Bahasa Poland
Bahasa Poland (język polski, polszczyzna) merupakan bahasa rasmi Poland. Bahasa ini merupakan Bahasa Slavik Barat yang paling ramai dituturkan.
Bahasa Poland | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
język polski | |||||||
Sebutan | [jɛ̃zɨk pɔlski] | ||||||
Asli kepada | Poland (37-38 million); Juga ada penutur di Amerika Syarikat, United Kingdom, Belarus, Ireland, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Lithuania, Ukraine, Rusia, Argentina, Brazil, Uruguay, Israel dan negara lain-lain. | ||||||
Penutur bahasa | 50 juta | ||||||
Indo-European
| |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Eropah Poland | ||||||
Dikawal selia oleh | Majlis Bahasa Poland | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | pl | ||||||
ISO 639-2 | pol | ||||||
ISO 639-3 | pol | ||||||
|
Statistik
suntingKini Bahasa Poland merupakan bahasa rasmi Poland; bahasa ini dituturi oleh kebanyakan penduduk Poland yang seramai 38 juta (banci 2002). Terdapat juga sesetengah penutur ibunda di Belarus barat, Ukraine, dan juga Lithuania timur. Disebabkan oleh emigrasi dari Poland pada masa yang berlainan, berjuta-juta penutur ibunda boleh didapati di negara-negara seperti Australia, Brazil, Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat, dan lain-lain.
Dianggarkan terdapat sejumlah 10 juta etnik Poland di luar Negara Poland. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramaikah diantara mereka yang bertutur dalam bahasa Poland - dianggarkan seramai 3,5 ke 10 juta[1]. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penutur ibunda Bahasa Poland seramai antara 40 dan 48 juta di seluruh dunia. Menurut Etnolog, terdapat kira-kira 43 juta penutur bahasa Poland sebagai bahasa utama di seluruh dunia[2].
Bahasa Poland mempunyai penutur yang kedua teramai di kalangan Bahasa-bahasa Slavik selepas Bahasa Rusia. Bahasa ini merupakan lambang utama Bahasa-bahasa Lechia yang sebagai cawangan Bahasa-bahasa Slavik Barat. Bahasa Poland berasal dari kawasan Poland masa kini dari berbilang dialek-dialek Slavik Barat tempatan, terutamanya yang dituturkan di Poland Besar dan Poland Kecil. Bahasa ini berkongsi beberapa kosa kata dengan bahasa-bahasa Slavik yang berdekatan, yang terjelasnya dengan Bahasa Slovak, Bahasa Czech, Bahasa Ukraine, dan Bahasa Belarus.
Pertaburan geografi
suntingBahasa Poland dituturkan terutamanya di Poland. Poland merupakan salah satu negara Eropah yang paling homogeneous mengenai bahasa ibundanya; hampir 97% Orang Poland mengisytiharkan Bahasa Poland sebagai bahasa ibunda mereka, disebabkan oleh penyingkiran bangsa Jerman semasa Perang Dunia Kedua, dan tekanan penindasan (suppression) terhadap bahasa-bahasa asing oleh pihak Komunis semasa Perang Dingin. Selepas Perang Dunia Kedua, bekas wilayah-wilayah Poland yang ditawan oleh KRSS masih mempunyai ramai Orang Poland yang tidak hendak atau tidak mahu berhijrah ke Poland-selepas-1945 dan kini masih ada minoriti besar etnik Poland di Lithuania, Belarus, dan Ukraine.
Bahasa Poland merupakan bahasa minoriti yang digunakan paling meluas di Vilnius County (26% bilangan penduduk, menurut banci 2001). Di Ukraine, Bahasa Poland sering digunakan di kawasan Lviv dan Lutsk. Belarus Barat mempunyai minoriti etnik Poland yang penting, terutamanya di kawasan-kawasan Brest dan Grodno.
Argentina, Australia, Austria, Azerbaijan, Brazil, Kanada, Republik Czech, Estonia, Finland, Germany, Greece, Hungary, Israel, Ireland, Kazakhstan, Latvia, New Zealand, Norway, Afrika Selatan, Sweden, Romania, Rusia, Slovakia, UAE, UK, Uruguay dan Amerika Syarikat juga mempunyai bilangan penutur Bahasa Poland yang tertonjol.
Rujukan
sunting- ^ 1. Walczak, Bogdan, 2001. Język polski na Zachodzie [in:] Jerzy Bartmiński (ed.). Współczesny język polski. Lublin.: Wydawnictwo UMCS. 2. Price, Glanville (ed.), 2001. Encyclopedia of the languages of Europe. Oxford, Malden.: Blackwell Publishers. 3. Rothstein, Robert A., 2002. Polish [in:] Comrie, Bernard and Corbett, Greville, G. (ed.). The Slavonic Languages. First edition in paperback (first published 1993). London and New York.: Routledge.
- ^ Gordon, Raymond G., Jr. (ed.), 2005. Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition. Dallas, Tex.: SIL International. Online version: http://www.ethnologue.com/.
Lihat juga
suntingKamus
suntingPautan luar
suntingWikipedia Bahasa Poland, ensiklopedia bebas |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Bahasa Poland |
- Polish Dictionary and Grammar Wiki Diarkibkan 2007-04-30 di Wayback Machine
- 1,000 free multi-choice Polish grammar drills online
- Basic English-Polish Dictionary
- Polish language on Ethnologue
- PWN Polish-Polish Dictionary
- Webster's Online Polish-English Dictionary
- Polish-English dictionary
- Online translation Polish<->English
- Polish language course Diarkibkan 2005-03-23 di Wayback Machine
- A Concise Polish Grammar, by Ronald F. Feldstein (110-page 600-KB pdf)
- A Polish Grammar and a Polish Course
- Univ. of Pittsburgh: Polish Language Website
- Type any text with Polish characters - an online editor
- Map of Polish dialects
- Polish bilingual dictionaries
Bahasa-bahasa Slavik | |||
---|---|---|---|
Slavik Timur | Belarusia | Slavik Timur Lama † | Rusia | Rusyn (Karpatos) | Ruthenia † | Ukraine | ||
Slavik Barat | Czech | Kashubia | Canaan † | Sorb Bawah | Polabia † | Poland | Pomerania † | Silesia | Slovak | Slovincia † | Sorb Atas | ||
Slavik Selatan | Bulgaria Banat | Bosnia | Bulgaria | Croatia Burgenland | Croatia | Macedonia | Croatia Molise | Montenegrin | Slavik Gereja Lama † | Serbia | Serbo-Croatia | Slavik (Greece) | Slovenia | ||
Lain-lain | Slavik Gereja | Dialek Novgorod Lama † | Proto-Slavik † | Russenorsk † | Rusyn (Pannonia) | Slavik-Serbia † | Slovio | ||
† Pupus |