Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia

Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia atau PPPM ialah agensi perisikan tentera bagi Angkatan Tentera Malaysia.[1] Peranannya dikatakan setaraf dengan Agensi Perisikan Pertahanan Amerika Syarikat. PPPM di ketuai oleh seorang Leftenan Jeneral tentera darat dan terdiri daripada tiga cabang perkhidmatan tentera seperti Kor Risik DiRaja Tentera Darat, cawangan risik tentera laut dan cawangan risik tentera udara.

Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia
ڤرتوبوهن ڤريسيكن ڤرتاهنن مليسيا
Lencana Angkatan Tentera Malaysia
Aktif1 Oktober 1981 – Kini
Negara Malaysia
PerananPerisikan tentera
SaizSulit
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
Komander
Ketua KolonelSultan Muhammad V

PPPM secara rasminya ditubuhkan pada 1 Oktober 1981 sebagai Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) bagi menggantikan Direktorat Perisikan Bersama (DPS) dan peranan utama PPPM ketika itu ialah mengumpul dan menghasilkan produk risikan bagi menangani ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) semasa Darurat Kedua.

Ketua PPPM dikenali sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) dan melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Beliau juga melapor kepada Menteri Pertahanan dan Bahagian Keselamatan Negara (BKN).[1] KPPP terkini ialah Lt. Jen. Datuk Ahmad Norihan bin Jalal.[2]

Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BBSP) Angkatan Tentera telah dinamakan semula sebagai Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (PPPM). Penukaran nama dan logo secara rasmi dilakukan pada 23 September 2022 oleh Panglima Angkatan Pertahanan Jeneral Affendi Buang.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mahadzir, Dzirhan (2008). "Securing Southeast Asia: The Politics of Security Sector Reform by Mark Beeson; Alex J.Bellamy Review by: Dzirhan Mahadzir" (PDF). Contemporary Southeast Asia. Institute of Southeast Asian Studies. 30 (2): 338–339. doi:10.1355/cs30-2j. Dicapai pada 24 August 2013.
  2. ^ "The Global Defence Services and Government Security Event" Kuala Lumpur: Government of Malaysia m/s. 1-9 http://www.fairmgt.com/PDF/2012/DSA-Show-News-November-2011.pdf[pautan mati kekal]
  3. ^ "BSPP kini dikenali sebagai Malaysian Defence Intelligence Organisation". Air Times. 24 September 2022.