Bahaman Samsudin

ahli politik Malaysia

Tan Sri Bahaman Samsudin atau 'Dato Seri Utama Bahaman Shamsuddin' merupakan ahli parlimen Kuala Pilah dari parti UMNO. Sebelum itu beliau diberi kepercayaan oleh Tunku Abdul Rahman untuk bertanding di parlimen Hilir Perak dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955. Ketika menjadi Pegawai Daerah (DO) di Kuala Pilah, Inggeris menyingkirkan beliau ke Teluk Intan.

Tan Sri

Bahaman Samsudin

P.M.N.
Menteri Kehakiman
Dalam jawatan
1968–1969
Kawasan pilihan rayaKuala Pilah
Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
1964–1968
Kawasan pilihan rayaKuala Pilah
Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat
Dalam jawatan
1961–1964
Kawasan pilihan rayaKuala Pilah
Menteri Buruh
Dalam jawatan
November 1959 – Disember 1961
Kawasan pilihan rayaKuala Pilah
Menteri Hasil Bumi
Dalam jawatan
Ogos 1959 – November 1959
Kawasan pilihan rayaKuala Pilah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Pilah
Dalam jawatan
1959–1969
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehAbdul Samad Idris
Menteri Hasil Bumi
Dalam jawatan
1957–1959
Kawasan pilihan rayaTelok Anson
Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Dalam jawatan
1955–1957
MenteriTunku Abdul Rahman
Kawasan pilihan rayaTelok Anson
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
Dalam jawatan
1955–1959
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehWoo Saik Hong
Kawasan pilihan rayaTelok Anson

Jemaah Menteri sunting

Beliau menjadi Menteri Hasil-hasil Bumi dalam jemaah menteri Tunku Abdul Rahman pada 1957.Pengumuman itu dibuat pada 28 Ogos 1957 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.

Encik Bahaman pernah menjadi Presiden St Paul Institution Alumni di Seremban (1949-1953).Ketika itu beliau menjadi Pegawai Daerah Seremban.

Pada 9 Ogos 1955, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Keadilan.

Beliau ditugaskan menguruskan hal ehwal Felda dari 31 Ogos 1957 - 16 November 1959.Pada 1963 beliau menjadi Menteri Buruh dan pernah menyambut delegasi Brunei di Kuala Lumpur.[1] Beliau juga meghadiri majlis di Pusat Latihan Pekerja yang terletak di Port Dickson pada 1959.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Kesihatan Malaysia. Batu asas Hospital Tuanku Jaafar diletakkan oleh Y.B. Encik Bahaman bin Samsudin, Menteri Kesihatan pada 5 November 1966. Pada 1966 juga, beliau menghadiri ceramah di Institut Penyelidikan Perubatan,Jalan Pahang,Kuala Lumpur.

Pada 6 Februari 1969, selaku Menteri Keadilan, Datuk Bahaman menjelaskan di Parlimen bahawa terjadi 22450 kes bunuh diri dan 213 kes cubaan bunuh diri. Ketika sesi itu, Tuan Haji Abu Bakar Hamzah (Bachok) minta penjelasan tentang kes bunuh diri Haji Sharif ,Ketua UMNO cawangan Klang.

Pilihan raya 1959 sunting

Sebagai ahli politik Perikatan/ UMNO ,beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Persekutuan Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Kuala Pilah, negeri Negeri Sembilan (1958-1964).

Ketika itu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalannya ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Malaysia belum ditubuhkan. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Rujukan sunting