Buka menu utama
"PIE" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat PIE (nyahkekaburan).

Templat:PIE notice Proto-Indo-Eropah (PIE)[1][2] ialah pembinaan semula linguistik bahasa moyang bahasa-bahasa Indo-Eropah yang sepunya, bahasa yang paling banyak dituturi di dunia.

Topik Indo-Eropah

Indo-European languages
Albanian · Armenian · Baltic
Celtic · Germanic · Greek
Indo-Iranian (Indo-Aryan, Iranian)
Italic · Slavic  

extinct: Anatolian · Paleo-Balkans (Dacian,
Phrygian, Thracian) · Tocharian

Indo-European peoples
Albanians · Armenians
Balts · Celts · Germanic peoples
Greeks · Indo-Aryans
Iranians · Latins · Slavs

historical: Anatolians (Hittites, Luwians)
Celts (Galatians, Gauls) · Germanic tribes
Illyrians · Italics  · Cimmerians · Sarmatians
Scythians  · Thracians  · Tocharians
Indo-Iranians (Rigvedic tribes, Iranian tribes) 

Proto-Indo-Europeans
Language · Society · Religion
 
Urheimat hypotheses
Kurgan hypothesis
Anatolia · Armenia · India · PCT
 
Indo-European studies

Banyak kerja dijalankan dalam pembinaan semula PIE daripada mana-mana bahasa proto yang lain, dan ia setakat ini yang paling senang difahami daripada semua bahasa-bahasa kuno pada usianya. Majoriti kerja linguistik ketika abad ke-19 ditumpukan pada pembinaan semula PIE atau bahasa-bahasa proto turunannya (seperti Proto-Germanic dan Proto-Indo-Iranian), dan kebanyakan teknik moden pembinaan semula linguistik (seperti kaedah perbandingan) telah dikembangkan akibatnya. Kaedah ini membekalkan semua pengetahuan kini tentang PIE memandangkan tiada tulisan bahasa itu terakam.

PIE dianggarkan dituturi sebagai bahasa yang tunggal dari 4500 SM ke 2500 SM[3] ketika Akhir Neolitik ke Awal Zaman Gangsa, walaupun anggaran berlainan lebih daripada seribu tahun. Menurut hipotesis Kurgan yang lazim, tanah air asal orang Proto-Indo-Eropah mungkin pernah berada di steppe Pontus–Kaspia di Eropah Timur. Pembinaan semula linguistik PIE juga ada membekalkan wawasan ke dalam budaya dan agama penuturnya.[4]

Semenjak orang Proto-Indo-Eropah menjadi terpencil antara satu sama lain melalui penghijrahan Indo-Eropah, bahasa Proto-Indo-Eropah telah dituturi oleh kumpulan yang pelbagai dalam loghat kawasan yang kemudian mengalami pelencongan hukum bunyi Indo-Eropah, dan sama dengan perubahan dalam morfologi, loghat-loghat ini pindah bentuk secara perlahan namun akhirnya juga ke bahasa-bahasa Indo-Eropah kuno yang diketahui. Dari sana, pelencongan linguistik lanjutan menyebabkan perkembangan bahasa turunan sekarang iaitu bahasa-bahasa Indo-Eropah yang moden. Kini, bahasa turunan, daripada PIE dengan penutur asli yang teramai ialah Sepanyol, Inggeris, Portugis, Hindustani (Hindi dan Urdu), Bengali, Rusia, Punjabi, Jerman, Parsi, Perancis, Itali dan Marathi. Beratus-ratus bahasa turunan hidup yang lain daripada julat PIE range daripada bahasa-bahasa pelbagai seperti Albania (gjuha shqipe), Kurdi (کوردی‎), Nepali (खस भाषा), Tsakonian (τσακώνικα), Ukraine (українська мова), dan Wales (Cymraeg).

PIE ada sistem morfologi terperinci yang memasukkan akhiran fleksi (seperti bahasa Inggeris life, lives, life's, lives'‍) as well as ablaut (vowel alterations, contohnya, seperti yang terpelihara dalam bahasa Inggeris sing, sang, sung) dan aksen. namaan dan kata ganti nama PIE ada sistem tasrif nama yang kompleks, dan kata kerja serupa ada sistem konjugasi yang kompleks. phonology, partikel, angka, dan copula PIE juga dibina semula dengan baik

Simbol asterisk digunakan bagi menandakan perkataan yang dibina semula, seperti *wódr̥ 'water', *ḱwṓ 'dog' (bahasa Inggeris hound), atau *tréyes 'three (maskulin)'.

Isi kandungan

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Archaeology et al: an Indo-European study" (PDF). School of History, Classics and Archaeology. Universiti Edinburgh. 2018-04-11. Dicapai 2018-12-01. 
  2. ^ López-Menchero, Fernando (2012). "Proto-Indo-European Etymological Dictionary" (PDF). Indo-European Language Association. Dicapai 2018-12-01. 
  3. ^ Powell, Eric A. "Telling Tales in Proto-Indo-European". Archaeology. Dicapai 2017-07-30. 
  4. ^ Fortson, Benjamin W. (2004). Indo-European language and culture: an introduction. Malden, Mass: Blackwell. m/s. 16. ISBN 1405103159. OCLC 54529041. 

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting

Templat:Proto-Indo-European language