Bahasa pijin

(Dilencongkan dari Bahasa Pijin)

Bahasa pijin merupakan nama yang diberikan kepada bahasa yang bertindak sebagai bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang digunakan tidak semestinya salah satu bahasa asal kedua-dua pihak penutur tersebut. Bahasa pijin terbit daripada satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya. Bahasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal, sebaliknya dipelajari kemudian. Sebagai contoh, bahasa pijin ini digunakan oleh para pedagang untuk bertukar-tukar barang dagangan mereka atau berjual beli. Begitu juga dengan bahasa para pekerja di ladang atau di kilang ketika bertutur sesama sendiri atau dengan majikan mereka.

Oleh sebab sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling memahami tujuan perbualan maka bahasa pijin mempunyai kosa kata yang terhad. Perkembangan bahasa pijin memakan masa yang lama kerana digunakan hanya untuk tujuan-tujuan tertentu. Di Malaysia anda boleh memerhatikan pertuturan para peniaga yang berbagai-bagai kaum berhubung dengan pelanggan mereka ketika jual beli. Begitu juga anda boleh mendengar pertuturan para pendatang asing yang bekerja di negara ini yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu pijin di Malaysia sering digelar sebagai bahasa pasar atau bazaar language.

Penciptaan pijin sunting

Lazimnya, bahasa pijin timbul kerana:

  • Pertembungan kebudayaan
    • Melalui penjajahan (pijin Hong Kong-Inggeris, pijin Macao-Portugis)
    • Melalui perdagangan (di Malaysia-bahasa Baba dan Nyonya)
  • Pertembungan kelas
    • Golongan atasan dan bawahan di India, yang berkelas dan berkasta.
  • Pengembaraan
    • Dalam keadaan tidak stabil itu, bahasa pijin digunakan.