Bahagian Pengurusan Hartanah

Bahagian Pengurusan Hartanah ditubuhkan pada 1957 dikenali sebagai Pejabat Perumahan Kerajaan (Government Accomodation Office). Pada ketika itu, fungsinya tertumpu kepada hal kuarters kerajaan sahaja. [1]

Pada tahun 1960, Bahagian ini telah dipertanggungjawabkan mengendalikan Istana Negara serta Kediaman Rasmi. Bagi memenuhi keperluan semasa, beberapa unit ditubuhkan iaitu Unit Ruang Pejabat, Unit Rumah Peranginan dan Unit Pembangunan, dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Bangunan Kerajaan. [2]

Perubahan nama kepada Bahagian Pengurusan Hartanah mula berkuatkuasa pada 1996. Secara rasminya, Bahagian Pengurusan Hartanah telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya pada 4 Oktober 1999.

Rujukan sunting

  1. ^ "SEJARAH PENTADBIRAN JABATAN PERDANA MENTERI - GOV.MY" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-27. Dicapai pada 2017-08-27.
  2. ^ TAKLIMAT MYSMS.PDF - BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA

Pautan luar sunting