Bahasa Jedek ialah sebuah bahasa Asli yang baru sahaja ditemui di Kelantan, Malaysia.[2] Walaupun penutur bahasa Jedek menghurai diri mereka sendiri sebagai etnik Mendriq atau Bateq kepada orang luar, bahasa mereka berbeza daripada semua bahasa Asli yang lain.

Jedek
Asli kepadaMalaysia
KawasanKelantan
Penutur bahasa
280 (2017)[1]
Austro-Asia
Kod bahasa
ISO 639-3

Nama sunting

Penutur bahasa Jedek tidak memiliki autonim (endonym). Berdekatan penutur bahasa Asli, terutama Jahai dan Menriq, merujuk diri mereka sebagai Jdɛk [ɟᶽəˈdɛk˺].[1]

Taburan sunting

Bahasa Jedek ditutur oleh sekitar 280 orang di Kampung Sungai Rual yang terletak di Sungai Rual, selatan bandar Jeli di jajahan Jeli, Kelantan, utara Semenanjung Malaysia. Sungai Rual ialah sebuah masyarakat penempatan semula beberapa kumpulan bekas pencari yang telah tinggal di sepanjang kawasan tengah Sungai Pergau. Bahasa Jedek ditutur hanya ke timur kawasan penutur bahasa Jahai di utara semenanjung Malaysia.[1]

Penggolongan sunting

Bahasa Jedek ialah sebuah bahasa Austroasia tergolong dengan cabang Jahaik (Utara Asli). Bahasa ini tergolong dengan kumpulan Menraq-Batek bahasa.[1]

Penemuan sunting

Bahasa Jedek telah ditemui oleh pengkaji bahasa Universiti Lund, Sweden.[3]

Ciri-ciri sunting

Bahasa ini tidak mempunyai kata kerja yang menunjukkan konsep pemilikan seperti pinjam, beli atau jual namun bahasa ini mempunyai banyak frasa untuk menerangkan konsep pertukaran dan perkongsian.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Yager, Joanne and Niclas Burenhult. 2017. Jedek: A newly discovered Aslian variety of Malaysia. Linguistic Typology. 21(3): 493-545. Retrieved 8 Feb. 2018, from doi:10.1515/lingty-2017-0012
  2. ^ sciencedaily.com
  3. ^ Mohd Zulkifli Zainuddin (9 Februari 2018). "'Bahasa Jedek' ditemui di Kelantan". Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2018.
  4. ^ "Dua pengkaji Sweden jumpa bahasa baru Jedek di Jeli". Malay Mail Online. 9 Februari 2018. Dicapai pada 9 Februari 2018.

Bacaan lanjut sunting