Bahasa-bahasa Mongondow-Gorontalo

Bahasa-bahasa Mongondow-Gorontalo merupakan satu kumpulan di bawah keluarga bahasa-bahasa Austronesia yang ditutur di utara Sulawesi, Indonesia.

Bahasa-bahasa Mongondow-Gorontalo
Taburan
geografi:
Gorontalo, Sulawesi Utara, dan Sulawesi Tengah, Sulawesi
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Pembahagian:
Glottolog:goro1257[1]

Bahasa sunting

Bahasa-bahasa Mongondow-Gorontalo dipecahkan kepada dua cabang:[2]

  • Bahasa-bahasa Gorontalo: bahasa Bolango, bahasa Buol, bahasa Bintauna, bahasa Gorontalo, bahasa Kaidipang, bahasa Lolak, bahasa Suwawa
  • Bahasa-bahasa Mongondow: bahasa Mongondow, bahasa Ponosakan[3]

Pengelasan sunting

Persamaan antara bahasa Mongondow dan bahasa-bahasa di Filipina sudah dikenalpasti pada separuh pertama abad ke-20.[4] Noorduyn (1982) membentangkan bukti fonologi dan morfologi untuk hubungan rapat antara bahasa Gorontalo dan bahasa Mongondow,[5] sambil kelanjutan penuh subkumpulan tersebut termasuklah bahasa-bahasa Gorontalo yang lain telah diwujudkan oleh Usup (1986).[2] Blust (1991) telah menunjukkan bahawa bahasa-bahasa Mongondow-Gorontalo berkait dengan banyak bahasa di Filipina tengah dan selatan dalam subkumpulan bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya.[6] Jadual berikut menunjukkan hubungan rapat tersebut, menyenaraikan kata tulen dalam bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya yang dijumpai dalam bahasa Mongondow (sebagai wakil bahasa-bahasa Mongondow-Gorontalo) dan bahasa Tagalog (ahli subkumpulan bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya yang paling utara):

Bahasa Mongondow Bahasa Tagalog Maksud
modaliʔ-daliʔ madalíʔ pantas
modolom madilím gelap
duguʔ dugóʔ darah
obuʔ ubó batuk
pugad púgad sarang
tapaʔ sápaʔ antasan
tubig túbig air

Pelangbinaan sunting

Kosa kata dan fonologi bahasa Mongondow-Gorontalo Proto telah dilangbina oleh Usup (1986).[2] Kata nama diri dalam bahasa Mongondow-Gorontalo Proto telah dilangbina oleh Lobel (2011).[7]

Lihat juga sunting

References sunting

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Gorontalo–Mongondow". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ a b c Usup, Hunggu Tadjuddin (1986). Rekonstruksi Proto-Bahasa Gorontalo-Mongondow (Tesis) (dalam bahasa Indonesian). Universitas Indonesia.CS1 maint: unrecognized language (link) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Usup1986" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Moseley, Christopher (2008). Encyclopedia of the World's Endangered Languages. Routledge. ISBN 978-1-1357-9640-2.
  4. ^ Esser, S.J. (1938). "Talen". Atlas van Tropisch Nederland [Atlas of Tropical Netherlands] (dalam bahasa Dutch). Blad 9a. Batavia: Topografische Dienst.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Noorduyn, J. (1982). "Sound Changes in the Gorontalo Language". Dalam Halim, A.; Carrington, L.; Wurm, S.A. (penyunting). Papers from the Third International Conference on Austronesian Linguistics, Vol. 2: Tracking the travellers. Pacific Linguistics, C-75. Canberra: Australian National University. m/s. 241–261. doi:10.15144/PL-C75.241. hdl:1885/145067.
  6. ^ Blust, Robert (1991). "The Greater Central Philippines Hypothesis". Oceanic Linguistics. 30 (2): 73–129. doi:10.2307/3623084. JSTOR 3623084.
  7. ^ Lobel, Jason (2011). "Pronominal Number in Mongondow-Gorontalo". Oceanic Linguistics. 50 (2): 543–550. doi:10.1353/ol.2011.0029. JSTOR 41337067. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-20.

Templat:Philippine languagesTemplat:Austronesian languages