Bah Ndaw

Presiden Mali

Bah Ndaw (juga dieja Ndiaw, N'Daw, N'Dah, dan N'Daou; lahir 23 Ogos 1950) ialah seorang pegawai tentera dan ahli politik Mali. Beliau telah menjadi presiden Mali sejak 25 September 2020. Antara Mei 2014 dan Januari 2015 beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Bah Ndaw
Presiden Mali
(Pemangku)
Memegang jawatan
25 September 2020
Perdana MenteriMoctar Ouane
Naib PresidenAssimi Goïta
Didahului olehAssimi Goïta (sebagai Ketua Jawatankuasa Nasional untuk Keselamatan Rakyat Mali)
Menteri Pertahanan
Dalam jawatan
28 Mei 2014 – Januari 2015
PresidenIbrahim Boubacar Keïta
Perdana MenteriMoussa Mara
Didahului olehSoumeylou Boubèye Maïga
Butiran peribadi
Lahir (1950-08-23) 23 Ogos 1950 (umur 73)
San, Sudan Perancis (sekarang Mali)
Alma materÉcole Militaire Interarmes, Koulikoro
École de guerre[1]
Kerjaya ketenteraan
KesetiaanMali
PerkhidmatanTentera Udara Mali
Tahun perkhidmatan1973-2012
PangkatKolonel

Awal hidup sunting

Ndaw lahir pada 23 Ogos 1950 di San, Mali.

Beliau menyertai Angkatan Tentera Mali sebagai sukarelawan pada 1973 dan lulus dari interarmes militaire l'École (EMIA) di Koulikoro pada tahun yang sama. Pada 1974 beliau dihantar ke Kesatuan Soviet untuk menerima latihan helikopter.[2]

Kerjaya ketenteraan sunting

Pada 1977 Ndaw menjadi sebahagian daripada Tentera Udara Mali.[2] Pada satu ketika, Ndaw berperanan sebagai pembantu kepada Presiden Mali Moussa Traoré.[3] Beliau mengundurkan diri dari jawatan ini pada 1990 sebagai protes campur tangan isteri Traoré dengan urusan pemerintahan.[1]

Di bawah pemerintahan Presiden Alpha Oumar Konaré, Ndaw bertugas sebagai timbalan ketua kakitangan Tentera Udara Mali antara tahun 1992 dan 2002.[1] Pada 1994, beliau lulus dari École de guerre di Paris, Perancis.[2] Pada 2003 Ndaw menjadi ketua kakitangan Tentera Udara Mali.[1] Sepanjang kerjayanya, beliau juga berkhidmat sebagai timbalan ketua kakitangan Pengawal Kebangsaan Mali.[2]

Dari tahun 2008 sehingga bersara pada 2012, beliau menjadi ketua Biro urusan veteran dan mangsa perang.[4] Ndaw bersara dengan pangkat Kolonel Mejar.[5]

Kerjaya politik sunting

Pada 28 Mei 2014 Ndaw menggantikan Soumeylou Boubèye Maïga sebagai Menteri Pertahanan di bawah Presiden Ibrahim Boubacar Keïta.[5][6][7] Semasa dalam jawatan beliau menandatangani perjanjian pertahanan dengan Perancis. Beliau juga mengusahakan penyusunan semula Angkatan Tentera Mali.[5]

Sebagai Presiden sunting

Pada 21 September 2020 setelah rampasan kuasa beberapa minggu sebelumnya, Ndaw dilantik sebagai presiden oleh sekumpulan 17 pemilih.[8] Assimi Goïta dilantik sebagai naib presiden. Pemerintahan sementara mereka dijadualkan untuk memimpin dalam tempoh 18 bulan setelah rampasan kuasa 2020 di Mali,[3] langkah pencalonan ini turut mendapat pujian pemimpin berpengaruh tertentu seperti Mahmoud Dicko.[3] Pemimpin M5-RFP yang aktif sejak protes Mali 2020, juga memberi isyarat sokongan.[6] Ndaw dirasmikan sebagai presiden pada 25 September.[9]

Setelah menjawat jawatan secara rasmi Ndaw menyatakan bahawa beliau akan memerangi rasuah, penipuan pilihan raya dan menghormati perjanjian antarabangsa yang telah dibuat sebelumnya.[9] Beliau juga menegaskan akan terus memerangi pasukan pengganas dan mencegah penyalahgunaan orang awam oleh angkatan bersenjata Mali.[10][11] Berikutan pelantikan Ndaw, Jean-Claude Brou, Presiden Suruhanjaya Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) menyatakan bahawa ECOWAS hanya akan menarik balik sekatan terhadap Mali sekiranya seorang Perdana Menteri awam dilantik oleh Ndaw.[9][11] Pada 28 September Ndaw menamakan Moctar Ouane sebagai Perdana Menteri.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Diallo, Aïssatou (25 September 2020). "Mali: Who is Bah N'dah, the new transitional president?". The Africa Report (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 September 2020.
  2. ^ a b c d "Mali : Bah N'DAOU (70 ans) est le nouveau chef de la transition, Assimi Goita, vice président" (dalam bahasa Perancis). Mali.actu.net. 21 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2020.
  3. ^ a b c "Bah Ndaw named Mali's interim president, colonel named VP" (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera. 21 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2020.
  4. ^ "Bah N'Daw alias "le grand": qui est le président de la transition du Mali" (dalam bahasa Perancis). BBC News. 21 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2020.
  5. ^ a b c "Mali : Qui est Bah Ndaw, le président de transition ?" (dalam bahasa Perancis). La Tribune Afrique. 21 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2020.
  6. ^ a b Myers, Paul (21 September 2020). "Ex-Malian defence minister named interim president, junta leader as deputy" (dalam bahasa Inggeris). RFI. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2020.
  7. ^ "Pierre Buyoya pays a courtesy call to the newly appointed Malian Defence Minister, Mr Bah Ndao" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Afrika. 6 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2017.
  8. ^ "Bah Ndiaw dilantik Presiden baharu Mali". Lome, Mali: Sinar Harian. 22 September 2020. Dicapai pada 2 Oktober 2020.
  9. ^ a b c Jones, Mayeni (25 September 2020). "Mali coup: Bah Ndaw sworn in as civilian leader" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2020.
  10. ^ "Mali swears in interim president Bah Ndaw to lead transitional government" (dalam bahasa Inggeris). France 24. 25 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2020.
  11. ^ a b Diallo, Tiemoko (25 September 2020). "Retired colonel sworn in as Mali interim president after coup" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-26. Dicapai pada 25 September 2020.
  12. ^ "Former Mali Foreign Minister Moctar Ouane named transitional PM" (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera. 27 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2020.
Jawatan politik
Didahului oleh
Assimi Goïta
sebagai Ketua Jawatankuasa Nasional untuk Keselamatan Rakyat Mali
Presiden Mali
Pemangku

2020-kini
Pemegang jawatan kini