Bahasa Betawi

bahasa bangsa Betawi

Bahasa Betawi (Basè Betawi) adalah bahasa ibu kepada bangsa Betawi yang ramai diguna pakai kat wilayah Jabodetabek kat hujung utara negeri Jawa Barat, Indonesia. Lebih kurang seramai 7 juta bangsa Betawi bercakap menggunakan bahasa ni.

Betawi
Basè Betawi
Asli kepada Indonesia
Kawasan
EtnikBetawi
Penutur asli
7 juta (2010)
Kod bahasa
ISO 639-3bew
Glottologbeta1260

Persamaan dengan bahasa-bahasa lainSunting

Di Pulau Jawa ada bermacam-macam bahasa, seperti bahasa Betawi, bahasa Sunda, bahasa Jawa, bahasa Madura, dan lain sebagainya tetapi hanya bahasa Betawi yang bersumber kepada bahasa Melayu seperti halnya bahasa Indonesia. Bagi orang Malaysia yang mendengar bahasa ini mungkin agak sedikit tidak faham, kerana bahasa ini sudah bercampur dengan bahasa-bahasa asing, seperti Belanda, bahasa Portugis, bahasa Arab, bahasa Cina, dan banyak bahasa lainnya. Tetapi bahasa ini ialah bahasa yang termudah difahami oleh orang Malaysia dibandingkan bahasa Pulau Jawa yang lain selain bahasa Indonesia.

Ciri-ciri khasSunting

Ciri khas bahasa Betawi ialah mengubah akhiran "a" menjadi "e". sebagai contoh, siape, dimane, ade ape, dan kenape tetapi "e" di Jakarta dan Malaysia berbeza. "E" dalam bahasa Betawi merupakan "e" taling seperti "e" dalam kata "net". Daerah lain di Indonesia yang mengubah akhiran "a" menjadi "e" ialah Sumatera Utara, Riau, Kepulauan Riau, Kalimantan Barat dan Bali. Walaupun tidak semua masyarakat mengubah akhiran "a" menjadi "e". ada pula penduduk di lima daerah tersebut yang mengubah akhiran "a" menjadi "o". "E" yang digunakan di lima daerah tersebut serupa dengan "e" yang digunakan masyarakat Malaysia, melainkan yang menggunakan "e" taling adalah dialek masyarakat Perak Tengah terutama di kawasan Lambor/Parit/Bota dan Hulu Terengganu.

ContohSunting

Bahasa Melayu/IndonesiaSunting

Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.

Bahasa BetawiSunting

Semue orang ntu dilahirin bebas ame punye martabat dan hak-hak yang same. Mereka ntu dikasih akal ame hati nurani dan kudu bergaul satu ame lainnye dalam semangat persaudaraan.

Pautan luarSunting