Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

agensi kerajaan di Malaysia

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
Aras 3, Blok B7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Telefon : 88881267 @ 88881263
Telefaks : 88883731

OBJEKTIF ,FUNGSI , VISI dan MISI =Sunting

ObjektifSunting

Objektif Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang adalah :

  1. Menyelia pentadbiran Jabatan-Jabatan di bawahnya dan merancang pembangunan Mahkamah serta mengkaji dan mencetus inisiatif baru ke arah penambahbaikan sistem pentadbiran keadilan negara dengan cekap, tepat dan berkesan.

FungsiSunting

Fungsi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang adalah :

  1. Mengurus Bajet
  2. Mengawal dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti
  3. Menggubal dasar dan pindaan undang-undang
  4. Menyemak Akta/Peruntukan Undang-Undang yang sedia ada untuk disesuaikan dengan keperluan semasa
  5. Mendaftar dan menyelia Lembaga Pemegang Amanah di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952
  6. Mengawal selia Amanah Raya Berhad di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532)
  7. Menjadi urus setia kepada :-
    1. Jemaah Pengampunan bagi Kes-Kes Keselamatan dan Jemaah Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya (yang dipengerusikan oleh SBP Yang DiPertuan Agong).
    2. Jawatankuasa Bertindak dan Penyelarasan Undang-Undang.
    3. Panel Aduan Undang-Undang
    4. Bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan/ Negara Luar/ Badan Antarabangsa dalam aspek perundangan
    5. Merancang dan melaksanakan projek pembangunan Mahkamah dalam tempoh Rancangan Malaysia Lima Tahun
    6. Menguruskan keperluan ICT
    7. Mengurus keperluan dan pembangunan sumber manusia
    8. Penyelidikan dan inisiatif-inisiatif baru mengenai Sistem Undang-Undang
    9. Memberikan perkhidmatan sokongan dalam aspek pentadbiran dan publisiti ke atas Jabatan-jabatan yang diselia

VisiSunting

Untuk menjadi sebuah agensi ulung yang menyumbang kepada sistem pentadbiran keadilan negara

MisiSunting

Menyelia pentadbiran Jabatan-jabatan di bawahnya, merancang dan membangun infrastruktur Mahkamah serta membuat penambahbaikan dalam sistem keadilan negera berdasarkan kepada kehendak Kerajaan dan keperluan masyarakat

Pautan luarSunting