Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa

Alamat surat menyuratSunting

Alamat : Jabatan Perdana Menteri
Aras 5-6, Blok B3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Telefon : 603-8888 7212
Faks : 603-8888 3903

Objektif dan fungsiSunting

ObjektifSunting

Objektif Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa adalah : Untuk menentukan pengurusan istiadat serta majlis rasmi Kerajaan, pengurusan darjah-darjah kebesaran Persekutuan, lawatan pembesar-pembesar negara dan persidangan antabangsa dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkualiti, mengikut peraturan dan amalan-amalan yang ditetapkan.

FungsiSunting

Fungsi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa adalah :

  1. Merancang, menyelaras dan melaksana acara-acara rasmi kerajaan seperti sambutan perayaan Hari Kebangsaan, Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Hari Pahlawan dan acara-acara lain seperti yang ditetapkan oleh Majlis Rasmi Kerajaan.
  2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan acara-acara lawatan Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong ke negeri-negeri dan ke luar negara serta lawatan pembesar-pembesar luar negara ke Malaysia.
  3. Memberi khidmat nasihat mengenai protokol dan adat istiadat bagi majlis-majlis utama kerajaan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan dan jabatan-jabatan kerajaan serta membantu pihak swasta dalam penganjuran majlis-majlis yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negara.
  4. Memproses/memperaku pencalonan untuk pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan dan cadangan pencalonan pegawai-pegawai Persekutuan untuk pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri-negeri dan negara-negara luar.
  5. Menyelenggara kenderaan-kenderaan VIP dan menyelaras penggunaan bilik-bilik VIP di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan Sultan Abdul Aziz Shah, Subang
  6. Menjalankan kajian berhubung amalan adat istiadat, protokol di negeri-negeri dan luar negara untuk memperkemaskan amalan istiadat dari masa kesemasa
  7. Menentukan penguatkuasaan akta tentang penggunaan lambang kerajaan Malaysia, penetapan penggunaan pakaian seragam dan penggunaan bendera oleh agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkanun.
  8. Menyelaras urusan pemakanan dan pengebumian pembesar-pembesar negara.
  9. Memberi khidmat nasihat dan menyelaras serta membantu penganjuran persidangan antabangsa oleh agensi-agensi kerajaan.