Bahasa Austronesia Purba

(Dilencongkan daripada Bahasa Austronesia Proto)

Bahasa Austronesia Purba (singkatan PAN) [1] ialah bahasa leluhur hipotesis kepada bahasa-bahasa Austronesia, salah satu keluarga bahasa utama di dunia, yang merangkumi bahasa Melayu. Bahasa Austronesia Purba difahamkan mula muncul di pulau Taiwan sebelum berpecah pada sekitar 5,500-6,000 SM.[2] Bentuk leluhur atau induk bahasa ini telah dikaji melalui kaedah perbandingan pelbagai bahasa yang wujud di bawah rumpun Austronesia ini.

Bahasa Austronesia Purba
PAN
Rekonstruksi Bahasa-bahasa Austronesia
RantauTaiwan
Rekonstruksi turutan

Aturan fonem atau unit sebutan terkecil tuturan bahasa ini telah dibentangkan beberapa kali oleh beberapa pakar bahasa iaitu:

Teori Blust (1999)

sunting

Blust menyusun sebanyak 25 konsonan, 4 vokal, dan 4 diftong dibina semula yang difikirkan wujud dalam penuturan bahasa Austronesia Purba. Namun, Blust mengakui bahawa beberapa konsonan yang dibina semula masih kontroversial dan diperdebatkan.

Bibir/
labial
Gusi/
Alveolar
Lelangit/
Palatal
Gelungan/
Retrofleks
Velar Uvular Glotis
Hentian tanpa suara p /p/ t /t/ k /k/ q /q/
Hentian bersuara b /b/ d /d/ D /ɖ/ g /ɡ/; j /ɡʲ/
Sengauan m /m/ n /n/ ñ /ɲ/ ŋ /ŋ/
Geseran/Frikatif S /s/ s /ʃ/ h /h/
Letusan/afrikat C /t͡s/ c /t͡ʃ/, z /d͡ʒ/
Sisian l /l/ N /ʎ/
Tamparan atau getaran r /ɾ/; R /r/ atau /ʀ/
Malaran w /w/ y /j/
Vokal
Ketinggian Depan Tengah Belakang
Sempit i /i/ u /u/
Tengah ə /ə/
Luas a /a/
Diftong
  • * -ay
  • * -aw
  • * -uy
  • * -iw

Aturan Wolff (2010)

sunting
Bibir/
labial
Gusi/
Alveolar
Lelangit/
Palatal
Velar Uvular Glotis
Hentian tanpa suara p /p/ t /t/ c /c/ k /k/ q /q/
Hentian/geseran bersuara b /b/ d /d/ j /ɟ/ g /ɡ/ ɣ /ʁ/
Sengauan m /m/ n /n/ ŋ /ŋ/
Geseran tanpa suara s /s/ j /h/
Sisian l /l/ ɬ /ʎ/ [4]
Malaran w /w/ y /j/

Perbandingan kosa kata

sunting

Perkataan yang dicondongkan pada lajur pertama ialah perkataan lama yang diketahui diturunkan dari akar Austronesia.

Haiwan
Haiwan Austronesia Purba Melayu-Polinesia Purba Oceanik Purba Polinesia Purba
anjing (asu)[5] *asu *asu
burung *qayam *qayam, *manuk[6] *manuk *manu
ular *SulaR *hulaR, *nipay *mwata *ŋata
kutu *kuCu *kutu *kutu *kutu
ikan *Sikan *hikan *ikan *ika
ayam (manuk)[7] *manuk
Tubuh badan
Tubuh badan Proto-Austronesia Proto-Malayo-Polinesia Proto-Oseanik Proto-Polinesia
tangan *(qa)lima *(qa)lima *lima *lima
kaki *qaqay *qaqay *waqe *waqe
kepala[8] (hulu)[9] *qulu *qulu *qulu, *bwatu(k) *qulu
mata *maCa *mata *mata *mata
telinga *Caliŋa *taliŋa *taliŋa *taliŋa
hidung *mujiŋ *ijuŋ *isuŋ *isu
mulut *ŋusu *baqbaq *papaq *ŋutu
darah *daRaq *daRaq *draRaq *toto
hati *qaCay *qatay *qate *qate
tulang *CuqelaN *tuqelaŋ *suri *hui
kulit *qaNiC *kulit *kulit *kili
belakang (likur)[10] *likud *likud *muri, *takuRu *tuqa
perut (tian)[11] *tiaN *tian, *kempuŋ *tian *manawa
usus *Cinaqi *tinaqi *tinaqi
payudara (susu)[12] *susu *susu *susu *susu, *huhu
bahu *qabaRa *qabaRa *(qa)paRa *uma
leher *liqeR *liqeR *Ruqa, *liqoR *ua
rambut (bulu) *bukeS *buhek *raun ni qulu *lau-qulu
gigi *nipen *ipen, *nipen *nipon, *lipon *nifo

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kependekan Bahasa dan Dialek". Kamus Dewan Perdana (ed. pertama). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2020. m/s. xxxvi.
  2. ^ a b Blust, Robert; Australian National University. Pacific Linguistics (2009). The Austronesian languages. Pacific Linguistics, Research School of Pacific and Asian Studies, The Australian National University. ISBN 978-0-85883-602-0.
  3. ^ Wolff, John U. (2010). ''Proto-Austronesian Phonology with Glossary''. Ithaca, NY: Cornell Southeast Asia Program Publications.
  4. ^ Wolff uses ɬ (which in IPA stands for a voiceless alveolar lateral fricative) to represent the proto-sound which he assumes to have been a palatal lateral [ʎ].
  5. ^ "asu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  6. ^ PMP *qayam = 'haiwan jinakan', PMP *manuk = 'burung jinakan, ayam', and PMP *manu-manuk = 'burung'.
  7. ^ "manuk". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  8. ^ "kepala" meminjam dari bahasa Sanskrit iaitu कपाल kapāla.
  9. ^ "hulu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  10. ^ Maksud moden: 20-an:
    • "likur". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    Ia meminjam dari bahasa Jawa, lihat segmen pengungkapan di entri tersebut.
  11. ^ "tian". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  12. ^ "susu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.

Pautan luar

sunting