Bahasa Ainu Kuril atau bahasa Kuril, ialah salah satu daripada bahasa-bahasa Ainu yang pupus dan kurang dirakamkan di Kepulauan Kuril, kini sebahagian daripada Rusia. Pulau-pulau utama yang didiami ialah Kunasyir, Iturup, dan Urup di selatan, dan Syumsyu di utara. Pulau-pulau lain samada mempunyai kependudukan kecil (seperti Paramusyir) atau dikunjungi untuk memancing atau memburu. Mungkin terdapat sebilangan kecil penduduk Itelmen–Kuril bercampur di hujung selatan Semenanjung Kamcatka.

Bahasa Ainu Kuril
Bahasa Kuril
Asli kepadaRusia, Jepun
KawasanKepulauan Kuril, kemudian Kamchatka dan Hokkaido
EtnikAinu Kuril
Pupus1962
Ainu
  • Bahasa Ainu Kuril
Kod bahasa
ISO 639-3Tiada (mis)
Glottologkuri1271

Orang Ainu dari kepulauan Kuril tampaknya merupakan kaum yang agak baru berkembang dari Hokkaido, menggantikan budaya pribumi Okhotsk, yang mungkin berkaitan dengan Itelmen moden. Apabila Kepulauan Kuril beralih kepada kawalan Jepun pada tahun 1875, ramai orang Ainu Kuril utara dipindahkan ke Daerah Ust-Bolsyertsky di Kamcatka, di mana kira-kira 100 orang masih menetap. Dalam beberapa dekad selepas pulau-pulau itu diserahkan kepada kawalan Soviet pada tahun 1945, sebahagian besar Kuril Ainu selatan yang tinggal dipindahkan ke Hokkaido, di mana mereka telah diasimilasikan.

Rujukan sunting