Ba gua

(Dilencongkan dari Bagua)

Ba gua (Bahasa Cina: 八卦pinyin: bāguàWade-Giles: pakua; secara harfiahnya "lapan lambang") merupakan lapan diagram yang digunakan dalam ilmu kosmologi Tao untuk melambangkan prinsip-prinsip atas alam nyata yang dipandang sebagai lapan konsep yang saling bersangkut paut. Setiap satunya terdiri daripada tiga garis, setiap satunya "patah" atau "tak patah", yang masing-masing melambangkan yin dan yang. Oleh sebab strukturnya yang bertiga, ia juga sering dipanggil "trigram".

64

Trigram-trigram ini berkaitan dengan falsafah taiji dan "lima unsur".[1] Hubungan sesama trigram-trigram ini dilambangkan dalam dua susunan, iaitu Lapan Lambang Syurga Asal (先天八卦)[2] atau "Lapan Lambang Fuxi" (伏羲八卦), dan Lapan Lambang Syurga Kemudian (後天八卦)[2] atau "Lapan Lambang Raja Wen" (文王八卦). Trigram-trigram ini menunjukkan persamaan dalam bidang-bidang astronomi, astrologi, geografi, geomansi, anatomi, kekeluargaan, dan lain-lain.[3][4]

Naskhah klasik Cina Buku Perubahan terdiri daripada 64 pasangan trigram (iaitu "heksagram") yang boleh diperoleh serta huraian-huraian tentangnya.

八卦 Bāguà—Lapan trigram
乾 Qián
兌 Duì
離 Lí
震 Zhèn
巽 Xùn
坎 Kǎn
艮 Gèn
坤 Kūn
Langit Rawa Api Petir Angin Air Gunung Tanah
天 Tiān 澤 Zé 火 Huǒ 雷 Léi 風 Fēng 水 Shuǐ 山 Shān 地 Dì

Fuxi "Syurga Awal" sunting

 
Susunan bagua Fuxi.
卦名
Nama
自然
Sifat Alam
季节
Musim
性情
Keperibadian
家族
Ahli Keluarga
方位
Arah
意義
Maksud
 Qián 天 Langit Musim Panas Pencipta 父 Bapa 南 Selatan Tenaga yang mengambang, langit.
 Xùn 風 Angin Musim Panas Pelembut 長女 Puteri Sulung 西南 Barat daya Penembusan yang lembut, keanjalan.
 Kǎn 水 Air Musim Luruh Yang Teruk 中男 Putera Tengah 西 Barat Bahaya, sungai deras, jurang dalam, bulan.
 Gèn 山 Gunung Musim Luruh Yang Pegun 少男 Putera Bongsu 西北 Barat laut Kepegunan, ketidakbolehgerakan.
 Kūn 地 Tanah Musim Sejuk Penerima 母 Ibu 北 Utara Tenaga yang menerima, iaitu tenaga penghasil.
 Zhèn 雷 Petir Musim Sejuk Pencetus 長男 Putera Sulung 東北 Timur laut Perangsangan, putaran, pembahagian.
 Lí 火 Api Musim Bunga Pelekap 中女 Puteri Tengah 東 Timur Pergerakan cepat, seri, matahari.
 Duì 澤 Rawa Musim Bunga Periang 少女 Puteri Bongsu 東南 Tenggara Keriangan, kepuasan, ketersendatan.

Raja Wen "Syurga Kemudian" sunting

 
Susunan bagua Raja Wen.
卦名
Nama
自然
Sifat Alam
季节
Musim
性情
Keperibadian
家族
Ahli Keluarga
方位
Arah
意義
Maksud
 Li 火 Api Musim Panas Pelekap 中女 Puteri Tengah 南 Selatan Pergerakan cepat, seri, matahari.
 Kun 地 Tanah Musim Panas Penerima 母 Ibu 西南 Barat daya Tenaga yang menerima, iaitu tenaga penghasil.
 Dui 澤 Rawa Musim Luruh Periang 少女 Puteri Bongsu 西 Barat Keriangan, kepuasan, ketersendatan.
 Qian 天 Langit Musim Luruh Pencipta 父 Bapa 西北 Barat laut Tenaga yang mengambang, langit.
 Kan 水 Air Musim Sejuk Yang Teruk 中男 Putera Tengah 北 Utara Bahaya, sungai deras, jurang dalam, bulan.
 Gen 山 Gunung Musim Sejuk Yang Pegun 少男 Putera Bongsu 東北 North­east Kepegunan, ketidakbolehgerakan.
 Zhen 雷 Petir Musim Bunga Pencetus 長男 Putera Sulung 東 Timur Perangsangan, putaran, pembahagian.
 Xun 風 Angin Musim Bunga Pelembut 長女 Puteri Sulung 東南 Tenggara Penembusan yang lembut, keanjalan.

Rujukan sunting

  1. ^ CHEN, Xin (tr. Alex Golstein).The Illustrated Canon of Chen Family Taijiquan, INBI Matrix Pty Ltd, 2007. ms. 11. (dicapai di Scribd.com, December 14, 2009.)
  2. ^ a b Wilhelm, Richard (1950). The I Ching or Book of Changes. Princeton, NJ: Princeton University Press. m/s. 266, 269. ISBN 069109750X. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ TSUEI, Wei.Roots of Chinese culture and medicine Diarkibkan 2012-08-12 di Wayback Machine Chinese Culture Books Co., 1989.
  4. ^ ZONG, Xiao-Fan dan Liscum, Gary.Chinese Medical Palmistry: Your Health in Your Hand, Blue Poppy Press, 1999.

Pautan luar sunting