Bahasa Melayu Selangor Barat

loghat Melayu di negeri Selangor
(Dilencongkan daripada Bahasa Melayu Selangor)

Bahasa Melayu Selangor (Tulisan Jawi: بهاس ملايو سلاڠور) atau bahase Selangow ialah salah satu bahasa Melayu setempat dituturkan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu lain di Semenanjung. Sebagai tempat pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar. Terdapat 2 subdialek Selangor iaitu subdialek Selangor Barat dan subdialek Kuala Lumpur. Bahasa Melayu Selangor dengan Bahasa Melayu Johor-Riau tidak banyak berbeza. Hal adalah kerana, kedua-duanya tidak banyak menerima pengaruh daripada negara luar.

Bahasa Melayu Selangor
بهاس ملايو سلاڠور
Bahase Selangow/Bahasa Selango
Asli kepada Malaysia
Kawasan Selangor, Kuala Lumpur,  Putrajaya dan  Perak (sebagai subdialek Perak Selatan)
EtnikOrang Melayu Selangor
Penutur bahasa
3,700,000 (2023)
Dialek/loghat
  • Selangor Barat
  • Kuala Lumpur
Kod bahasa
ISO 639-3

Asal usul Dialek Selangor

sunting

Sepertimana dialek-dialek Melayu yang lain, Selangor pada hakikatnya mempunyai dialek sendiri. Berasaskan kajian bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu oleh Prof. Emeritus Dato’ Asmah Haji Omar (1985), beliau menggunakan kajian fonologi iaitu penyebutan huruf dan pola bunyi sesuatu perkataan dalam subdialek Selangor Barat dan Kuala Lumpur.

Kawasan Timur di Selangor iaitu dari Petaling Jaya dan Ulu Langat di Selatan, meliputi wilayah Kuala Lumpur dan dari Utara hingga ke Ipoh dan dinamakan subdialek Kuala Lumpur. Seterusnya, kawasan Barat dari Selatan Sungai Selangor hingga ke Selatan meliputi daerah Kuala Langat namakan subdialek Selangor Barat.

Sebut sahaja mengenai dialek Selangor mesti berkait rapat dengan “cakap KL” iaitu bahasa standard kelainan pepet (bahasa pasar). Sebelum kemerdekaan, ramai orang dari negeri lain berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan ketika itu juga Bahasa Melayu belum menjadi bahasa rasmi negara. Hal ini mencetuskan dua subdialek di Selangor iaitu subdialek Kuala Lumpur dan subdialek Selangor Barat.

Contoh perbezaan

sunting

Bahasa Melayu Selangor yang paling asli ialah Subdialek Selangor Barat

Bahasa Melayu Piawai Dialek Selangor
Kenapa Kenape
Besar Besaw/Besow
Pahit Pait
Kamu, Kau Kau, Ko
Runtuh Runto
Hantar Antaw
Langit Langet
Langsir Langsew
Almari Almari
Hari Ari
Sentuh Sento
Hijau Ijau/Ijo
Merah Meyrah
Hitam Itam
Atau Atau/Ataw
Warna Wane
Penuh Peno
Dinding Dindeng
Kerja Keje
Kukuh Kuko
Satu Satuw
Dua Duwe
Tiga Tige
Empat Pat
Lima Limew
Enam Nam
Tujuh Tujo
Lapan Lapan
Sembilan Semilan
Sepuluh Sepulo
Dua belas Doblas/Duweblas
Dua puluh Doploh/Duweploh
Air Aiw/Ae
Hujan Ujan
Ambil Amek/Amik
Kejap Jap
Hati Ati
Pergi Pegi/gi
Apa Ape/Apew
Tidur Tidow
Katil Katel
Beca Bece
Kuala Lumpur Kolumpo
Dengkil Dengkel
Kuala Selangor Kolselangow
Kita Selangor Kite Selangow
Sungguh Sunggo
Syukur Syukow
Hulu Langat Ulu Langek
Hadiah Adiah
Siapa Siape/Sape
Kalendar Kalendow
Gaduh Gado
Belajar Belajow/Belajaw
Dapur Dapow
Kuning Kuneng
Senjata Senjate
Luar Bandar Luow Bandow/Luaw Bandaw
Baik Baek
Hampir Ampew
Hendak Endak
Hapus Apuz
Harus Arus
Hentam Entam
Salin Salen
Meja Meje
Seluar Seluaw/Seluow
Takut Takot
Basuh Baso
Sana Sane
Apa Hal Pehal
Mana Mane
Sebelas Seblas
Hutan Utan
Satu Juta Sejuta/Sejute
Gatal Miang
Oren Oreng
Rusuh Ruso
Sofa Sofe
Biji Bijik
Mata Mate
Lancar Lancow/Lancaw
Cantik Lawa
Musuh Muso

Kata Penguat Selangor

sunting

Loghat Selangor juga mempunyai beberapa kata penguat yang unik bagi menunjukkan peri pentingnya sesuatu sifat atau keadaan tersebut. Contoh:

Warna

Meyrah Menyale - Merah Terang

Itam Pekat - Hitam Pekat

Ijo Cae - Hijau Cair

Biru Tue - Biru Tua

Pengiraan

Satuw/Sato - Satu

Duwe - Dua

Tige - Tiga

Pat - Empat

Limew - Lima

Nam - Enam

Tujo - Tujuh

Lapan - Lapan

Semilan - Sembilan

Sepulo - Sepuluh

Rasa

Masen - Masin

Manes - Manis

Tawo Meleseh - Sangat Tawar

Pait - Pahit

Sifat

Burok - Buruk

Baek - Baik

Kuko - Kukuh

Bahye - Bahaya

Suke- Suka

Contoh Ayat

sunting
Bahasa Melayu Piawai Bahasa Melayu Selangor
Kamu sedang buat apa? Ko buat ape?
Mak kau hijau! Mak ko ijau/ijo!
Kamu hendak pergi ke mana? Ko nak gi mane?
Hari ini hari Selasa ke? Ari ni ari selase ke?
Manalah telefon aku di meja ini, sudah hilang ke? Manelah telefon aku kat meje ni, dah ilang ke?
Tolong ambilkan baru kurung saya yang berwarna hijau Tolong amekkan baju kurung saye wane ijau/ijo
Mimi suka memakai baju berwarna hitam Mimi suke pakai baju wane itam
Kau ini, pergilah mandi! Sudah macam orang penat aku tengok Ko ni, gi mandi! Dah klabu asap aku tengok
Kita hendak pergi ke Kuala Selangor Kite nak gi Kolselangow

Jenis-jenis subdialek

sunting

Penggunakan Subdialek Selangor Barat dan Subdialek Kuala Lumpur telah berkembang sebelum Merdeka.

Masyarakat Melayu Selangor disebut A bertukar menjadi E pepet dan ikut kelompok dialek selatan Semenanjung.

Bahasa Selangor Bahasa Melayu Piawai
Ape Apa
Ade Ada
Kerane Kerana
Lupe Lupa
Muke Muka
Gi Pergi
Jap Kejap/Sebentar

Penukaran vokal i kepada e contohnya:

Bahasa Selangor Bahasa Melayu Piawai
Dindeng Dinding
Langet Langit
Cermen Cermin
Langsew Langsir
Kuneng Kuning
Balek Balik

Perbezaan ketara antaranya sebutan H tidak kedengaran bagi subdialek Selangor Barat, Tidak seperti subdialek Kuala Lumpur mengikut Bahasa Stardard.

Subdialek Selangor Barat Subdialek Kuala Lumpur Bahasa Melayu Piawai
Abis Habis Habis
Ijau Hijau Hijau
Itam Hitam Hitam
Ari Hari Hari
Ujan Hujan Hujan
Utang Hutang Hutang

Persamaan bagi kedua subdialek ini menggantikan huruf U kepada O,namun huruf di hujung tidak disebut dalam subdialek Selangor Barat.

Subdialek Selangor Barat Subdialek Kuala Lumpur Bahasa Melayu Piawai
Pelo Peloh Peluh
Pulo Puloh Puluh
Jato Jatoh Jatuh
Tujo Tujoh Tujuh
Gado Gadoh Gaduh
Sembo Semboh Sembuh

Yang ketiga dalam subdialek Kuala Lumpur, perkataan huruf R akan dibuang manakala subdialek Selangor Barat akan menukarkan huruf R kepada W seperti dialek Melaka.

Subdialek Selangor Barat Subdialek Kuala Lumpur Bahasa Melayu Piawai
Besaw Besa Besar
Ulaw Ula Ular
Sedaw Seda Sedar
Khabaw Khaba Khabar
Tukaw Tuka Tukar
Kejaw Keja Kejar

Dalam ketiga-tiga kajian ini, subdialek Selangor Barat boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan dialek Melaka manakala subdialek Kuala Lumpur mempunyai persamaan dengan dialek Johor. Hal ini bersangkut-paut dengan masa yang silam terdapat banyak dialek yang meluas secara selari dalam paksi Utara-Selatan

Penggunaan dialek Johor digunakan oleh orang dari kawasan Melaka Tengah sekarang ini hingga ke Sungai Selangor. Oleh itu, Negeri Selangor hanya menjadi tumpuan penduduk-penduduk dari kawasan-kawasan lain sebagai satu kawasan bahasa yang penuh dengan ciri kepelbagaian maka terciptalah subdialek-subdialek seperti Selangor Barat dan Kuala Lumpur.

Namun, kami ingin menekankan kepada subdialek Selangor Barat kerana subdialek ini tidak ramai orang tahu.

Dialek Daerah Kuala Langat

sunting

Dialek Melayu Jugra dan Dialek Melayu Langat masing-masing memiliki keunikan tersendiri. Dialek-dialek ini memperlihatkan ciri-ciri linguistik yang berbeza.

Dialek Melayu Langat

sunting

Majoriti penduduk di Kuala Langat terdiri daripada komuniti Melayu berketurunan Jawa, yang berkomunikasi menggunakan pencampuran dialek dikenali sebagai varian koine. Komuniti ini sering dirujuk sebagai Jawa-Melayu. Namun, terdapat satu dialek yang berasal daripada penduduk Melayu di kawasan ini, iaitu dialek Melayu Langat. Dialek ini dikenalpasti sebagai varian kepada dialek Melayu Negeri Sembilan berdasarkan faktor geografi, memandangkan kawasan Hulu Langat bersempadan dengan Negeri Sembilan. Hubungan geografi ini memberikan pengaruh linguistik yang signifikan terhadap perkembangan dialek Melayu Langat.

Bahasa Melayu Piawai Dialek Melayu Langat
Silau Silae
Payau Payae
Ular Ulae
Besar Besae
Semak Elukae
Sebelas Sebelah
Nipis Nipih

Dialek Melayu Jugra

sunting

Dialek Melayu Jugra ialah dialek unik yang berasal dari kawasan Jugra, Selangor. Ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana dialek lain atau pencampuran dialek (koine). Menurut kajian, dialek ini mempunyai tiga varian utama, iaitu varian Sungai Buaya, varian Pulau Nyatoh, dan varian Kelanang, yang masing-masing memperlihatkan perbezaan dalam aspek sebutan dan kosa kata.

Berikut adalah simbol vokal dan konsonan utama yang digunakan dalam kajian mengenai dialek ini:

  • ə: Sebutan vokal e taling. Contohnya: kedai, helang, emak, belut.
  • ʔ: Hentian glotis, yang merujuk kepada ketiadaan sebutan penuh pada akhir perkataan. Contohnya: tidak, jimak, istinjak.
  • x: Sebutan bagi bunyi huruf “kh”. Contohnya: khabar, khazanah, akhir.

Vokal depan dalam dialek Melayu Jugra merangkumi bunyi [i, e, a]. Bunyi-bunyi ini menunjukkan fleksibiliti tinggi kerana boleh muncul di posisi awal, tengah, atau akhir suku kata, sama ada dalam suku kata terbuka mahupun tertutup. Keunikan ini memberikan identiti tersendiri kepada dialek Melayu Jugra dan membezakannya daripada dialek-dialek Melayu yang lain.

Glos Varian Sg. Buaya Varian Pulau Nyatoh Varian Kelanang
Siapa Sapə Sapə Sapə
Lama Lamə Lamə Lamə
Ubat Obat Oba?

Bunyi-bunyi bagi vokal belakang yang terdapat dalam dialek Melayu Jugra merangkumi dua fonem vokal, iaitu [u, o]. Vokal ini terdiri daripada vokal belakang tinggi [u] dan vokal belakang separuh tinggi [o]. Kedua-dua vokal belakang ini boleh muncul pada posisi awal kata, tengah kata, dan akhir kata dalam dialek ini.

Berikut adalah contoh penggunaannya:

Glos Varian Sg. Buaya Varian Pulau Nyatoh Varian Kelanang
Ular Ula Ula Ula
Boleh Buleh Buleh Buleh
Ubat Obat Oba?

Vokal tengah [ǝ] ini dilihat mempunyai bahagian yang lengkap kerana boleh muncul pada semua posisi kata misalnya pada posisi suku kata tengah, dan posisi akhir kata. Penyebaran vokal tengah [ǝ] dalam dialek Melayu Jugra boleh dilihat dalam contoh jadual yang berikut:

Glos Varian Sg. Buaya Varian Pulau Nyatoh Varian Kelanang
Siapa Sapə Sapə Sapə
Lama Lamə Lamə Lamə
Sepuluh Səpuloh Səpuloh

Rujukan

sunting