Bahasa Jerman
Bahasa Jerman (Deutsch) adalah bahasa Jermanik Barat. Ia adalah ahli kumpulan Barat dari rumpun Jermanik dari keluarga bahasa Indo-Eropah dan salah satu dari bahasa dunia utama, dituturkan oleh lebih dari 120 juta orang di 38 negara dunia.
Wikibook mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Bahasa Jerman |
Bahasa Jerman | |
---|---|
Deutsch | |
Sebutan | akan ditambah |
Asli di | Jerman, Austria, Switzerland, Liechtenstein, Belgium, Itali, France, Luxembourg, Argentina, Brazil, Netherlands, Republik Czech, Denmark, Namibia, Afrika Selatan, Kanada, Amerika Syarikat dan 35 negara lain. |
Wilayah | Eropah Tengah, Eropah Barat |
Penutur asli | Penutur asli: 100 juta Bahasa kedua: 80 juta (tiada tarikh) |
Keluarga bahasa | Bahasa Indo-Eropah
|
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Jerman, Austria, Liechtenstein, Switzerland, Luxembourg, Belgium, Kesatuan Eropah. Kawasan atau bahasa rasmi tempatan di: Denmark, Itali, Poland (Bahasa rasmi dari Namibia hingga 1990). |
Kod bahasa | |
ISO 639-1 | de |
ISO 639-2 | ger (B) deu (T) |
ISO 639-3 | deu – inclusive code Individual code: |
[[File: |
Pembahagian GeografiSunting
Bahasa Jerman digunakan sebagai bahasa utama di Jerman, Austria, Liechtenstein, Luxembourg, di dua pertiga negara Switzerland, di South Tirol, di komuniti berbahasa Jerman East Cantons di Belgium, dan di dalam komuniti berbahasa jerman di sempadan Denmark yang dahulunya dikenali sebagai South Jutland Country.
Di Luxembourg dan juga di daerah Alsace di Perancis, populasi natif ini menuturkan bahasa Jerman beberapa dialek dan sesetengah daripada mereka juga menggunakan bahasa Jerman standard, tanpa sebarang dialek terutamanya di Luxembourg, walaupun di Alsace dan Lorraine menggunakan hampir di keseluruhan daerah tersebut bahasa Jerman berdialek.
Beberapa komuniti berbahasa Jerman masih wujud di sesetengah tempat di Romania, Republik Czech, Hungari dan seterusnya Rusia dan Kazakhstan.Walaupun selepas Perang Dunia ke-2, terdapat penghijrahan secara besar-besaran ke Jerman pada tahun 1980an dan 1990an telah menyebabkan populasi komuniti berbahasa Jerman di negara-negara berikut berkurangan. Terdapat juga komuniti berbahasa Jerman di Portugis, Sepanyol, Itali, Moroko, Egypt, Israel, Cyprus, Turki, Greece, United Kingdom, Belanda, Scandinavia, Siberia di Rusia, Hungari, Romania, Bulgaria dan bekas Yugoslavia (Bosnia Herzegovina, Serbia, Kroatia, Slovenia).
Rencana berkaitan bahasa ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |