Bahasa Slavik

(Dilencongkan dari Bahasa-bahasa Slavik)

Bahasa-bahasa Slavik ialah satu subkumpulan bahasa Indo-Eropah yang ditutur oleh orang Slavik di

  Negara-negara di mana bahasa Slavik Barat ialah bahasa kebangsaan
  Negara-negara di mana bahasa Slavik Timur ialah bahasa kebangsaan
  Negara-negara di mana bahasa Slavik Selatan ialah bahasa kebangsaan
Indo-Eropah
Bahasa-bahasa Indo-Europah
Albania | Anatolia | Armenia
Baltik | Celt | Dacia | Germanik
Indo-Iran | Italik
Slavik | Thrace | Tocharian | Yunani
Orang-orang Indo-Eropah
Albania | Anatolia | Armenia
Balt | Celt | Germanik
Indo-Aryan | Iran
Italik | Slavik | Thrace | Orang Tocharian | Yunani
Proto-Indo-Eropah
Bahasa | Masyarakat | Agam
Kurgan | Yamna | Tembikar Bertanda Tali
Kajian Indo-Eropah


Cabang sunting

Cendekiawan-cendekiawan membahagikan bahasa-bahasa Slavik kepada tiga cabang utama, dengan setiap cabang mempunyai subcabang:

Sesetengah ahli sains mempostulatkan bahawa terdapat juga cabang Slavik Utara; dialek Novgorod Lama merupakan salah satu saki-baki. Bagaimanapun, istilah "Slavik Utara" kekadang juga digunakan untuk menggabungkan bahasa-bahasa Slavik Barat dan Timur menjadi satu kumpulan yang berbeza daripada bahasa-bahasa Slavik Selatan.

Bahasa persuratan Slavik yang tertua ialah Slavik Gereja Lama yang kemudian berkembang menjadi Slavik Gereja.

Pembahagian tiga pihak bahasa-bahasa Slavik tidak mengambil kira dialek-dialek pertuturan bagi setiap bahasa. Dalam lingkungan itu, terdapat apa yang dipanggil dialek-dialek peralihan dan dialek-dialek kacukan yang merapatkan jurang-jurang antara berbagai-bagai bahasa, dan yang menunjukkan persamaan yang tidak begitu nyata ketika membandingkan bahasa-bahasa persuratan (iaitu bahasa piawai) Slavik.

Terdapat perbezaan-perbezaan yang mencukupi antara berbagai-bagai dialek dan bahasa Slavik untuk menyusahkan komunikasi antara penutur-penutur daripada berbagai-bagai bahasa Slavik. Perbezaan antara dialek-dialek dalam setiap bahasa Slavik amat berbeza; umpamanya, dialek-dialek Rusia tidak begitu berbeza, berbanding dialek-dialek Slovenia.


 
Peta bahasa-bahasa Slavik di Eropah

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Bahasa-bahasa Slavik
Slavik Timur Belarusia | Slavik Timur Lama † | Rusia | Rusyn (Karpatos) | Ruthenia † | Ukraine
Slavik Barat Czech | Kashubia | Canaan † | Sorb Bawah | Polabia † | Poland | Pomerania † | Silesia | Slovak | Slovincia † | Sorb Atas
Slavik Selatan Bulgaria Banat | Bosnia | Bulgaria | Croatia Burgenland | Croatia | Macedonia | Croatia Molise | Montenegrin | Slavik Gereja Lama † | Serbia | Serbo-Croatia | Slavik (Greece) | Slovenia
Lain-lain Slavik Gereja | Dialek Novgorod Lama † | Proto-Slavik † | Russenorsk † | Rusyn (Pannonia) | Slavik-Serbia † | Slovio
Pupus