020(2020-05-31) (umur 50)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
Pusat pendidikanUniversiti Missouri
PekerjaanAhli perniagaan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings

Pendidikan sunting

Badrul Feisal ialah pemegang Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika Syarikat dan American Associate Degree (AAD) dalam bidang Perakaunan di Kolej Sains MARA.[1]

Kerjaya sunting

Badrul Feisal menyertai UMW sebagai Pengurus Besar Kanan di Pejabat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Disember 2010 dan dilantik sebagai Pemangku Pengarah Eksekutif bagi Bahagian Minyak dan Gas UMW dari April 2011 hingga Disember 2011. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Korporat Kumpulan sebelum dilantik sebagai Ketua Operasi Kumpulan UMW pada Januari 2013.[3]

Badrul juga terbabit dalam pengurusan kanan dan pengarah di beberapa syarikat seperti Khazanah Nasional, Proton, Lotus dan Kumpulan syarikat DRB-HICOM.[3]

Badrul Feisal dilantik sebagai Presiden dan CEO UMW pada 1 Oktober 2015 menggantikan Syed Hisham Syed Wazir yang telah tamat tempoh perkhidmatan.[4][5]

Beliau pernah memegang jawatan Profesor Adjung di Pusat Pembelajaran Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Malaysia Perlis, dan ahli Lembaga Penasihat Industri UniKL Universiti Kuala Lumpur.[1]

Kematian sunting

Badrul Feisal meninggal dunia pada 31 Mei 2020 di Hospital KPJ Ampang Puteri akibat serangan jantung.[6]

Selepas kematiannya, beliau digantikan oleh Azmin Che Yusoff yang memegang jawatan pemangku Presiden dan CEO berkuatkuasa 5 Jun 2020.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c UMW Holdings: Badrul Feisal Abdul Rahim UMW Holdings. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  2. ^ Alzahrin Alias (1 Jun 2020). CEO UMW meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  3. ^ a b Alzahrin Alias (1 Jun 2020). Allahyarham tak lekang dengan senyuman Harian Metro. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  4. ^ Sangeetha Amarthalingam (1 Oktober 2015). Badrul Feisal replaces Syed Hisham as UMW CEO The Edge Markets. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  5. ^ Badrul Feisal Presiden, CEO baharu UMW Berita Harian (12 Ogos 2015). Dicapai pada 2 Jun 2020.
  6. ^ UMW head Badrul Feisal dies aged 51 New Straits Times (1 Jun 2020). Dicapai pada 2 Jun 2020.
  7. ^ UMW Holdings appoints Azmin as acting president and group CEO New Straits Times (5 Jun 2020). Dicapai pada 8 Jun 2020.
Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Syed Hisham Syed Wazir
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
UMW Holdings Berhad

1 Oktober 2015 – 31 Mei 2020
Diikuti oleh:
Azmin Che Yusoff (pemangku)