Bahasa Melayu Terengganu

Salah satu dialek Melayu
(Dilencongkan dari Bahasa Terengganu)

Bahasa Melayu Terengganu (ccakak Tranung atau base Tranung; tulisan Jawi: بهاس ملايو ترڠݢانو) adalah bahasa lisan setempat bahasa Melayu yang digunakan di negeri Terengganu, Malaysia kecuali di Pulau Perhentian, daerah Besut dan bahagian utara daerah Setiu di utara Terengganu kerana kebanyakan masyarakat di sana menggunakan bahasa Melayu Kelantan. Bahasa ini juga dituturkan di luar negeri Terengganu seperti di pesisir sebelah timur Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin), Johor (Mersing, Tanjung Sedili) dan sehingga ke Kepulauan Anambas.[1][sumber tak boleh dipercayai?] Bahasa ini tidak mudah difahami oleh penutur varian-varian Melayu/Malayik yang lain. Walaupun berkongsi banyak persamaan dengan Kelantan-Patani dan Pahang, namun terdapat perbezaan ketara dari segi fonologi, lenggok percakapan dan kosa kata yang digunakan dalam perbualan seharian lantas menyebabkan tidak semua perkataan Terengganu dapat difahami oleh penutur Kelantan-Patani dan Pahang.

Bahasa Melayu Terengganu
بهاس ملايو ترڠݢانو
Base Tranung
Ccakak Tranung
Asli kepada Malaysia
KawasanTerengganu, Pahang, Johor dan Kepulauan Anambas
EtnikMelayu Terengganu
Penutur bahasa
1,300,900-1,500,000
Austronesian
Dialek/loghat
  • Hulu Terengganu
  • Pantai Terengganu
Tulisan Rumi, Tulisan Jawi
Kod bahasa
ISO 639-3-
Kawasan majoriti penutur Melayu Terengganu Pantai (Biru Gelap)
Kawasan majoriti penutur Melayu Terengganu Hulu (Biru)
Kawasan minoriti penutur Melayu Terengganu Pantai (Biru Muda)

Contoh perbezaan sunting

Bahasa Melayu Kelantan dan Bahasa Melayu Terengganu mempunyai istilah yang sama tapi sebahagian kata mempunyai sebutan yang berbeza walaupun masih boleh difahami oleh penutur dialek Kelantan dan dialek Terengganu. Berikut adalah berbezaannya

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Kelantan Bahasa Melayu Terengganu
saya, kami ambo, kawè, kito ambe, kite
awak, kamu, anda awok, demo, mung deme, mung
acap kali, kerap, sentiasa sokmo, rajin, acak sokmo, kerek
boleh bulih buleh
menipu/berbohong nipu, blawok, bua, lipak lebong, plawok, nawok, cong, lipak, kuca
takut takut, nakut kesit, serung , kurik ,ngerik
kedekut dekut, kupik lokek, kupik, kemut, dekuk, medik
tergesa-gesa / gelojoh lorak, gaduh lorak, gaduh, cakduh, selor bolor, baga
nasi nasik nasik
beritahu ruyak, oyak royak, kkabo, bayak (Hulu)
berlanggar / kemalangan tepuh, ekside(ng) blanggor, eksideng, tepoh
melanggar / terlanggar tepuh, blago tepoh, langgo
rambutan moktey moktang
tak ada apa-apa tak dok gapo tak dok mende, adok nde, adok nape
mengigil / terketar-ketar getar kenaling, ketor
payah, susah payoh, susoh rohok
terasa ngilu / kebas kebah, serebae serebang
tidak berdaya dok rok lepek, dok rok
Berdebar, cemas Kenaling, debar debor
bosan puah puahsang, sumbak
kekejangan Nyètokk nyetok
tak pe lah takpo lah, biar lah dakpe ah, bior/biar lah
jongkang jongket (permainan kanak-kanak) Congek cakdung congek cakdung
bodoh bodo, bongok, benok bongok, benok, songo, tongong
gila / kurang siuman gilo, bengong mereng, iseng
lateks (susu getah yang sudah beku) pot getoh pot getoh
manja manjo deney, mue, gelenya
bawah bowoh, birat (birak)
Tepi tepi, bira bira
Makan Makey Makang
Malam Maley Malang
Selam Seley Selang
Masam Masey Masang
Ketam Ketey Ketang

Lazimnya,kebanyakan perkataan Bahasa Melayu Terengganu mempunyai unsur penambahan konsonan sengau, ng. Kebiasaannya ia digunakan dalam perkataan yang berakhir dengan n ataupun m. Contohnya,

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu
Makan Makang
Kamu Mung
Malam Malang
Selam Selang
Masam Masang
Ketam Ketang

Huruf 'r' dibunyikan seperti bunyi 'gh' (R tekak).

Contoh:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu
orang Oghang
Ramai Ghama
Berani Beghani

Huruf vokal diftong i dan u pada akhiran perkataan akan dihilangkan.

Contohnya,

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu
Ramai Rama
Sengau Senga
Serai Sera
Silau Sila

Vokal 'a' ditengah suku kata terakhir perkataan digugurkan dan digantikan dengan vokal 'o'. Contoh:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu
Tengah Tengoh
Perak Peghok
Sekolah Skoloh
Sumpah Supoh (konsonan m digugurkan)

Vokal 'a' dihujung perkataan digugurkan dan digantikan dengan vokal e pepet (sama seperti bahasa Melayu biasa). Contoh:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu
Lama Lame
Masa Mase
Biasa Biase
Bagaimana Guane (kata khas yang seerti)
Tidak mengapa Dakpe (kata khas yang seerti)
Kenapa Bakpe (kata khas yang seerti)
Serupa Serupe/Supe

Konsonan m dan n ditengah perkataan digugurkan. Contoh:

Bahasa Melayu Standard Bahasa Melayu Terengganu
Lampu Lapu
Menantu Natu
Pantang Patang
Tumpah Tupoh
Mentol Metol

Kosonan s,f akan ditukarkan menjadi h. Contoh:

Bahasa Melayu Standard

Bahasa Melayu Terengganu

Saf Soh (juga bermaksud sah)
Atas Atah, datah
Emas Mmah
Cemas Cemah
Malas Malah,Malassang

Kebiasaannya,huruf konsonan yang hadir sebelum huruf vokal pada awalan perkataan akan dihilangkan dan hanya dibunyikan huruf vokalnya sahaja.

Contoh:

Bahasa Melayu Standard

Bahasa Melayu Terengganu

Makan akang
Nasi asik
Hangus anguh
Bodoh oddo
Tengok engok
Mana ane
Sedap edak

Sabdu sunting

Peranan sabdu dalam loghat Terengganu adalah begitu besar maksudnya. Penggunaan sabdu akan menyebabkan susunan struktur perkataan tidak berubah. Satu perkataan boleh mempunyai dua maksud yang berbeza, sabdu akan membezakan makna istilah, struktur perkataan atau dialog yang ingin di maksudkan oleh pengguna loghat Terengganu.

Bersabdu (Bahasa Terengganu) Tanpa sabdu (Beza maksud yang ketara) Perkataan yang dimaksudkan
Rupuk makang Llembu
/rũput makang llembu/
Rumput makan lembu
/rumput makan llembu/
Rumput dimakan oleh lembu
dok ppakaa tak pakai tidak boleh pakai / tidak berguna
makang kkeda makan kedai makan di kedai
kkabo kabar / cakap cakap
kkepik kapit tersepit
MMusang Musang Panas baran
Ccakak Larat Cakap


Selain penggunaan sabdu , bahasa terengganu juga turut menggunapakai kata "bah" di hadapan kata kerja untuk menyatakan bentuk kata kerja pasif. Kata kerja yang hadir selepas "bah" pula dibunyikan sabdunya.

Contoh ayat Maksud
Rupuk bah mmakang nge/ngang lembu Rumput dimakan oleh lembu
ye bah llebong nge llaki tu. Dia ditipu oleh lelaki tu.
sakning ambe nge saeng ambe bah rretak nge awok pale haliang oh. Tadi saya dan rakan saya dibuli oleh kumpulan samseng itu.

Bunga bahasa sunting

Bunga bahasa Maksud
Yak moktang! Opocot! / Opps! (Terkejut)
Yedok or? Betul ke ni? (Biasanya untuk menyatakan was-was, tidak percaya.)
Jjadi Menjadi... / Jadi... (Biasanya untuk menyatakan kejayaan selepas melakukan sesuatu, berjasa atau berguna.)
Pahhtu? Habis tu... / Macam mana... (Biasanya untuk pertanyaan selepas itu? atau ingin pengesahan atau persetujuan.)
Hoolah (Bunyi naik ke hidung.) Ya lah... (Biasanya untuk menyatakan persetujuan.)
Dok? Bukan? / Betul tak? (Persoalan.)
Lamekang lebong Takut kena tipu je..
Gelenyor teh Miangnya! / Gedik
Cer tra (try) weh/gok Cubalah

Kata Penguat Terengganu sunting

Loghat Terengganu juga mempunyai beberapa kata penguat yang unik bagi menunjukkan peri pentingnya sesuatu sifat atau keadaan tersebut. Contoh:

Warna

Hitang Beletung - terlalu hitam

Putih Sepuk - terlalu putih

Kuning Sior - terlalu kuning

Meroh Nyale - terlalu merah


Bau

Busuk Kohong - terlalu busuk

Busuk Hapok - terlalu busuk

Hacing Pering - sangat hancing

Hanyir Mekok - terlalu hanyir

Wangi Mekok - sangat wangi

Tengik Bangor - sangat tengik


Rasa

Masing Pekok - sangat masin

Manih Leting - sangat manis

Tawo Hebe - sangat tawar

Pahik Lepang - sangat pahit

Masang Rebang - sangat masam


Adjektif

Musing Ketang - keadaan tak menentu / berpusing-pusing

Guling Bating - jatuh terguling-guling

Pendek Ketok - terlalu pendek

Gemok Debok - sangat gemuk

Panjang Jeta - terlalu panjang

Aluh Seriak/Siak - terlalu kecil/halus (nanotech)

Aluh Siatak - sangat halus

Berak Nanang - sangat berat

Rengang Belepong - sangat ringan

Come Lote - sangat cantik

Besor Jalo - sudah besar

Kuruh Keding - sangat kurus

Bulat Getel - sangat bulat

Dok Rok Skepeng - tidak berdaya

Huyong Hayang - tidak stabil

Kecik Luek - sangat kecil

Laju Beribok - sangat laju

Toho Lepeh - aras air yang sangat tohor

Panas Dering - sangat panas (cuaca)

Sejuk Ketor - sangat sejuk (cuaca)

Tinggi Sayut - sangat tinggi

Kembang Semuwek - sangat kembang

Kecut Berut - sudah layu

Semak Jetak - sangat tampan (lelaki)

Uduh Sepang - sangat hodoh, buruk

Lama Bejamang - sangat lama (masa, waktu)

Bising Bangor - sangat bising

Senyap Tupah - terlalu senyap

Kubang Hanyar - terlalu bersepah

Licing Reling - kemas, tidak bersepah, sangat bersih

Basoh Belejung - sangat basah, tempat yang berair

Sikak Tunggeng - terlalu singkat (ukuran)

Dialek Hulu Terengganu sunting

Hulu Terengganu dikatakan dialek melayu tertua di semenanjung.Dialek ini didapati masih mengekalkan ciri-ciri austronesia kuno di mana bentuk ini boleh dijumpai di pesisir pantai Borneo Utara,pergunungan Maluku,pergunungan Sumatera Selatan dan gugusan kepulauan Thailand.Bahasa ini mempunyai cara sebutan atau ciri fonologi yang berlainan dari penutur Bahasa Melayu Terengganu (hilir) di tempat lain. Penutur dalam dialek Hulu Terengganu ini juga boleh ditemui di beberapa buah kampung di Hulu Nerus, Setiu dan Hulu Sungai Dungun. Dialek Hulu Terengganu juga berbeza mengikut kawasan, contohnya kawasan Kuala Berang dengan kawasan sekitar Tasik Kenyir mempunyai dialek yang sedikit berbeza. Kadang kadang ada juga perkataan yang disebut oleh sesetengah orang Hulu Terengganu tidak difahami oleh orang Terengganu yang lain disebabkan penggunaan perkataan itu yang hanya digunakan oleh sekelompok orang sahaja terutamanya di pedalaman daerah Hulu Terengganu. Contoh di bawah ialah Dialek Hulu Terengganu kawasan Kuala Berang-Sekayu

Contoh 1: sunting

Huruf vokal "a" pada akhir perkataan akan berbunyi "ey", berbeza dengan bahasa Terengganu Standard yang berbunyi "e"

Bahasa Melayu Biasa - Dialek Terengganu - Dialek Hulu Terengganu

Kamu - Deme - Dimey/Mikey

Kenapa - Bakpe - Bakpey

Apa - Mende - Mendey

Nangka - Nake - Nakey

Bila - Bile - Biley

Contoh 2: sunting

Vokal "o" akan menjadi "u" di sebahagian perkataan

Orang - Orang - Urang/Uraong

Tengok - Tengok - Tinguk

Bengkak - Cobong - Cubong

Tolong - Tolong - Tulong

Musang - Bokbong - Bukbong

Korek - Korek - Kurek

Contoh 3: sunting

Sesetengah vokal "e" akan menjadi "i"

Tengok - Tengok - Tinguk

Baling - Petong - Pitong

Alat sukat beras - Cetong - Citong

Contoh 4: sunting

Sesetengah huruf di akhir perkataan "ik" menjadi "aik"

Balik - Balik - Balaik

Keluar - Tubik - Tubaik

Contoh 5: sunting

Sesetengah huruf di akhir perkataan "un" atau "ong" dalam Dialek Terengganu menjadi "aong"

Turun - Turong - Turaong

Jagung - Jagong - Jagaong

Contoh 6: sunting

Sesetengah huruf di akhir perkataan "ar" atau "or" dalam Dialek Terengganu menjadi "a"

Gahar - Gahor - Gaha

Benar - Benor - Bena

Lapar - Lapo - Lapa

Sabar - Sabo - Saba

Contoh ayat sunting

1. Bahasa Melayu Pasar - Kamu nak ke mana?, saya nak ikut juga, tapi saya nak pulang makan dulu, perut ni terasa lapar

2. Dialek Terengganu - Deme nok gi mane?, ambe nok ikut gok, tapi ambe nok balik dulu nok makang, peghok wase lapor ekpong

3. Dialek Hulu Terengganu (Kuala Berang - Sekayu) - Dimey/Mikey nok gi duaney/kuaney?, ambey nok ikut ugey, tapiy ambey nok balaik dulouh nok makang, peruk ni brasey lapa

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Dialek yang sama dengan dialek Terengganu sahaja, bukan dialek Hulu Terengganu sunting

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.