Bahasa-bahasa Ainu

(Dilencongkan dari Bahasa Ainu)

Bahasa-bahasa Ainu (/ˈn/)[2] ialah keluarga bahasa kecil yang sering dianggap sebagai bahasa pencilan. Sejarahnya, ia dituturkan oleh orang Ainu di utara Jepun dan kepulauan negara jirannya.

Bahasa Ainu
Taburan
geografi:
Kini hanya Hokkaido; sebelumnya juga Sakhalin selatan dan tengah, kepulauan Kuril, dan kemungkinan Honshu utara
Klasifikasi bahasa:Salah satu keluarga bahasa utama di dunia
Pembahagian:
ISO 639-2 / 5:ain
ISO 639-3:ain
Glottolog:ainu1252[1]
{{{mapalt}}}
Peta taburan bahasa dan loghat Ainu pra-1945

Ragam-ragam utama keluarga bahasa Ainu disilih anggap sebagai kumpulan bahasa yang berkait rapat[3] atau loghat yang berbeza bagi satu bahasa terpencil. Satu-satunya ragam yang masih hidup ialah bahasa Ainu Hokkaido, yang disenaraikan oleh UNESCO sebagai terancam parah. Bahasa Ainu Sakhalin dan bahasa Ainu Kuril kini telah pupus. Bukti toponimik menunjukkan bahasa Ainu pernah dituturkan di utara Honshu. Tiada hubungan genealogi antara bahasa Ainu dan mana-mana keluarga bahasa lain telah ditunjukkan, walaupun terdapat banyak cubaan.

Ragam sunting

Terdapat pelbagai tahap pengiktirafan jenis-jenis ragam bahasa Ainu yang dituturkan di seluruh utara Jepun dan pulau-pulau di sekelilingnya dalam akademik. Shibatani (1990) dan Piłsudski (1998) kedua-duanya berbincang tentang "bahasa-bahasa Ainu" apabila membandingkan ragam bahasa yang dituturkan dalam Hokkaido dan Sakhalin;[4][5] namun, Vovin (1993) hanya berbincang tentang "loghat bahasa Ainu".[6] Refsing (1986) mengatakan bahawa bahasa Ainu Hokkaido dan Sakhalin tidak saling boleh memahami.[7] Hattori (1964) mempertimbangkan data Ainu dari 19 rantau Hokkaido dan Sakhalin, dan mendapati bahagian utama terletak di antara dua pulau itu.[8]

Ragam Ainu Kuril sunting

Data tentang bahasa Ainu Kuril adalah terhad, tetapi ia dianggap sepelbagai seperti Sakhalin dan Hokkaido.

Ragam Ainu Sakhalin sunting

Dalam bahasa Ainu Sakhalin, loghat pantai timur Taraika (berhampiran Gastello moden (Poronaysk)) agak berbeza daripada kawasan lain. Loghat Raicisyka, di pantai barat berhampiran Uglegorsk moden, adalah yang terbaik didokumentasikan dan mempunyai penerangan tatabahasa yang khusus. Take Asai, penutur terakhir Ainu Sakhalin, meninggal dunia pada tahun 1994.[9] Loghat Ainu Sakhalin mempunyai vokal panjang dan fonem akhir -h, yang mereka sebut sebagai /x/.

Ragam Ainu Hokkaido sunting

Bahasa Ainu Hokkaido berkelompok dalam beberapa loghat dengan perbezaan yang ketara antara satu sama lain: 'leher' pulau (Mukim Oshima, data dari Oshamambe dan Yakumo); bahasa Ainu "klasik" dari Hokkaido tengah di sekitar Sapporo dan pantai selatan (Mukim Iburi dan Hidaka, data daripada Horobetsu, Biratori, Nukkibetsu dan Niikappu; rekod sejarah dari Mukim Ishikari dan Sapporo menunjukkan bahawa ragam-ragam ini mirip); Samani (di tanjung tenggara di Hidaka, tetapi mungkin paling hampir dengan loghat timur laut); timur laut (data dari Obihiro, Kushiro dan Bihoro); loghat utara-tengah (Mukim Kamikawa, data dari Asahikawa dan Nayoro) dan Sōya (di tanjung barat laut), yang paling hampir dengan ragam Ainu Sakhalin dalam kalangan ragam Ainu Hokkaido. Kebanyakan teks dan huraian tatabahasa yang wujud tentang bahasa Ainu meliputi loghat Hokkaido Tengah.

Data kecil daripada pelayaran Barat pada permulaan abad ke-19 hingga ke-20[10] mencadangkan terdapat juga kepelbagaian besar di utara Sakhalin, yang tidak dicatat oleh Hattori.

Pengelasan sunting

Vovin telah membahagikan "loghat" Ainu seperti berikut:[11]

Hubungan luar sunting

Tiada hubungan genealogi antara bahasa Ainu dengan mana-mana keluarga bahasa lain telah disahkan, walaupun terdapat banyak percubaan. Oleh itu, ia merupakan bahasa pencilan. Bahasa-bahasa Ainu kadangkala dikelompokkan dengan bahasa-bahasa Paleosiberia, tetapi ini hanyalah istilah payung geografi untuk beberapa keluarga bahasa nirkaitan yang terdapat di Siberia sebelum kemajuan bahasa Turki dan Tungus di sana.

Kajian oleh Lee dan Hasegawa (2013) dari Universiti Waseda telah menemui bukti bahawa bahasa Ainu dan penutur Ainu awal berasal dari penduduk Asia Timur Laut/Okhotsk, yang bertapak di utara Hokkaido dan berkembang ke bahagian besar Honshu dan Kuril.[12]

Bahasa-bahasa Ainu berkongsi jumlah perbendaharaan kata yang menarik (terutamanya nama ikan) dengan beberapa bahasa Asia Timur Laut, termasuk bahasa-bahasa Nivkh, Tungus, Mongol, dan Cukotko-Kamcatka. Walaupun bukti linguistik menunjukkan asal-usul kekata ini muncul dalam kalangan bahasa-bahasa Ainu, penyebarannya dan cara perkataan ini tiba ke dalam bahasa lain mungkin akan kekal sebagai misteri.[13]

Usulan yang paling kerap dikaitkan sebagai saudara-mara bahasa-bahasa Ainu diberikan di bawah:

Altai sunting

Street (1962) telah berusul untuk menggabungkan bahasa-bahasa Ainu, Korea dan Jepun dalam satu keluarga dan bahasa-bahasa Turki, Mongol, dan Tungus dalam keluarga lain, di mana dua keluarga tersebut digabungkan dalam keluarga lazim "Asia Utara".[14] Pengelompokan Street adalah lanjutan daripada hipotesis keluarga Altai, yang pada masa itu mengaitkan bahasa-bahasa Turki, Mongol, dan Tungus, kadangkala juga bahasa Korea; kini keluarga Altai kadangkala termasuk bahasa-bahasa Korea dan jarangnya Jepun tetapi bukan bahasa Ainu.[15]

Daripada perspektif yang lebih tertumpu pada bahasa Ainu, Patrie (1982) menggunakan kumpulan yang sama, iaitu Ainu-Korea-Jepun dan Turki-Mongol-Tungus, dengan kedua-dua keluarga ini dikaitkan dalam keluarga lazim, seperti dalam "Asia Utara" usulan Street.[16]

Greenberg (2000-2002) juga mengklasifikasikan bahasa Ainu bersama bahasa Korea dan bahasa Jepun. Beliau menganggap "bahasa Korea-Jepun-Ainu" sebagai membentuk satu cabang daripada keluarga bahasa Eurasia cadangannya.[17] Greenberg tidak menganggap bahasa Korea-Jepun-Ainu mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Turki-Mongol-Tungus dalam keluarga ini.

Hipotesis Altai kini ditolak oleh arus perdana ilmiah.[18][19][20][21]

Austroasia/Austra sunting

Shafer (1965) mengemukakan bukti yang mencadangkan hubungan yang jauh dengan bahasa-bahasa Austroasia, yang merangkumi banyak bahasa asli Asia Tenggara.[22] Vovin (1992) membentangkan pembinaan semula bahasa Ainu Proto dengan bukti, dalam bentuk cadangan perubahan bunyi dan serumpun, tentang hubungan dengan keluarga bahasa Austroasia.[23] Dalam Vovin (1993), beliau masih menganggap hipotesis ini sebagai permulaan.[6] Bengtson (2006) pula mengusulkan pemasukan bahasa-bahasa Ainu dan Nihali dalam keluarga Austra Raya (Greater Austric), yang juga mengandungi keluarga Austroasia dan Austronesia.[24] Beliau menyimpulkan bahawa keluarga ini makin meyakinkan setelah membandingkan kosa kata Ainu dengan Nihali serta Austroasia dan Austronesia.

Pertembungan bahasa dengan orang Nivkh sunting

Kaum Ainu tampaknya telah mengalami hubungan rapat dengan kaum Nivkh sepanjang sejarah mereka. Tidak diketahui sejauh mana hal ini telah mempengaruhi bahasa Ainu. Bahasawan percaya perbendaharaan kata yang dikongsi antara bahasa Ainu dan bahasa Nivkh (sejarahnya dituturkan di bahagian utara Sakhalin dan di tanah besar Asia yang berhadapan dengannya) adalah disebabkan oleh peminjaman.[25]

Pertembungan bahasa dengan orang Jepun sunting

Orang Ainu mempunyai hubungan yang meluas dengan orang Jepun pada abad ke-14. Pembinaan tatabahasa cerakinan yang diperoleh atau diubah dalam bahasa Ainu mungkin disebabkan oleh hubungan dengan bahasa Jepun. Sebilangan besar kata pinjaman bahasa Jepun telah dipinjam ke dalam bahasa Ainu dan juga sebaliknya, namun pada tahap yang lebih kecil, terutamanya nama haiwan seperti 'rakko' ("memerang laut"; bahasa Ainu 'rakko'), 'tonakai' ("rusa kutub"; bahasa Ainu 'tunakkay'), dan 'shishamo' (sejenis ikan, Spirinchus lanceolatus; bahasa Ainu 'susam' ).[26] Disebabkan status rendah bahasa Ainu di Jepun, banyak kata pinjaman kuno mungkin diabaikan atau tidak dapat dikesan, tetapi terdapat bukti substrat yang lebih lama, di mana perkataan lama Jepun yang tidak mempunyai etimologi jelas berkelihatan mempunyai kaitan dengan perkataan Ainu seumpamanya. Contohnya ialah 'shake' (ikan salmon) dalam bahasa Jepun moden, mungkin daripada 'sak ipe' atau 'shak embe' (ikan salmon) dalam bahasa Ainu, harfiahnya "makanan musim panas".

Menurut Elmer (2019), bahasa-bahasa Ainu ialah bahasa pertembungan, iaitu mempunyai pengaruh kuat daripada pelbagai loghat/bahasa Jepun pada peringkat yang berbeza, mencadangkan pertembungan awal dan intensif antara mereka di suatu tempat di wilayah Tohoku, dengan bahasa-bahasa Ainu meminjam sejumlah besar perbendaharaan kata dan ciri tipologi daripada bahasa-bahasa Jepun awal.[27]

Usulan lain sunting

Sebilangan kecil bahasawan mencadangkan hubungan antara bahasa-bahasa Ainu dan bahasa-bahasa Indo-Eropah, berdasarkan teori kauman mengenai asal-usul orang Ainu. Teori hubungan Indo-Eropah-Ainu terkenal sehingga tahun 1960, kemudian bahasawan menolaknya dan tidak mengikuti teori itu lagi dan menumpukan lebih banyak pada keluarga bahasa tempatan.[28][29]

Tambotsev (2008) mengusulkan bahawa bahasa Ainu tipologinya paling mirip dengan bahasa-bahasa Pribumi Amerika dan mencadangkan bahawa kajian lanjut diperlukan untuk mewujudkan hubungan genetik antara bahasa-bahasa ini.[30]

Geografi sunting

Sehingga abad ke-20, bahasa-bahasa Ainu telah dituturkan di seluruh separuh selatan pulau Sakhalin dan oleh sebilangan kecil orang di Kepulauan Kuril. Hanya ragam Hokkaido masih hidup, manakala penutur terakhir bahasa Ainu Sakhalin telah meninggal dunia pada tahun 1994.

Beberapa bahasawan menyatakan bahawa bahasa Ainu merupakan lingua franca yang penting di Sakhalin. Status bahasa Ainu agak tinggi dan juga digunakan oleh pegawai pentadbiran awal Rusia dan Jepun untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan orang pribumi.[31]

Ainu di tanah besar Jepun sunting

 
Tahap sejarah Ainu (merah) yang dibuktikan dan tahap awal yang disyaki di Honshu (merah jambu). Hal yang kedua tersebut berdasarkan bukti toponim (titik merah) dan kampung Matagi (titik ungu). Had barat ditakrifkan oleh had timur awal bahasa Jepun, seperti yang dikekalkan dalam isoglos Jepun moden.

Kadang-kadang bahasa Ainu dicadangkan sebagai bahasa orang pribumi Emishi, penduduk bahagian utara tanah besar Jepun di Honshu.[a] Bukti utama untuk ini ialah kehadiran nama tempat yang kelihatan berasal daripada bahasa Ainu di kedua-dua lokasi. Contohnya, '-betsu' yang lazim digunakan dalam kebanyakan nama tempat Jepun bahagian utara diketahui berasal daripada perkataan Ainu 'pet' (sungai) di Hokkaido, dan perkara yang sama juga disyaki dengan nama tempat yang berakhir dengan '-be' di utara Honshu dan Chubu, seperti sungai Kurobe dan Oyabe di Wilayah Toyama.[32][4][33] Nama tempat lain di Kanto dan Chubu, seperti Gunung Ashigara (Kanagawa-Shizuoka), Musashi (Tokyo moden), Kuil Keta (Toyama), dan Semenanjung Noto, tidak mempunyai penjelasan dalam bahasa Jepun, tetapi ada dalam bahasa Ainu. Pemburu tradisional Matagi di hutan gunung Tohoku mengekalkan perkataan Ainu dalam perbendaharaan kata pemburuan mereka. Walau bagaimanapun, etimologi Jepun juga telah dicadangkan, yang dipinjam ke bahasa Ainu awal dan hilang dalam loghat Jepun kontemporari.[34][35][36]

Arah pengaruh dan penghijrahan orang Ainu masih diperdebatkan. Pernah diusulkan bahawa sekurang-kurangnya beberapa kumpulan zaman Jomon bercakap dalam sejenis bahasa Ainu Proto,[37] dan bahawa mereka menggantikan budaya Okhotsk di utara dari selatan Hokkaido apabila orang Ainu melarikan diri dari perluasan orang Jepun ke utara Honshu, dengan orang Okhotsk merupakan nenek moyang kepada orang Nivkh moden serta sebahagian orang Ainu moden. Walau bagaimanapun, ia juga telah diusulkan bahawa orang Ainu sendiri boleh dikenalpasti dengan budaya Okhotsk, dan bahawa mereka berkembang ke selatan ke utara Honshu serta ke Semenanjung Kamcatka,[38][39] atau bahawa orang Emishi bertutur dalam sejenis bahasa Jepun, yang paling berkait rapat dengan loghat Izumo kuno, dan bukannya apa-apa yang berkaitan dengan bahasa Ainu, dengan penutur Ainu kemudiannya berhijrah dari Hokkaido ke Tohoku utara. Bukti yang dibahaskan untuk ini ialah kata pinjaman Jepun lama dalam bahasa Ainu, termasuk perbendaharaan kata asas, serta istilah dan toponim bahasa-bahasa Jepun tersendiri yang terdapat di Tohoku dan Hokkaido, yang telah dikaitkan dengan loghat Izumo.[40]

Nota sunting

  1. ^ Bahasa Ainu mungkin merupakan bahasa kaum yang dikenali sebagai 'Emishi'; masih tidak diketahui samada Emishi kaum tunggal atau tidak.

Rujukan sunting

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Ainu". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Bauer, Laurie (2007). The Linguistics Student's Handbook. Edinburgh: Edinburgh University Press.
  3. ^ "Ainu". Glottolog 4.3. 2020.
  4. ^ a b Shibatani, Masayoshi (1990). The Languages of Japan. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-36918-5.
  5. ^ Piłsudski, Bronisław (1998). Majewicz, Alfred F. (penyunting). The Aborigines of Sakhalin. The Collected Works of Bronisław Piłsudski. Jil. I. Berlin-New York: Walter de Gruyter. ISBN 978-3-11-010928-3.
  6. ^ a b Vovin, Alexander (1993). A Reconstruction of Proto-Ainu. Leiden: Brill. ISBN 978-90-04-09905-0.
  7. ^ Refsing, Kirsten (1986). The Ainu Language: The Morphology and Syntax of the Shizunai Dialect. Aarhus: Aarhus University Press. ISBN 87-7288-020-1.
  8. ^ Hattori, Shiro (1964). Bunrui Ainugo hōgen jiten [An Ainu dialect dictionary with Ainu, Japanese, and English indexes]. Tokyo: Iwanami Shoten.
  9. ^ Piłsudski, Bronisław; Majewicz, Alfred F. (2004). The Collected Works of Bronisław Piłsudski. Trends in Linguistics Series. 3. Walter de Gruyter. m/s. 600. ISBN 9783110176148. Dicapai pada 2012-05-22.
  10. ^ Tamura, Suzuko (2000). The Ainu Language. Tokyo: Sanseido. ISBN 4-385-35976-8.
  11. ^ Vovin, Alexander (1993). A Reconstruction of Proto-Ainu. Leiden: Brill. ISBN 978-90-04-09905-0.
  12. ^ Lee, Sean; Hasegawa, Toshikazu (2013). "Evolution of the Ainu Language in Space and Time". PLOS ONE. 8 (4): e62243. doi:10.1371/journal.pone.0062243.
  13. ^ Alonso de la Fuente, Jose. "Hokkaidō "Ainu susam" and Japanese "shishamo"". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  14. ^ Street, John C. (1962). "Review of N. Poppe, Vergleichende Grammatik der altaischen Sprachen, Teil I (1960)". Language. 38 (1): 92–98. doi:10.2307/411195. JSTOR 411195.
  15. ^ Georg, Stefan; Michalove, Peter A.; Ramer, Alexis Manaster; Sidwell, Paul J. (1999). "Telling general linguists about Altaic". Journal of Linguistics. 35: 65–98. doi:10.1017/s0022226798007312.
  16. ^ Patrie, James (1982). The Genetic Relationship of the Ainu Language. Honolulu: The University Press of Hawaii. ISBN 978-0-8248-0724-5.
  17. ^ Greenberg, Joseph H. (2000–2002). Indo-European and Its Closest Relatives. Stanford: Stanford University Press. ISBN 978-0-8047-3812-5.
  18. ^ Campbell, Lyle; Mixco, Mauricio J. (2007). A Glossary of Historical Linguistics. Utah: University of Utah Press. m/s. 7. ISBN 978-0874808933.
  19. ^ Nichols, Johanna (1992). Linguistic Diversity in Space and Time. Chicago: University of Chicago Press. m/s. 4. ISBN 9780226580593.
  20. ^ Dixon, Robert Malcolm Ward (1997). The Rise and Fall of Languages. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 32. ISBN 9780521626545.
  21. ^ Pereltsvaig, Asya (2012). Languages of the World: An Introduction. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 211–216. ISBN 9780521536431.
  22. ^ Shafer, R. (1965). "Studies in Austroasian II". Studia Orientalia. 30 (5).
  23. ^ Vovin, Alexander (1992). "The origins of the Ainu language" (PDF). The Third International Symposium on Language and Linguistics: 672–686.
  24. ^ Bengtson, John D. (2006). "A Multilateral Look at Greater Austric". Mother Tongue (dalam bahasa Inggeris). 11: 219–258.
  25. ^ Vovin, Alexander. 2016. "On the Linguistic Prehistory of Hokkaidō." In Crosslinguistics and linguistic crossings in Northeast Asia: papers on the languages of Sakhalin and adjacent regions (Studia Orientalia 117).
  26. ^ Tranter, Nicolas (2012). The Languages of Japan and Korea. Oxfordshire: Routledge. ISBN 9781136446580.
  27. ^ Elmer, P. (2019). "Origins of the Japanese languages. A multidisciplinary approach" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-02-23.
  28. ^ Zgusta, Richard (2015-07-10). The Peoples of Northeast Asia through Time: Precolonial Ethnic and Cultural Processes along the Coast between Hokkaido and the Bering Strait. BRILL. ISBN 9789004300439.
  29. ^ Refsing, Kirsten (1998). Origins of the Ainu language : the Ainu Indo-European controversy. 1–5. Richmond: Curzon. ISBN 9780700710348.
  30. ^ Tambovtsev, Yuri (2008). "The phono-typological distances between Ainu and the other world languages as a clue for closeness of languages" (PDF). Asian and African Studies. 17 (1): 40–62. Dicapai pada 2019-09-30.
  31. ^ Yamada, Yoshiko (2010). "A Preliminary Study of Language Contacts around Uilta in Sakhalin". Journal of the Center for Northern Humanities. 3: 59–75.
  32. ^ Miller, Roy Andrew (1967). The Japanese Language. Tokyo: Charles E. Tuttle.
  33. ^ Vovin, Alexander (2009). 萬葉集と風土記に見られる不思議な言葉と上代日本列島に於けるアイヌ語の分布 (Man'yōshū to fudoki ni mirareru fushigina kotoba to jōdai nihon rettō ni okeru ainugo no bunpu) [Strange Words in the Man'yoshū and the Fudoki and the Distribution of the Ainu Language in the Japanese Islands in Prehistory]. Nichibunken fōramu. 215. Kyōto: Kokusai Nihon Bunka Kenkyū. m/s. 1–57. OCLC 443591083.
  34. ^ Kudō Masaki (1989:134). Jōsaku to emishi. Kōkogaku Library #51. New Science Press.
  35. ^ Tanigawa, Ken'ichi (1980:324–325). Collected works, vol. 1.
  36. ^ Elmer, P. (2019). "Origins of the Japanese languages. A multidisciplinary approach" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-02-23.
  37. ^ Hong, Wontack (2005). "Yayoi Wave, Kofun Wave, and Timing: The Formation of the Japanese People and Japanese Language". Korean Studies. 29: 1–29. doi:10.1353/ks.2006.0007.
  38. ^ Lee, Sean; Hasegawa, Toshikazu. "Evolution of the Ainu Language in Space and Time". PLOS ONE. 8 (4): e62243. Bibcode:2013PLoSO...862243L. doi:10.1371/journal.pone.0062243. PMC 3637396. PMID 23638014.
  39. ^ Smale, Joran (2014). "End of Okhotsk? A Peer Polity Interaction approach to the interaction, exchange and decline of a Northeast-Asian maritime culture on Hokkaido, Japan". Archaeology (MA/MSc) – melalui Leiden University Student Repository.
  40. ^ Boer, Elisabeth de; Yang, Melinda A.; Kawagoe, Aileen; Barnes, Gina L. (2020). "Japan considered from the hypothesis of farmer/language spread". Evolutionary Human Sciences. 2. doi:10.1017/ehs.2020.7. ISSN 2513-843X.

Bibliografi sunting

  • Bugaeva, Anna (2010). "Internet applications for endangered languages: A talking dictionary of Ainu". Waseda Institute for Advanced Study Research Bulletin. 3: 73–81.
  • Murasaki, Kyōko (1977). Karafuto Ainugo: Sakhalin Rayciska Ainu Dialect—Texts and Glossary. Tokyo: Kokushokankōkai.
  • Murasaki, Kyōko (1978). Karafuto Ainugo: Sakhalin Rayciska Ainu Dialect—Grammar. Tokyo: Kokushokankōkai.
  • Refsing, Kirsten (1996). Early European Writings on the Ainu Language. London: Routledge. ISBN 978-0-7007-0400-2.

Bacaan lanjut sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting