Bahasa Melayu Perak Ulu

Bahasa Melayu Perak Ulu atau lebih dikenali sebagai "Basa Ulu/Grik" merupakan sebuah variasi Bahasa Melayu tempatan yang dituturkan di daerah Grik, Perak terutama sekali di Batu Kurau sehinggalah di Bukit Gantang. Walaupun terletak di negeri Perak, bahasa mereka agak berbeza dengan Bahasa Perak yang dituturkan di Perak tengah dan selatan. Melayu Grik (termasuk Melayu Baling) dikatakan berasal dari Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani sekitar abad ke-18 akibat peperangan antara kerajaan Melayu Patani dan Siam. Secara linguistik, Bahasa Melayu Grik merupakan sebahagian daripada rumpun bahasa Melayu pantai timur dan berkait rapat dengan Bahasa Kelantan, Bahasa Pahang, Bahasa Terengganu (terutama sekali Bahasa Hulu Terengganu) dan Bahasa Yawi di Selatan Thailand.

Bahasa Melayu Perak Ulu (Pattani Perak)
بهاس ملايو ڤراق هولو
Cakak Ulu, Basa Grik/Bahasa Pattani Perak
Asli kepada Malaysia
KawasanPerak
EtnikMelayu Perak
Penutur asli
-
Austronesian
Kod bahasa
ISO 639-3-

Ada yang berpendapat bahawa bahasa ini adalah sub-dialek dari Bahasa Reman (dituturkan aksen yang serupa di Yala, Thailand) yang merupakan dialek dari Bahasa Kelantan-Patani (Phasa Yawi).

Perbandingan antara bahasa Gerik dengan variasi bahasa Melayu daerah lainSunting

Berikut merupakan perbandingan antara Bahasa Melayu Gerik/Perak Ulu dengan variasi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Bahasa Malaysia Piawai Bahasa Gerik Bahasa Baling Bahasa Kelantan Bahasa Terengganu Bahasa Pahang Bahasa Kedah Bahasa Perak
Pergi Gi Gi Gi Gi Gi Pi Pegi, Gi
Mereka Demã Demã Demo Deme Deme Depā, Lepā Deme
Kamu Mikã Mohã, Humã Mung Mung Aok Hampā, Hang Mike, Kome
Kami Khumã Khumã Kami, Kito Kaming, Kite Kome Sepā Keme
Tidak Mahu Tak Moh Tak Mboh Tok Sey Tak Mboh Tak Mboh Tak Mau Tak Sio
Faham Paha Paha Pehe Pahang Paha Paham Paham
Sangat Manis Manih Leting Manih Leting Manih Leting Manih Leting Manih Meletiang Manih Melecaih Manih Meletin