Bahagia Bukan Bidaan (novel)

Bahagia Bukan Bidaan ialah sebuah novel oleh penulis novel Malaysia, Hessa Widad. Novel ini diterbitkan pada tahun 2018 oleh Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2018.[1]

Bahagia Bukan Bidaan
Umum
PengarangHessa Widad
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
2018
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789674690762

Sinopsis sunting

Selagi kita bernafas, selagi kita bersujud pada yang Satu, jangan pernah rasa putus asa untuk hidup. “Dengar sini, Ain Farhana binti Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak satu.” – Azlan

“Terima kasih.” – Ain Farhana Lega. Walaupun perkahwinan yang terbina selama 16 tahun terpaksa dibubarkan. Dia perlu bebas. Bebas daripada kecurangan suaminya. Belum sempat mencari bahagia baru,niatnya sudah terhalang dek desakan Azlan supaya mereka bersatu semula. “Hana, kita rujuk demi Kimi dan Ida, ya?” – Azlan. “Hana dah letih guna sebab yang sama untuk terima abang. Hana tak mampu nak tipu hati Hana lagi. Hana kecewa sangat.” – Ain Farhana

“Kalau begitu, abang tak izinkan Hana jumpa langsung dengan Kimi dan Ida!” – Azlan. Haknya sebagai ibu dinafikan! Kimi dan Ida adalah segala-galanya bagi dia. Hana hilang arah. Sering menyendiri, percubaan bunuh diri, hampir dilanggar lori, tidak hiraukan keadaan sekeliling sehingga menyebabkan kemurungan yang dihadapi bertambah parah. Begitu kuat kesan yang ditinggalkan oleh Azlan terhadapnya. Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

“Hana, sekali saya lafazkan I love you, saya memang maksudkan yang saya cintakan Hana.” – Nik Zachary. Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

Keluaran dan legasi sunting

Bahagia Bukan Bidaan dikeluarkan pada 2018 oleh Karya Seni. Pada tahun yang sama, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Samarinda bermula 3 September di TV3, dibintangi oleh Adi Putra, Nora Danish, Zamarul Hisham dan Ika Nabella.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Bahagia Bukan Bidaan by Hessa Widad Goodreads. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ "Drama Bahagia Bukan Bidaan (TV3)". myinfotaip.com. 2 September 2018.