Bagan Tiang ialah sebuah perkampungan nelayan dan pesawah padi yg terletak di utara negeri Perak, Malaysia. Kedudukan dalam peta pada latitud 5.1166667 Utara dan longitud 100.4166667 Timur. Ketinggian 3 meter dari aras laut. Bagan Tiang pernah menjadi pelabuhan kecil persinggahan pedagang dari China dan India pada abad ke-19. Ia dikenali sebagai Bagan Tiang disebabkan banyak terdapat tiang-tiang dari batang pokok nibong yang dicacak pada pelabuhan yang digunakan untuk mengikat kapal kecil/tongkang yang berlabuh.

Sejarah Bagan Tiang dikesan seawal zaman kegemilangan kerajaan Siak di Sumatera. Dikenali dengan nama Turong, Bagan Tiang pada waktu tersebut merupakan kerajaan kecil yg ditadbir oleh penghulu lantikan oleh Kerajaan kesultanan Kedah. Turong berubah nama kepada Sungai Megat Aris semasa era Penghulu Megat Aris mentadbir Bagan Tiang sekitar tahun 1890an.

Sekitar tahun 1850an, Bagan Tiang telah menjadi kawasan penanaman padi yang utama di utara Negeri Perak. Di dalam buku harian Paglima Abdul Karim Bin Raja Aman Shah, dicatatkan yang beliau telah meminjam sebanyak 70000 gantang padi dari 'rakyat-rakyat Bagan Tiang' semasa beliau membuka Daerah Selama pada tahun 1874M. (Rujukan : R.O Winstedt - A History of Perak).

Juga pernah menjadi pusat pengeluaran hasil tebu/gula dimana Long Jaafar dan anaknya Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim merupakan pengusaha awal kepada industri tersebut. Apabila pihak British menahan Ngah Ibrahim akibat dari tragedi pembunuhan J.W.W Birch, ladang2 tebu milik Ngah Ibrahim telah dirampas dan diserahkan kepada pengusaha Cina. Kesan-kesan peninggalan industri gula tersebut masih boleh dilihat seperti kolam penyimpanan gula cair (selepas dikisar), batu pengisar dan juga menara serombong asap.

Industri tebu/gula di daerah Bagan Tiang musnah apabila ban/benteng penahan air laut pecah dan menyebabkan air laut melimpah masuk ke ladang tebu tersebut. Kesannya, tebu yang ditanam rasanya menjadi sedikit masin.

Dengan peredaran masa, muara kuala Bagan Tiang telah menjadi cetek dimana tongkang/kapal tidak lagi dapat menyusuri muara.

Pembangunan fizikal Bagan Tiang agak kurang menyerlah disebabkan tiadanya pembangunan dibawa masuk ke sini seperti universiti/maktab/sekolah berasrama bagi memangkin pertumbuhan. Kolam-kolam penternakan ikan/udang dipersisir pantai Bagan Tiang pula hampir 100% diusahakan oleh pihak luar.

Hingga kini, pekan Bagan Tiang masih lagi kelihatan seperti tahun 1970-an/80-an dan dengan berwajahkan kampung melayu tradisi.

Tokoh sunting

Di antara tokoh-tokoh anak tempatan kelahiran Bagan Tiang adalah:

1. Haji Mahyuddin Canai Intan (meninggal dunia - 1978) - seorang yang cukup disegani dan disayangi warga tempatan. Selain daripada mengajar agama beliau merupakan hakim tetap Musabaqah Al Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sahabat baik kepada Dato' Hassan Azahari (ayah kepada bekas KPM Musa Hassan). Gelaran Canai Intan diberi oleh Almarhum Sultan Perak di atas kelunakan suara beliau apabila mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran.

2. Dato' Abdul Raman Sulaiman (meninggal dunia - Nov. 2012) - Bekas Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian UMNO Parit Buntar, dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa era Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

3. Siti Sara Hj. Kamaruddin (menetap di Chemor, Perak) - Pernah mewakili Negeri Perak dalam Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan. Juga merupa sepupu kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Merupakan seorang guru tadika sekitar tahun 1970an.

4. Haji Harun Hashim - Yang DiPertua PAS Parit Buntar (sehingga kini) - Seorang yg cukup istiqamah di dalam perjuangan PAS. Pernah menjadi calun PAS semasa PRU 70an. Beliau merupakan sepupu kepada Dato' Abdul Raman Sulaiman dimana kedua-dua orang tokoh tersebut adalah cucu kepada Haji Jamaluddin, pemilik asal tapak pekan hari(sabtu) dan tapak Masjid Al Taqwa Bagan Tiang.

5. Haji Jamaluddin datuk kepada Haji Harun/Dato' Abdul Raman - Pernah menerima surat penghargaan dari Universiti Oxford UK di atas sumbangan beliau ke atas universiti tersebut di zaman penjajahan British.

Rujukan sunting

1. The Western Malay States (1880 - 1973) 2. Captain Speedy of Larut - J.M Gullick 3. Sejarah Tungku Kudin - Perang Bisik 4. Sejarah Bagan Tiang - Din Che'Su

Pautan luar sunting