Bahasa rojak

jenis bahasa yang menggabungkan kosa kata daripada dua bahasa atau lebih
(Dilencongkan dari Bahasa Rojak)

Bahasa Rojak ialah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pijin, Manggeris dan Singgeris. Bahasa rojak dapat pula dimasukkan ke dalam bahagian daripada bahasa kreol atau patois. Walau bagaimanapun, bahasa dasar Rojak merupakan bahasa Melayu.

Contoh Bahasa Rojak daripada satu forum laman web
Papan tanda amaran pada salah sebuah pencawang elektrik di Malaysia menggunakan enam bahasa (dari atas ke bawah: Bahasa isyarat, Melayu, Inggeris, Cina (tradisional), Tamil dan Punjabi).

Sejarah sunting

Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa daripada pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang mengguna pakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata-kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya), keadaan ini merupakan sebahagian daripada pijin lingua franca tidak rasmi yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia.

Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba bertutur dalam apa jua bahasa bagi mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain dan hasilnya mungkin suatu patois atau Rojak. Agar memahami asal-usul Bahasa Rojak Malaysia, seseorang mungkin perlu membaca sejarah Malaysia terutama Melaka sewaktu Parameswara. Dalam awal 1500-an, pelawat Portugis Tome Pires menjumpai di Melaka "mur dari Kaherah, Makkah, Aden, Habasyah, Malindi, Hormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans, orang Kristian Armenia, Gujaratee, Chaul, Dabhol, Goa, dari negara Deccan, Malabar dan Kling, pedagang Odisha, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siam, Kedah, Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochinchina, Cina, Lequeos, Melayu Brunei, Lucoes, Tamjompura, Laue, Melayu Banka, Lingga, Malaka tempatan, Banda, Bima, Timor, Orang Madura, Orang Jawa, Orang Sunda, Melayu Palembang, Melayu Jambi, Tongkal, Indragiri, Kappatta, Orang Minangkabau, Siak, Arqua (Arcat?), Aru, Bata, negara Tomjano, Pase, Pedir, Maldives...". Orang-orang ini datang ke bandar Melaka dengan kapal dan jong. Sebelum kejatuhan Melaka 1511, bandar ini diperkirakan mempunyai bilangan penduduk 100,000-250.000 termasuk komuniti pedagang yang bertutur lebih daripada 84 bahasa.

Ciri bahasa ini terdapat dalam gaya percakapan, seseorang mungkin memulai percakapan dalam bahasa Melayu dan kemudian mengguna pakai bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil bagi mencirikan satu hal yang dimaksud. Sebab persebaran francais media yang semakin beragam sebagai contoh permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dari China, Anime, Manga, atau bahkan drama Korea, istilah-istilah bahasa Mandarin, bahasa Jepun, dan bahasa Korea menjadi popular dalam percakapan akrab tak rasmi sehari-hari seperti kata Nihao (Mandarin), Chisai (Jepun) dan Gwenchana (Korea).

Isu Bahasa Rojak sunting

 
Sistem pendidikan di Malaysia

Bahasa Rojak digunakan meluas terutama di kalangan remaja bandar-bandar Malaysia, yang sederum membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan pantas terutama bagi sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.

Majalah komik atau animasi tempatan sering disalahkan lantaran menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini pun sering diperdebatkan, baik di kalangan ahli bahasa atau masyarakat awam. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan bagi memungkinkan pembaca mengenal pasti perkataan-perkataan mahupun frasa-frasa ini (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.

Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris sunting

  • Awak memang splendid dah tak de yang mampu tandingi player sehebatmu di Mobile Legends. (Splendid bermakna hebat dan beragam persamaan katanya seperti, remarkable, formidable dan terrific. bagi kata player sendiri kurang tepat sebab sudah terdapat padanan katanya dalam kamus iaitu pemain bahkan mahu itu pemain game online, tetap dipiawaikan sebagai pemain).
  • Kedai makan ini sudah aku cuba bulan kelmarin. Dari seafoodnya, Rasa-rasanya mahu muntah saat cuisinenya masuk ke mulut apalagi crab chilinya itu alamak. (Seafood meski pengucapannya popular tidak dipinjam dalam bahasa melayu. Lebih tepat menyebutnya makanan laut. Cuisine adalah masakan dan crab harusnya disebut sebagai ketam. Meskipun chili berasal dari perkataan bahasa inggris, kata ini tak masuk padanan kata asing karena sudah diserap ke dalam kamus rasmi dan padu bagi lidah Melayu.)
  • Wah-wah, cuba awak test (cuba) komputer ini dulu. Layarnya tadi saat aku hidupkan tiba-tiba jadi blue. (Dari awal penyebutan kata sudah salah, seharusnya awak cuba bukan cuba awak. Apalagi cuba awak test kalau diterjemahkan menjadi cuba awak cuba maka yang ditanya akan bertambah bingung. Susunan kata yang kurang tepat tadi sebenarnya ialah salah satu pengaruh buruk bahasa Inggeris. Test bermakna cuba atau Peperiksaan termaktub/Peperiksaan ucapan. Blue bermakna biru dan komputer tidak apa-apa digunakan kerana seperti contoh kata chili di atas.

Bahasa Melayu campur Bahasa-bahasa Cina (lazimnya Mandarin, Hokkien, Kantonis, lain-lain.) sunting

  • Jie-jie ni nak makan sini ke atau nak tapau ja? (kata jie-jie dan ni berasal dari bahasa mandarin yang bermakna kakak perempuan/akak dan kamu/awak. Tapau sendiri ialah istilah yang bermakna makanan yang dibawa pulang dan ja ialah singkatan dari sahaja tapi menggunakan akhiran a dibanding e yang lazim pada bahasa Melayu dialek Johor-Riau).
  • Bu susah hati maa, lu punya bos mesti boleh cing kit punya maa! (Bu bermakna jangan dalam bahasa Mandarin sementara kata seperti elu, guweh dan maa yang memiliki erti awak dan saya ialah bahasa Hokkien. Penggunaan kata maa sama seperti the dalam bahasa Inggris dan aksen yang lazim serantau Cina Selatan. Cing kit yang bermaksud bersihkan berasal dari bahasa Kantonis).
  • Wo jiao ini pekerja baharu bangongshi kita, Encik Antonius Chang. Bagi yang sudah senior, ajari dia jangan sampai ada cincai dalam pekerjaan kita hari ini, sudah fahamkah kalian!? (wo jiao bermakna perkenalkan atau mengenalkan nama sementara bangongshi ialah pejabat. Kedua kata ini berasal daripada bahasa Mandarin dan cincai memiliki makna membuat kesalahan atau ada kecacatan, kata ini berasal daripada bahasa Hokkien).

Bahasa Melayu campur bahasa Jepun sunting

  • Watashi nak pergi dulu ke pasar beli lobak merah disuruh Onii-chan. Nanti merarau (makan tengah hari) kita ajak Tomodachi juga ya ke Kedai Makan Encik Andi. (Watashi bermakna aku dan termasuk tingkatan bahasa sopan, seperti di Jawa terdapat 3 tingkatan yaitu Ngoko, Krama dan Krama Inggil. Onii bermakna Kakak laki-laki dan chan penanda keakraban. Tomodachi artinya teman.)
  • Ohayo Rangga sudah lama ya anta tak ada dalam senarai kehadiran murid-murid ni. Sebagai Ketua Darjah ini, shinpai kalau-kalau (penggandaan yang memiliki erti barangkali dan lazim digunakan dalam percakapan sehari-hari) markah minimum tidak sampai. Sebentar lagi kita akan ada peperiksaan sijil. (Ohayo bermakna selamat pagi, anta memiliki erti kamu tetapi kurang sopan bentuk sopannya ialah anata atau omae, shinpai bermakna khawatir).
  • Senpai selepas jam rehat merarau tolong bantu saya merender bahagian fail animasi yang ini. Sudah beberapa kali dicuba masih belum boleh didebug. Nanti Senpai nak tabeteidesu apa? (Senpai dalam bahasa Jepun memiliki erti Senior atau orang yang lebih tua, kata seperti Abang atau Akak juga dapat diguna bagi menukar kata senior. Tabeteidesu bermakna makan bersama namun tidak khusus menyebut kapan jam makan tersebut Dalam bahasa Jepun, setiap jam makan memiliki istilahnya tersendiri. Choshoku bagi sarapan, chusoku bagi merarau dan yushoku bagi makan malam.

Bahasa Melayu campur bahasa Tamil sunting

Kontroversi penggunaan sunting

Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh sebab para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin sahaja akan menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa jikalau terlalu dibiarkan. Mereka bimbang bahawa siswa-siswi akan kekurangkan kemahiran dalam menulis dan bertutur apabila perbuatan mencampur bahasa sesuka hati ini terus berlaku.

Satu cadangan bagi membendung fenomena rojak bahasa ini ialah bertutur dalam bahasa Melayu padu dalam satu ayat tanpa campuran bahasa lain atau mencampurnya sedikit dengan bahasa tempatan (Contoh: bahasa Bugis). Akan tetapi bagi pelajar-pelajar sekolah luar bandar atau pekan misalnya, hanya ada satu cara bagi mereka mampu melatih kemahiran berbahasa Inggeris iaitu dengan mengguna pakai bahasa itu dalam percakapan keseharian. Kerana tidak mampu menghafal perbendaharaan kata Inggeris lebih banyak atau tidak fasih mengucap perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris, maka tercampurlah bahasa Melayu dan Inggeris sekaligus memberikan pendengar mereka satu gambaran mengenai Bahasa Rojak.

Alasan yang paling popular lain bagi penggunaan Bahasa Rojak ini adalah untuk menunjukkan kebolehan dan kepandaian si penutur menguasai pelbagai bahasa. Nestapanya penggunaan dengan cara ini juga secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada hinaan atau bulian orang lain yang mendengar mereka sebagai orang yang tidak mampu menguasai salah satu daripada bahasa tersebut secara sepenuhnya. Satu fakta yang memang tidak dapat dinafikkan lagi ialah kebanyakan penutur Bahasa Rojak ini biasanya mengalami kesukaran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang sebenar dan ini kerap menyebabkan mereka disalahertikan terutamanya apabila berada di negara-negara barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.[1]

"Jangan lupa diri" sunting

"Jangan lupa diri" sering terdengar di kawasan bandar dan luar bandar Malaysia. Frasa ini menyatakan bahawa seseorang itu harus ingat akan asal-usul diri mereka dan nenek moyang mereka sekalipun ia bersifat perkauman. Pada tahun 2002 Tun Dr. Mahathir mencadangkan bahawa bahasa Inggeris digunakan sebagai 'satu alat' bagi menimba ilmu dalam bidang sains dan matematik sebagai pendidikan di Malaysia.

Pendatang penjajah sunting

 
Empat bahasa di papan tanda rawak di Malaysia

Pihak British telah membawa masuk sejumlah besar pendatang dari China dan India sekitar 1700-an ke pertengahan 1900-an. Penduduk Melayu asal, Orang Asli, Baba Nyonya, penduduk Portugis, lain-lain bersama dengan penduduk Cina dan India yang baharu serta perantauan Orang Jawa, mewujudkan penggunaan pelbagai bahasa yang meluas.

Pendapat orang awam sunting

Rujukan sunting

  • The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature oleh Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting