Badrul Hisham Shaharin

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gubard merupakan seorang aktivis dan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan bagi anak muda radikal Malaysia. Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya umum di Malaysia mewakili Parti Keadilan Rakyat .

Badrul Hisham Shaharin
Butiran peribadi
LahirBadrul Hisham bin Shaharin
(1978-09-23) 23 September 1978 (umur 45)
Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia
Parti politikKeADILan (1999-2004)
PKR (2004-2016)
BERSATU (Sejak 2020)
PekerjaanAhli Politik, Aktivis

Pada Ogos 2016, PKR telah memecat Badrul Hisham atas kesalahan melanggar disiplin parti atas tuduhan merosakkan imej parti kerana mendedahkan amalan korupsi dalam PKR .[1]. Kini beliau mengganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya BERSATU Johor. Pada Pilihanraya Negeri Melaka Nov 2021 beliau merupakan Penyelaras Penerangan Gerak Kerja Kempen Perikatan Nasional PRN Melaka 2021.

Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi GIATMARA Malaysia sejak Januari 2021.

Pendakian Bermula sunting

Bermula dari anak kampong biasa beliau mendaki puncak dan matang dalam perjuangan. Beliau juga banyak terlibat dalam dunia aktivis peringkat antara bangsa. CheGuBard pernah menghadiri beberapa seminar dan latihan yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa. Antaranya, penglibatan awalnya di peringkat antara bangsa ialah kursus media mengenai teknik untuk berhadapan dengan media elektronik yang dianjurkan oleh Frederick Naumann Stiftung di Bangkok, Thailand pada Julai 2003. Selain daripada itu, beliau turut mengikuti seminar mengenai kerelevanan parti-parti berunsur sosial demokrat dan gerakan progresif Asia Timur dan Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Frederick Ebert Stiftung di Manila, Filipina dan banyak lagi

Pada tahun 2006, beliau telah terpilih antara 20 aktivis muda Asia untuk menyertai latihan hak asasi manusia yang dianjurkan oleh Yayasan Memperingati Tragedi 18 Mei di Gwangju, Korea Selatan. Oleh kerana keaktifannya dalam bidang kemasyarakatan dan ketekunannya, beliau telah terpilih sebagai pelajar terbaik yang justeru melayakkan beliau untuk mendapat biasiswa penuh tajaan Kerajaan Korea Selatan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana di Universiti Sungkonghae, Seoul, Korea Selatan.

Kesempatan berada di bumi asing telah dipergunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman dan membina jaringan antarabangsa. Beliau berpeluang untuk menyaksikan bagaimana pergerakan sosial di Korea Selatan berkembang.

Beliau sering mendapat undangan sebagai panel dalam banyak forum antara bangsa. Beliau juga merupakan setiausaha jawatankuasa penaja ASEAN Activist Forum yang dipengerusikan oleh NurKholis seorang aktivis muda Indonesia yang juga Timbalan Pengerusi Komisi Hak Asasi Indonesia.

Penglibatan kemasyarakatan dan kerjaya sunting

Selain politik, Badrul juga mahir dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam. Beliau adalah Pengurus Pemasaran dalam beberapa syarikat swasta semenjak tahun 2003. Badrul pernah terlibat dalam Gerakan Belia dan Kebudayaan Di peringkat kebangsaan dan negeri. Beliau pernah bersama sebagai tulang belakang Persatuan Seni Budaya NS, Anak Teater Seri Melewar, dan menjadi pengerak sebuah pertubuhan seni silat yang menjadi badan pendiri PESAKA di NS. Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah kerana penglibatannya di dalam gerakan belia dan kebudayaan.

Penglibatan Badrul sebagai aktivis sosial berada di tahap kemuncak apabila beliau bersama-sama dengan beberapa orang teman menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (GERAK) yang dipimpin oleh Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Namun apabila GERAK mampu bergerak aktif Badrul meletakkan jawatan sebagai Eksekutif Ko ordinator, agar memastikan GERAK benar bebas dari pengaruh politik

GERAK telah menjadi sebuah organisasi yang terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam usaha memerangi rasuah. GERAK kini dianggotai oleh 10,000 orang sukarelawan dan bergiat di arena antarabangsa. Namun oleh kerana sebab yang amat mengecewakan GERAK yang mula membesar dan diterima dalam dan luar negara telah 'hancur' dengan sendirinya.

Januari 2021 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Giat Mara Malaysia.

Pemimpin Muda sunting

Badrul telah mencipta sejarah bagi dirinya apabila beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang termuda yang memang bertanding sewaktu Kongres Parti Keadilan Rakyat pada Mei 2007 dengan undi yang agak tinggi dalam keadaan beliau sendiri berada di luar negara.

Menyertai pemilihan KEADILAN 2010 dengan menawarkan diri sebagai calon Ketua Angkatan Muda Malaysia namun tewas kerana 'penyelewengan demokrasi' yang serius. Sehingga kini aduan lengkap bersama fakta bukti yang dihantar gagal dijawab oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti mahupun Setiausaha Agung parti.

Beliau kini juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Rembau. Selain itu beliau juga pengasas sebuah gerakan muda yang diberi nama Solidariti Anak Muda Malaysia. SAMM mula bergerak sejak 2004 lagi.

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan[2][3]
Tahun Kawasan Nama Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah Majoriti Turun undi
2004 N27 Rantau Badrul Hisham Shaharin (KeADILan) 1,832 18.09% Mohamad Hasan (UMNO) 8,031 79.30% 10,127 6,199 72.77%
Parliament of Malaysia[2][3]
Tahun Kawasan Nama Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah Majoriti Turun undi
2008 P131 Rembau, Negeri Sembilan Badrul Hisham Shaharin (PKR) 20,779 42.49% Khairy Jamaluddin (UMNO) 26,525 54.24% 48,901 5,746 77.75%
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[2][3][4][5][6]
Tahun Kawasan Nama Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah Majoriti Turun undi
2013 N21 Sungai Acheh Badrul Hisham Shaharin (PKR) 6,083 43.82% Mahmud Zakaria (UMNO) 6,891 49.64% 13,881 808 89.03%
Mohd Yusni Mat Piah (PAS) 690 4.97%

Rujukan sunting

  1. ^ Ashley Tang (26 August 2016). "PKR sacks Chegubard for damaging party image". The Star. Dicapai pada 14 March 2018.
  2. ^ a b c "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  3. ^ a b c "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  4. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.

Pautan Luar sunting