Bahasa-bahasa Melayu

(Dilencongkan dari Bahasa Malayik)

Bahasa-bahasa Melayu ialah cabang dari bahasa-bahasa Polinesia-Melayu di bawah keluarga bahasa-bahasa Austronesia. Bahasa yang terkenal dalam keluarga ini ialah bahasa Melayu (sungguh) iaitu bahasa kebangsaan di Brunei dan Singapura; ia lanjut digunakan sebagai asas untuk bahasa Malaysia, bentuk dibakukan untuk kegunaan kebangsaan Malaysia, serta bahasa Indonesia, bahasa kebangsaan Indonesia. Cabang bahasa-bahasa Melayu juga merangkumi bahasa tempatan yang dituturkan oleh etnik di Indonesia dan etnik Melayu (cth. bahasa Kutai, bahasa Kedah), beberapa bahasa yang dituturkan oleh pelbagai kumpulan etnik di Sumatra (cth. bahasa Minangkabau), dan Borneo (cth. bahasa Iban). Calon kawasan yang paling berkemungkinan sebagai pusat berpecahnya bahasa-bahasa Melayu ialah Borneo barat.

Bahasa-bahasa Melayu
Taburan
geografi:
Asia Tenggara Maritim
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Pembahagian:
  • (dipertikaikan)
Glottolog:mala1538[1]
{{{mapalt}}}
Taburan bahasa-bahasa Melayu di Asia Tenggara Maritim:
  Subkumpulan bahasa-bahasa Iban dan bahasa-bahasa Dayak Melayu Barat (Kanayatn/Salako-Kendayan), juga dikenali himpunannya sebagai "bahasa-bahasa Dayak Melayu".
  Ragam Melayu lain; hubungan genetik masih tidak jelas.

SejarahSunting

Istilah "bahasa-bahasa Melayu" (Malayic) pertama kali dicipta oleh Dyen (1965) dalam klasifikasi leksikostatistik bahasa-bahasa Austronesia. "Kelekapan bahasa-bahasa Melayu" (Malayic hesion) oleh Dyen mempunyai skop yang lebih luas daripada subkumpulan bahasa-bahasa Melayu dalam bentuk yang diterima kini, dan juga merangkumi bahasa Aceh, bahasa Lampung, dan bahasa Madura. Nothofer (1988) menyempitkan julat bahasa-bahasa Melayu, tetapi memasukkan bahasa bukan Melayu seperti bahasa Rejang dan bahasa Embaloh:

Skop subkumpulan bahasa-bahasa Melayu kini, yang telah diterima secara umum oleh pakar sebidang, pertama kali diusulkan oleh Karl Alexander Adelaar (1992, 1993), berdasarkan bukti fonologi, morfologi, dan leksikal.

BahasaSunting

Bahasa-bahasa Melayu dituturkan di Borneo, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, dan di beberapa pulau yang terletak di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Borneo

Semenanjung Tanah Melayu

Sumatera

Jawa

Laut China Selatan/Selat Melaka

SubkumpulanSunting

Klasifikasi dalamanSunting

Walaupun terdapat sepersetujuan umum tentang bahasa yang mana boleh diklasifikasikan termasuk dalam keluarga bahasa-bahasa Melayu, subkumpulan dalaman bahasa-bahasa Melayu masih dipertikaikan.

Adelaar (1993)Sunting

Adelaar (1993) mengklasifikasikan keluarga bahasa-bahasa Melayu seperti berikut.[2]

Ross (2004)Sunting

Berdasarkan bukti tatabahasa, Ross (2004) membahagikan keluarga bahasa-bahasa Melayu kepada dua cabang utama:[3]

  • Bahasa-bahasa Dayak Melayu Barat (Selako-Kendayan)
  • Bahasa-bahasa Melayu pucuk (bahasa-bahasa Melayu lain)

Klasifikasi ini dicerminkan dalam Glottolog (Versi 3.4).

Anderbeck (2012)Sunting

Mengikuti Tadmor (2002), Anderbeck (2012) membuat perbezaan antara bahasa Melayu sungguh dan bahasa-bahasa Melayu dalam perbincangannya tentang loghat-loghat Orang Laut di Kepulauan Riau. Beliau secara tentatif mengklasifikasikan semua bahasa-bahasa Melayu sebagai di bawah subkumpulan "bahasa-bahasa Melayu pucuk", kecuali keluarga bahasa-bahasa Iban, bahasa-bahasa Selako-Kendayan, bahasa Keninjal, bahasa Melayu Dayak, dan "lainan yang agak berbeza" iaitu bahasa Urak Lawoi dan bahasa Duano.[4][a]

Klasifikasi Anderbeck telah diterima pakai dalam edisi ke-17 Etnologue, dengan pengecualian tunggal bahasa Duano, yang disenaraikan dalam Etnologue dalam kalangan ragam "bahasa Melayu".[b]

Smith (2017)Sunting

Dalam disertasinya tentang bahasa-bahasa Borneo, Smith (2017) memberikan bukti untuk subkumpulan yang terdiri daripada isolek bahasa-bahasa Melayu di Borneo barat dan Sumatera selatan, yang dilabelkannya sebagai "bahasa-bahasa Melayu Borneo Barat".[6] Walau bagaimanapun, beliau membiarkan isolek lain ternirkelas.

Kedudukan dalam keluarga bahasa-bahasa AustronesiaSunting

Kemasukan bahasa Melayu dalam subkumpulan bahasa-bahasa Polinesia-Melayu tidak dapat dipertikaikan, dan terdapat sepersetujuan umum bahawa keluarga bahasa-bahasa Cam berkait rapat dengan keluarga bahasa-bahasa Melayu. Gabungan keluarga bahasa-bahasa Melayu yang lebih luas bagaimanapun menjadi kontroversi. Terdapat dua usulan utama: Adelaar (2005) meletakkan keluarga bahasa-bahasa Melayu dalam subkumpulan bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu, yang terdiri daripada bahasa berikut:[7]

Blust (2010) dan Smith (2017) mengumpukkan keluarga bahasa-bahasa Melayu kepada subkumpulan bahasa-bahasa Borneo Utara Raya:[8][6]

Hipotesis keluarga bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu adalah berdasarkan bukti fonologi dengan beberapa inovasi leksikal yang dikongsi bersama, manakala hipotesis bahasa-bahasa Borneo Utara Raya adalah berdasarkan korpus besar bukti leksikal.

Bahasa Melayu ProtoSunting

Bahasa Melayu Proto
Pelangbinaan bahasa-bahasa Melayu
Leluhur
terlangbina

FonologiSunting

Bahasa Melayu Proto mempunyai jumlah 19 konsonan dan 4 vokal. [9]

Konsonan
Bibir Gusi Lelangit Velar Glotis
Hentian Nirsuara p t [d] c k ʔ
Bersuara b d ɟ ɡ
Sengauan m n ɲ ŋ
Geseran s h
Likuida l ʀ
Aproksiman w y
Vokal
Ketinggian Depan Pusat Belakang
Sempit i /i/ u /u/
Tengah ə /ə/
Luas a /a/

Terdapat 2 diftong :

  • *-ay
  • *-aw

MorfologiSunting

Leksem bahasa Melayu Proto kebanyakannya berdwisukukata, walaupun ada yang mempunyai satu, tiga, atau empat sukukata. Leksem mempunyai struktur sukukata berikut: [9]

* [C V (N)] [C V (N)] [C V (N)] C V C 
Nota : C = konsonan,


V = vokal, N = sengauan

NotaSunting

  1. ^ As with Adelaar, Anderbeck reckons the difficulty in assigning absolute subgrouping within Malayic subfamily, and suggests an alternative approach which is "to dissolve the Malay node and keep everything in the Malayic group".
  2. ^ This classification is still in use in the current 22nd edition (2019).[5]
  3. ^ Alongside other various South Sumatran isolects which exhibit the *-R > *-ʔ innovation in a specific set of lexemes.
  4. ^ /t/ is listed as dental by Adelaar (1992)

RujukanSunting

PetikanSunting

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Malayic". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Adelaar 1993.
  3. ^ Ross 2004.
  4. ^ Anderbeck 2012.
  5. ^ Eberhard, Simons & Fennig 2019.
  6. ^ a b Smith 2017.
  7. ^ Adelaar 2005.
  8. ^ Blust 2010.
  9. ^ a b Adelaar 1992.

BibliografiSunting

  • Adelaar, K. Alexander (1992). Proto-Malayic: The Reconstruction of its Phonology and Parts of its Lexicon and Morphology. Pacific Linguistics, Series C, no. 119. Canberra: Dept. of Linguistics, Research School of Pacific Studies, the Australian National University.
  • Adelaar, K. Alexander (1993). "The Internal Classification of the Malayic Subgroup". Bulletin of the School of Oriental and African Studies. University of London. 56 (3): 566–581. doi:10.1017/s0041977x00007710. JSTOR 620695.
  • Adelaar, Alexander (2005). "Malayo-Sumbawan". Oceanic Linguistics. 44 (2): 357–388. doi:10.1353/ol.2005.0027. JSTOR 3623345.
  • Anderbeck, Karl (2012). "The Malayic speaking Orang Laut: Dialects and directions for research". Wacana: Journal of the Humanities of Indonesia. 14 (2): 265–312. Dicapai pada 26 May 2019.
  • Bellwood, Peter; Fox, James J.; Tryon, Darrell (2006). The Austronesians: historical and comparative perspectives. ANU E Press. ISBN 978-1-920942-85-4.
  • Blust, Robert (2010). "The Greater North Borneo Hypothesis". Oceanic Linguistics. 49 (1): 44–118. doi:10.1353/ol.0.0060. JSTOR 40783586.
  • Dyen, Isidore (1965). "A Lexicostatistical classification of the Austronesian languages". International Journal of American Linguistics (Memoir 19).
  • Eberhard, David M.; Simons, Gary F.; Fennig, Charles D., penyunting (2019). "Malayic". Ethnologue: Languages of the World (ed. 22). Dallas, Texas: SIL International.
  • Nothofer, Bernd. 1975. The reconstruction of Proto-Malayo-Javanic. (Verhandelingen van het KITLV, 73.) The Hague: Nijhoff.
  • Nothofer, Bernd (1988). "A discussion of two Austronesian subgroups: Proto-Malay and Proto-Malayic". Dalam Mohd. Thani Ahmad; Zaini Mohamed Zain (penyunting). Rekonstruksi dan cabang-cabang Bahasa Melayu induk. Siri monograf sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 34–58.
  • Ross, Malcolm D. (2004). "Notes on the prehistory and internal subgrouping of Malayic". Dalam John Bowden; Nikolaus Himmelmann (penyunting). Papers in Austronesian subgrouping and dialectology. Canberra: Research School of Pacific and Asian Studies, Australian National University. m/s. 97–109.
  • Smith, Alexander (2017). The Languages of Borneo: A Comprehensive Classification (PDF) (Ph.D. Dissertation). University of Hawaiʻi at Mānoa. Dicapai pada 26 May 2019.CS1 maint: location (link)
  • Tadmor, Uri (2002). "Language contact and the homeland of Malay". The Sixth International Symposium of Malay/Indonesian Linguistics (ISMIL 6). Bintan Island, 3–5 August 2002.

Templat:Austronesian languagesTemplat:Borneo