Bah Air Merah merujuk pada banjir besar yang melanda pantai timur Malaysia, terutamanya Kelantan pada tahun 1926.[1]

Banjir ini disebabkan oleh hujan lebat yang turun mencurah-curah secara berterusan selama 10 hari. Akibat dari hujan ini, banjir besar melanda Kelantan yang mengakibatkan air bah menenggelami hampir keseluruhan negeri Kelantan, dan mengakibatkan kerosakan teruk. [2] Hampir 84% penduduk Kelantan telah terbabit, menjejaskan sekitar 537,000 penduduk.[3]

Air banjir yang bercampur dengan air pasang menjadikan air bah bertukar menjadi merah, memberikan namanya.[4]

RujukanSunting

Pautan luarSunting