Bahasa-bahasa Sarawak Utara

(Dilencongkan dari Bahasa Sarawak Utara)

Bahasa-bahasa Sarawak Utara ialah kumpulan bahasa Austronesia yang dituturkan di bahagian timur laut wilayah Sarawak, Borneo, dan dicadangkan dalam makalah Blust (1991, 2010).

Sarawak Utara
Taburan
geografi:
Utara Sarawak, Borneo
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Pembahagian:
Glottolog:nort3171[1]
Bahasa-bahasa Sarawak Utara

Ethnologue versi ke-16 menambah bahasa Punan Tubu sebagai cabang tambahan, dan menyatakan bahawa Bintulu mungkin paling hampir dengan Baram. Kumpulan Melanau-Kajang telah dialih keluar dalam makalah Blust, 2010.

Bahasa Sarawak Utara terkenal dengan sejarah fonologi yang aneh.[2]

Pengelasan sunting

Smith (2017)[3] mengelaskan bahasa-bahasa Sarawak Utara seperti yang berikut.

  • Bintulu
  • Baram Bawah
    • Berawan (pelbagai dialek)
    • Baram Bawah (Miri, Kiput, Narum, Belait, Lelak, Lemeting, Dali’)
  • Dayik
    • Kelabit (Bario, Pa’ Dalih, Tring, Sa’ban, Long Seridan, Long Napir)
    • Lun Dayeh (Long Bawan, Long Semadoh)
  • Kenyah
    • Tanah Tinggi (Lepo’ Gah, Lepo’ Tau, Lepo’ Sawa, Lepo’, Lepo’ Laang, Badeng, Lepo’ Jalan, Uma’ Baha, Uma’ Bem, Òma Lóngh)
    • Tanah Rendah
      • Tanah Rendah Timur (Uma’ Pawe, Uma’ Timai, Lebo’ Kulit)
      • Tanah Rendah Barat (Lebo’Vo’, Sebop, Penan (jenis timur dan barat))

Rujukan sunting

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "North Sarawakan". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Blust 2005, m/s. 241.
  3. ^ Smith, Alexander. 2017. The Languages of Borneo: A Comprehensive Classification. PhD Dissertation: University of Hawai‘i at Mānoa.

Bibliografi sunting