Bahasa Thai

bahasa yang dituturi di Thailand
(Dilencongkan daripada Bahasa Thailand)

Bahasa Thai (ภาษาไทย phasa thai; IPA: [pʰaːsaːtʰɑj]) atau Bahasa Siam[1] (ภาษาสยาม phasa sayam) adalah bahasa dalam kumpulan cabang Tai rumpun bahasa Kra-Dai yang dominan dituturkan orang Thai/Siam serta orang Mon dan Cina di tengah kawasan Thailand dalam rantau Indochina dan Semenanjung Melayu serta kawasan yang berjiranan seperti diaspora di Pantai Timur Malaysia atau sempadan Barat Kemboja. Ia bernada ("tonal language") dan analitik. Bahasa Thai turut memiliki orthografi bahasa dan kaitan hubungan. Penutur bahasa Thai dan bahasa Lao saling faham-memahami dengan mudah.

Bahasa Thai
Bahasa Siam
ภาษาไทย phasa thai
Sebutanpʰaːsaːtʰɑj
Asli kepadaThailand & Utara Semenanjung Malaysia
Penutur bahasa
46–50 juta
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Thailand
Dikawal selia olehInstitut Diraja
Kod bahasa
ISO 639-2th
ISO 639-3tha
Map

Ia dipertuturkan oleh 65 juta orang (1990) jika menghitung penutur Thailand Bangkok (sungguhpun yang terkemudian kadang-kala dianggap sebagai dialek berasingan). Thailand Khorat dipertuturkan oleh sekitar 400,000 (1984) di Nakhon Ratchasima; ia menduduki kedudukan linguistik antara Thai Tengah dan bahasa Isan pada penerusan dialek (dialect continuum) dan oleh itu boleh dianggap variasi atau dialek salah satunya. Majoriti penduduk kawasan Isan di Thailand bertutur dalam dialek bahasa Lao yang mempengaruhi dialek Thai Pusat.

Percakapan penduduk tempatan Thai, rakaman suara dari Bangkok

Fonologi

sunting

Konsonan

sunting

Konsonan awal

sunting

Bahasa Thai Pusat membezakan tiga jenis "tempoh onset suara [en]" bagi konsonan awal, iaitu bersuara, halus (tenuis, tidak bersuara atau berhembus), dan berhembus.

Sedangkan bahasa Melayu membezakan konsonan bersuara /b/ dan tidak bersuara /p/, bahasa Thai juga membezakan konsonan berhembus tidak bersuara /pʰ/ yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu piawai maupun bahasa-bahasa Austronesia. Ini juga terdapat pada konsonan gusi iaitu /d/, /t/, /tʰ/. Konsonan velar pula ada /k/ dan /kʰ/ tetapi tiada /ɡ/, begitu juga konsonan belakang gusi iaitu ada /tɕ/ dan /tɕʰ/ tetapi tiada /dʑ/. (Sebarang konsonan /ɡ/ dan /d͡ʒ/ dari bahasa Inggeris diserap dalam bentuk halus iaitu /k/ dan /tɕ/.)

Dalam setiap petak dalam jadual di bawah, baris pertama adalah simbol Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), baris kedua adalah aksara Thai (jika ada berbilang aksara dalam petak sama maka aksara-aksara berkenaan berkongsi bunyi sebutan). Huruf ห, salah satu daripada dua huruf h, juga digunakan untuk menulis nada-nada tertentu (diterangkan di bawah).

Bibir Gusi Lelangit Velar Glotis
Sengau (Nasal) /m/
/n/
ณ, น
/ŋ/
Letupan (Plosif)/
Letusan (Afrikat)
Bersuara /b/
/d/
ฎ, ด
Halus /p/
/t/
ฏ, ต
//
/k/
/ʔ/
[a]
Berhembus //
ผ, พ, ภ
//
ฐ, ฑ, ฒ, ถ, ท, ธ
/tɕʰ/
ฉ, ช, ฌ
//
ข, ฃ, ค, ฅ, ฆ[b]
Geseran (Frikatif) /f/
ฝ, ฟ
/s/
ซ, ศ, ษ, ส
/h/
ห, ฮ
Malaran tak geser /w/
/l/
ล, ฬ
/j/
ญ, ย
Getaran /r/

Konsonan akhir

sunting

Walaupun bahasa Thai memperoleh 21 bunyi konsonan awal dari kesemua 44 huruf konsonan, namun lain pula konsonan akhir yang mana hanya terdapat lapan bunyi di samping satu 'nirbunyi' yang dipanggil mātrā (มาตรา). Sebagai contoh, huruf บ (/b/) dan ด (/d/) di akhir suku kata hilang suaranya, dan oleh itu masing-masing berbunyi /p/ dan /t/. Semua hentian akhir adalah tidak terlepas [en]. Oleh yang demikian, bunyi akhir /p/, /t/, /k/ masing-masing disebut [p̚], [t̚], [k̚].

Daripada semua huruf konsonan, tidak termasuk ฃ dan ฅ yang sudah lapuk, enam huruf (ฉ ผ ฝ ห อ ฮ) tidak boleh digunakan sebagai akhir, maka 36 huruf yang tinggal digolongkan seperti berikut.

Bibir Gusi Lelangit Velar Glotis
Sengau (Nasal) /m/
/n/
ญ, ณ, น, ร, ล, ฬ
/ŋ/
Hentian /p/
บ, ป, พ, ฟ, ภ
/t/
จ, ช, ซ, ฌ, ฎ, ฏ, ฐ, ฑ,
ฒ, ด, ต, ถ, ท, ธ, ศ, ษ, ส
/k/
ก, ข, ค, ฆ
/ʔ/[c]
Malaran tak geser /w/
/j/

Gugus konsonan

sunting

Dalam bahasa Thai, setiap suku kata dilafazkan secara berasingan supaya konsonan dari suku kata bersebelahan langsung tidak kedengaran seperti dalam satu gugus. Bahasa Thai mempunyai corak fonotaktik tertentu yang memaktubkan struktur suku katanya, termasuk gugus konsonan dalam suku kata sama, serta vokal berturut-turut. Dalam kosa kata asli Thai (iaitu tidak termasuk kata serapan) hanya terdapat gugus dua konsonan yang terdiri daripada 11 gabungan, iaitu:

  • /kr/ (กร), /kl/ (กล), /kw/ (กว)
  • /kʰr/ (ขร, คร), /kʰl/ (ขล, คล), /kʰw/ (ขว, คว)
  • /pr/ (ปร), /pl/ (ปล)
  • /pʰr/ (พร), /pʰl/ (ผล, พล)
  • /tr/ (ตร)

Jumlah gugus bertambah dengan kata-kata serapan, contohnya: /tʰr/ (ทร) dalam อินทรา (/ʔīn.tʰrāː/, dari bahasa Sanskrit indrā) atau /fr/ (ฟร) dalam ฟรี (/frīː/, dari bahasa Inggeris free); akan tetapi, semua ini biasanya hanya terjadi di kedudukan awal suku kata dengan /r/, /l/, atau /w/ sebagai konsonan kedua, dan tidak lebih daripada dua bunyi sekali gus.

Di dalam jadual berikut adalah teras-teras vokal yang terdapat dalam bahasa Thai language. Dalam setiap petak ada dua baris, iaitu baris atas yang menyatakan simbol Abjad Fonetik Antarabangsa, dan baris bawah untuk ejaan dalam tulisan Thai, di mana tanda sempang (–) menandakan kedudukan konsonan awal yang disusuli oleh sebutan vokal berkenaan. Sebarang tanda sempang kedua menandakan hadirnya konsonan akhir yang menyusul.

 
Monoftong (vokal tunggal) bahasa Thai. Rujukan: Tingsabadh & Abramson (1993:25)
 
Diftong (vokal kembar) bahasa Thai. Rujukan: Tingsabadh & Abramson (1993:25)
  Depan Tengah Belakang
Tidak bundar Bundar
pendek panjang pendek panjang pendek panjang
Tinggi /i/
 -ิ 
/iː/
 -ี 
/ɯ/
 -ึ 
/ɯː/
 -ื- 
/u/
 -ุ 
/uː/
 -ู 
Pertengahan /e/
เ-ะ
/eː/
เ-
/ɤ/
เ-อะ
/ɤː/
เ-อ
/o/
โ-ะ
/oː/
โ-
Rendah /ɛ/
แ-ะ
/ɛː/
แ-
/a/
-ะ, -ั-
/aː/
-า
/ɔ/
เ-าะ
/ɔː/
-อ

Setiap kualiti vokal terbahagi kepada pasangan panjang pendek yang terbeza dari segi fonemik.[2]

Panjang Pendek
Thai IPA Contoh Thai IPA Contoh
–า /aː/ ฝาน /fǎːn/ 'menghiris' –ะ /a/ ฝัน /fǎn/ 'bermimpi'
–ี  /iː/ กรีด /krìːt/ 'mengikis' –ิ  /i/ กริช /krìt/ 'keris'
–ู  /uː/ สูด /sùːt/ 'menyedut' –ุ  /u/ สุด /sùt/ 'terbelakang'
เ– /eː/ เอน /ʔēːn/ 'bersandar' เ–ะ /e/ เอ็น /ʔēn/ 'urat (keting)'
แ– /ɛː/ แพ้ /pʰɛ́ː/ 'kalah' แ–ะ /ɛ/ แพะ /pʰɛ́ʔ/ 'kambing'
–ื-  /ɯː/ คลื่น /kʰlɯ̂ːn/ 'gelombang' –ึ  /ɯ/ ขึ้น /kʰɯ̂n/ 'naik'
เ–อ /ɤː/ เดิน /dɤ̄ːn/ 'berjalan kaki' เ–อะ /ɤ/ เงิน /ŋɤ̄n/ 'perak (logam)'
โ– /oː/ โค่น /kʰôːn/ 'menebang' โ–ะ /o/ ข้น /kʰôn/ 'pekat (gulai dsb.)'
–อ /ɔː/ กลอง /klɔ̄ːŋ/ 'gendang' เ–าะ /ɔ/ กล่อง /klɔ̀ŋ/ 'kotak'

Juga terdapat diftong pembuka dan penutup yang dikupas oleh Tingsabadh & Abramson (1993) sebagai /Vj/ dan /Vw/. Dalam jadual berikut, yang bertanda bintang kadang-kadang tergolong sebagai diftong panjang untuk tujuan menandakan nada:

Panjang Pendek
Thai IPA Thai IPA
–าย /aːj/ ไ–*, ใ–*, ไ–ย, -ัย /aj/
–าว /aːw/ เ–า* /aw/
เ–ีย /ia/ เ–ียะ /iaʔ/
–ิว /iw/
–ัว /ua/ –ัวะ /uaʔ/
–ูย /uːj/ –ุย /uj/
เ–ว /eːw/ เ–็ว /ew/
แ–ว /ɛːw/
เ–ือ /ɯa/ เ–ือะ /ɯaʔ/
เ–ย /ɤːj/
–อย /ɔːj/
โ–ย /oːj/

Di samping itu, terdapat tiga triftong. Sekali lagi, yang bertanda bintang kadang-kadang tergolong panjang untuk tujuan menentukan nada:

Thai IPA
เ–ียว* /iaw/
–วย* /uaj/
เ–ือย* /ɯaj/
Lima nada fonemik dalam bahasa Thai baku dibunyikan dengan suku kata /naː/:

Terdapat lima nada fonemik, iaitu tengah, rendah, turun, tinggi, dan naik. Jadual berikut menunjukkan contoh setiap nada fonemik dan realisasi fonetik masing-masing dalam simbol Abjad Fonetik Antarabangsa. Analisis-analisis fonetik dan fonologi bagi realisasi nada Thai telah disediakan oleh Moren & Zsiga (2006)[3] dan Zsiga & Nitisaroj (2007).[4]

 
Carta nada bahasa Thai

Catatan:

  1. Nilai nada lima tingkat: Tengah [33], Rendah [21], Turun [43], Tinggi [44], Naik [323]. Secara tradisi, nada tinggi tercatat sebagai [44] atau [45]. Demikianlah untuk generasi tua, tetapi generasi muda semakin kerap menyebutnya sebagai [334].[5][6]
  2. Untuk perubahan diakronik nilai nada, sila rujuk Pittayaporn (2007).[7]
  3. Kelima-lima nada hanya terpakai dalam "suku kata hidup", iaitu yang berakhir dengan vokal panjang atau sonoran (/m/, /n/, /ŋ/, /j/, /w/). "Suku kata mati" pula, iaitu yang berakhir dengan hentian (/p/, /t/, /k/) atau vokal pendek, hanya mendapat tiga nada, iaitu rendah, tinggi, dan jatuh. Oleh sebab suku kata yang berakhir dengan vokal pendek mungkin ditutup dengan hentian glotis (lebih-lebih lagi dalam pertuturan lambat), maka semua "suku kata mati" adalah tertutup dari segi fonetik dan oleh itu terkurang nadanya.

Suku kata terbuka

sunting
Nada Nama Thai Contoh Fonemik Fonetik Glos
Tengah สามัญ คา /kʰāː/ [kʰaː˧] 'pasung'
Rendah เอก ข่า /kʰàː/ [kʰaː˨˩] atau [kʰaː˩] 'lengkuas'
Turun โท ค่า /kʰâː/ [kʰaː˥˩] 'nilai'
Tinggi ตรี ค้า /kʰáː/ [kʰaː˦˥] atau [kʰaː˥] 'berdagang'
Naik จัตวา ขา /kʰǎː/ [kʰaː˩˩˦] atau [kʰaː˩˦] 'kaki'

Suku kata tertutup

sunting
Nada Nama Thai Contoh Fonemik Fonetik Glos
Rendah (vokal pendek) เอก หมัก /màk/ [mak̚˨˩] 'perap'
Rendah (vokal panjang) เอก หมาก /màːk/ [maːk̚˨˩] 'pinang (buah)'
Tinggi ตรี มัก /mák/ [mak̚˦˥] 'sering, selalu'
Turun โท มาก /mâːk/ [maːk̚˥˩] 'banyak'

Bagi sesetengah kata serapan Inggeris, suku kata tertutup bervokal panjang yang berakhir dengan hentian mempunyai nada tinggi, manakala suku kata tertutup bervokal pendek yang berakhir dengan hentian mempunyai nada turun.

Nada Nama Thai Contoh Fonemik Fonetik Glos
Tinggi ตรี มาร์ก /máːk/ [maːk̚˦˥] 'Marc, Mark' (nama orang)
Tinggi ตรี ชาร์จ /tɕʰáːt/ [tɕʰaːt̚˦˥] 'mengecas' (dari charge)
Turun โท เมกอัป /méːk.ʔâp/ [meːk̚˦˥.ʔap̚˥˩] 'bersolek' (dari make-up)
Turun โท แร็กเกต /rɛ́k.kêt/ [rɛk̚˦˥.ket̚˥˩] 'raket' (dari racket)

Tatabahasa

sunting

Dari sudut pandangan tipologi linguistik, bahasa Thai boleh dianggap sebagai bahasa analitik [en]. Urutan katanya adalah "subjek-kerja-objek",[8] tetapi subjeknya sering digugurkan. Bahasa Thai adalah bahasa isolatif [en] yang tiada sebarang bentuk morfologi tasrif sama sekali.[9] Kata ganti nama dipilih sesuai dengan jantina dan darjat penutur dan pendengar.

Kata adjektif

sunting

Kata adjektif (atau kata sifat) boleh digunakan bagi menerangkan kata nama, kata kerja, atau kata sifat lain.

คน

khon

[kʰōn

อ้วน

uan

ʔûan]

คน อ้วน

khon uan

[kʰōn ʔûan]

'orang gemuk'

คน

khon

[khōn

ที่

thi

tʰîː

อ้วน

uan

ʔûan

เร็ว

reo

rēw]

คน ที่ อ้วน เร็ว

khon thi uan reo

[khōn tʰîː ʔûan rēw]

'orang yang cepat menggemuk'

Ayat perbandingan berbentuk "A X กว่า B" (kwa, [kwàː]), 'A lebih X daripada B'. Kepalingan pula terungkap sebagai "A X ที่สุด" (thi sut, [tʰîː sùt]), 'A paling X'.

เขา

khao

[kʰǎw

อ้วน

uan

ʔûan

กว่า

kwa

kwàː

ฉัน

chan

tɕʰǎn]

เขา อ้วน กว่า ฉัน

khao uan kwa chan

[kʰǎw ʔûan kwàː tɕʰǎn]

'Dia [lebih] gemuk daripada aku.'

เขา

khao

[kʰǎw

อ้วน

uan

ʔûan

ที่สุด

thi sut

tʰîː sùt]

เขา อ้วน ที่สุด

khao uan {thi sut}

[kʰǎw ʔûan tʰîː sùt]

'Dia [adalah yang] paling gemuk.'

Kata adjektif boleh digunakan sebagai predikat lengkap. Oleh sebab itu, banyak perkataan yang digunakan untuk menandakan kala kata kerja boleh digunakan untuk menerangkan kata adjektif.

ฉัน

chan

[tɕʰǎn

หิว

hio

hǐw]

ฉัน หิว

chan hio

[tɕʰǎn hǐw]

'Aku lapar.'

ฉัน

chan

[tɕʰǎn

จะ

cha

tɕàʔ

หิว

hio

hǐw]

ฉัน จะ หิว

chan cha hio

[tɕʰǎn tɕàʔ hǐw]

'Aku akan lapar.'

ฉัน

chan

[tɕʰǎn

กำลัง

kamlang

kāmlāŋ

หิว

hio

hǐw]

ฉัน กำลัง หิว

chan kamlang hio

[tɕʰǎn kāmlāŋ hǐw]

'Aku sedang lapar.'

ฉัน

chan

[tɕʰǎn

หิว

hio

hǐw

แล้ว

laeo

lɛ́ːw]

ฉัน หิว แล้ว

chan hio laeo

[tɕʰǎn hǐw lɛ́ːw]

'Aku sudah lapar.'

  • Perhatian: ฉันหิวแล้ว pada dasarnya bermakna 'Aku sudah lapar' kerana แล้ว ([lɛ́ːw]) lazimnya menandakan perubahan keadaan, tetapi แล้ว mempunyai banyak kegunaan lain. Misalnya, dalam ayat แล้วเธอจะไปไหน ([lɛ́ːw tʰɤ̄ː tɕàʔ pāj nǎj]): 'Jadi, awak hendak pergi ke mana?', แล้ว ([lɛ́ːw]) digunakan sebagai penanda wacana.

Kata kerja

sunting

Kata kerja tidak mengalami sebarang perubahan tasrif. Hubungan antara subjek, objek langsung dan tidak langsung disampaikan melalui urutan kata dan kata kerja bantu. Kata kerja transitif mengikut corak subjek-kerja-objek.

ฉัน

chan

[tɕʰǎn

1SG

ตี

ti

tīː

hit

เขา

khao

kʰǎw]

3SG

ฉัน ตี เขา

chan ti khao

[tɕʰǎn tīː kʰǎw]

1SG hit 3SG

'Aku pukul dia.'

เขา

khao

[kʰǎw

3SG

ตี

ti

tīː

hit

ฉัน

chan

tɕʰǎn]

1SG

เขา ตี ฉัน

khao ti chan

[kʰǎw tīː tɕʰǎn]

3SG hit 1SG

'Dia pukul aku.'

Untuk mengungkapkan kala, aspek dan modus [en] (KAM), sistem kata kerja Thai menggunakan kata bantu dan turutan kata kerja.[10][9] Penanda KAM sebenarnya tidak wajib dan sering digugurkan dalam pertuturan bahasa; oleh yang demikian, erti sebenar ditentukan melalui konteks.[10] Ini menyebabkan ayat-ayat yang ketiadaan penanda KAM dan konteks tersurat menjadi tidak jelas ertinya dan tertakluk kepada pelbagai tafsiran.

ฉัน

chan

[tɕʰǎn

กิน

kin

kīn

ที่

thi

tʰîː

นั่น

nan

nân]

ฉัน กิน ที่ นั่น

chan kin thi nan

[tɕʰǎn kīn tʰîː nân]

'Aku makan di situ.'

ฉัน

chan

 

กิน

kin

 

ที่

thi

 

นั่น

nan

 

เมื่อวาน

mueawan

semalam

ฉัน กิน ที่ นั่น เมื่อวาน

chan kin thi nan mueawan

{} {} {} {} semalam

'Aku makan di situ semalam.'

ฉัน

chan

 

กิน

kin

 

ที่

thi

 

นั่น

nan

 

พรุ่งนี้

phrungni

esok

ฉัน กิน ที่ นั่น พรุ่งนี้

chan kin thi nan phrungni

{} {} {} {} esok

'Aku makan di situ esok.'

Oleh yang demikian, ayat chan kin thi nan boleh ditafsirkan sebagai 'Aku sedang makan di situ', 'Aku selalu makan di situ', 'Aku akan makan di situ' atau 'Aku sudah makan di situ'. Penanda aspek terbahagi kepada empat kumpulan mengikut kegunaan masing-masing.[10] Penanda tersebut boleh hadir sebelum atau selepas kata kerja. Senarai yang berikut adalah antara penanda aspek yang paling umum. Sesetengahnya juga merupakan kata kerja sendiri yang membawa maksud berlainan. Misalnya, yu (อยู่) sebagai kata kerja penuh bermaksud 'berada', 'tinggal' atau 'kekal', tetapi sebagai kata bantu ia boleh disifatkan sebagai penanda aspek yang bersamaan dengan 'masih'.[10]

  • Imperfektif ('masih, belum')
    • อยู่ yu
    • ไป pai
    • ยัง yang
    • กำลัง kamlang
  • Perfektif
    • ได้ dai
  • Sempurna
    • แล้ว laeo
    • มา ma
  • Prospektif/Depan
    • จะ cha

Penanda aspek imperfektif กำลัง (kamlang, [kām.lāŋ], 'buat masa sekarang') digunakan sebelum kata kerja untuk menandakan perbuatan yang sedang berlangsung (bersamaan dengan 'sedang', 'tengah' dalam bahasa Melayu). Kamlang pada umumnya ditafsirkan sebagai penanda aspek progresif.[11][12] Begitu juga, อยู่ (yu, [jùː]) adalah penanda aspek selepas kata kerja yang bersamaan dengan aspek berlanjutan 'masih'.[10]

เขา

khao

[kʰǎw

กำลัง

kamlang

kām.lāŋ

วิ่ง

wing

wîŋ]

เขา กำลัง วิ่ง

khao kamlang wing

[kʰǎw kām.lāŋ wîŋ]

เขา

khao

[kʰǎw

วิ่ง

wing

wîŋ

อยู่

yu

jùː]

เขา วิ่ง อยู่

khao wing yu

[kʰǎw wîŋ jùː]

เขา

khao

[kʰǎw

กำลัง

kamlang

kām.lāŋ

วิ่ง

wing

wîŋ

อยู่

yu

jùː]

เขา กำลัง วิ่ง อยู่

khao kamlang wing yu

[kʰǎw kām.lāŋ wîŋ jùː]

'Dia sedang berlari.'

Penanda ได้ (dai, [dâːj]) biasanya diulas sebagai penanda kala lampau apabila hadir sebelum kata kerja.[9] Sebagai kata kerja penuh, dai bermaksud 'mendapat' atau 'menerima'. Apabila digunakan selepas kata kerja pula, dai membawa maksud kemungkinan atau keberhasilan kata kerja utama, yakni bersamaan dengan 'boleh' atau 'dapat'.[10]

ex:

เขา

khao

[kʰǎw

ได้

dai

dâːj

ไป

pai

pāj

เที่ยว

thiao

tʰîaw

เมือง

mueang

mɯ̄aŋ

ลาว

lao

lāːw]

เขา ได้ ไป เที่ยว เมือง ลาว

khao dai pai thiao mueang lao

[kʰǎw dâːj pāj tʰîaw mɯ̄aŋ lāːw]

Dia telah melawat Laos. (Lampau/Perfektif)

ex:

เขา

khao

[kʰǎw

3SG

ตี

ti

tīː

pukul

ได้

dai

dâːj]

POT

เขา ตี ได้

khao ti dai

[kʰǎw tīː dâːj]

3SG pukul POT

'Dia boleh memukul' atau 'Dia dapat memukul.' (Kemungkinan)

แล้ว (laeo, [lɛ́ːw]; 'sudah') dilayan sebagai penanda aspek sempurna.[11] Dalam erti kata lain, laeo menandakan peristiwanya sebagai sudah selesai pada ketika ia disebut. Laeo juga membawa maksud lain di samping kegunaannya sebagai penanda KAM. Laeo boleh menjadi kata hubung untuk perbuatan berturut-turut, ataupun kata kerja yang bermaksud 'selesai'.

เขา

khao

[kʰǎw

3SG

ได้

dai

dâːj

PST

กิน

kin

kīn]

makan

เขา ได้ กิน

khao dai kin

[kʰǎw dâːj kīn]

3SG PST makan

Dia pernah makan. (Lampau)

เขา

khao

[kʰǎw

3SG

กิน

kin

kīn

makan

แล้ว

laeo

lɛ́ːw]

PRF

เขา กิน แล้ว

khao kin laeo

[kʰǎw kīn lɛ́ːw]

3SG makan PRF

Dia sudah makan. (Sempurna)

เขา

khao

[kʰǎw

3SG

ได้

dai

dâːj

PST

กิน

kin

kīn

makan

แล้ว

laeo

lɛ́ːw]

PRF

เขา ได้ กิน แล้ว

khao dai kin laeo

[kʰǎw dâːj kīn lɛ́ːw]

3SG PST makan PRF

Dia sudah makan. (Lampau/Sempurna)

Kala depan terungkap dengan จะ (cha, [tɕàʔ]; 'akan') sebelum kata kerja, ataupun ungkapan waktu yang menandakan masa depan. Contohnya:

ex:

เขา

khao

[kʰǎw

3SG

จะ

cha

tɕàʔ

FUT

วิ่ง

wing

wîŋ]

lari

เขา จะ วิ่ง

khao cha wing

[kʰǎw tɕàʔ wîŋ]

3SG FUT lari

'Dia akan berlari.'

Ragam pasif ditandakan dengan membubuh ถูก (thuk, [tʰùːk]) sebelum kata kerja. Contohnya:

ex:

เขา

khao

[kʰǎw

3SG

ถูก

thuk

tʰùːk

PASS

ตี

ti

tīː]

pukul

เขา ถูก ตี

khao thuk ti

[kʰǎw tʰùːk tīː]

3SG PASS pukul

'Dia dipukul.'

Ini menggambarkan perbuatan yang berlaku di luar kawalan penerima dan oleh itu mengungkapkan pengalaman.

Penafian ditandakan dengan perkataan ไม่ (mai, [mâj]; 'tidak') sebelum kata kerja.

  • เขาไม่ตี, (khao mai ti) 'Dia tidak memukul'.

Bahasa Thai menggunakan kata kerja berturutan (atau kata kerja majmuk). Terdapat beberapa kombinasi kata sering digunakan dan boleh dianggap sebagai ungkapan tetap (set phrase).

ex:

เขา

khao

[kʰǎw

dia

ไป

pai

pāj

pergi

กิน

kin

kīn

makan

ข้าว

khao

kʰâːw]

nasi

เขา ไป กิน ข้าว

khao pai kin khao

[kʰǎw pāj kīn kʰâːw]

dia pergi makan nasi

'Dia pergi makan nasi'

ex:

ฉัน

chan

[tɕʰǎn

aku

ฟัง

fang

fāŋ

dengar

ไม่

mai

mâj

tidak

เข้าใจ

khao chai

kʰâw tɕāj]

faham

ฉัน ฟัง ไม่ เข้าใจ

chan fang mai {khao chai}

[tɕʰǎn fāŋ mâj kʰâw tɕāj]

aku dengar tidak faham

'Aku tidak faham cakapnya'

ex:

เข้า

khao

[kʰâw

masuk

มา

ma

māː]

datang

เข้า มา

khao ma

[kʰâw māː]

masuk datang

'Masuk' (perintah)

ex:

ออก

ok

[ʔɔ̀ːk

keluar

ไป!

pai

pāj]

pergi

ออก ไป!

ok pai

[ʔɔ̀ːk pāj]

keluar pergi

'Keluar!'

Kata nama

sunting

Kata nama dalam bahasa Thai tidak mempunyai tasrif, gender mahupun kata sandang. Semuanya adalah "kata nama asas [en]" (bare noun) yang boleh ditafsirkan sebagai mufrad, jamak, tentu atau tidak tentu.[13]

Sesetengah kata nama tertentu digandakan untuk membentuk kata kolektif, sama seperti dalam bahasa Melayu; contohnya: เด็ก (dek, 'anak') sering digandakan menjadi เด็ก ๆ (dek dek) untuk membawa maksud sekelompok kanak-kanak.

Perkataan พวก (phuak, [pʰûak]) boleh digunakan sebagai imbuhan awalan pada kata nama atau kata ganti nama untuk membentuk kata kolektif yang menjamakkan atau menegaskan kata akarnya. (พวกผม, phuak phom, [pʰûak pʰǒm], 'kami', disebut oleh kaum lelaki; พวกเรา phuak rao, [pʰûak rāw], 'kami/kita', ditegaskan; พวกหมา phuak ma, 'anjing-anjing'). Kata jamak terungkap dengan menambah penjodoh bilangan (ลักษณนาม) seperti dalam bahasa Melayu, tetapi mengikut urutan kata nama-bilangan-penjodoh:

ครู

khru

[kʰrūː

guru

ห้า

ha

hâː

lima

คน

khon

kʰōn]

orang

ครู ห้า คน

khru ha khon

[kʰrūː hâː kʰōn]

guru lima orang

"lima orang guru"

Penjodoh bilangan sentiasa digunakan apabila terdapat kata nama dan bilangan.

Pemilikan terungkap dengan menambah perkataan ของ (khong) sebelum kata nama atau kata ganti nama, tetapi selalunya boleh digugurkan. Contoh:

ลูก

luk

[lûːk

anak

ของ

khong

kʰɔ̌ːŋ

kepunyaan

แม่

mae

mɛ̂ː]

emak

ลูก ของ แม่

luk khong mae

[lûːk kʰɔ̌ːŋ mɛ̂ː]

anak {kepunyaan} emak

"anak emak"

นา

na

[nāː

sawah

อา

a

ʔāː]

pak cik

นา อา

na a

[nāː ʔāː]

sawah {pak cik}

"sawah pak cik"[14]

Frasa nama

sunting

Frasa nama dalam bahasa Thai sering menggunakan kelas penjodoh bilangan yang khusus. Seperti yang dinyatakan tadi, penjodoh bilangan wajib digunakan apabila kata nama hadir dengan bilangan; contohnya:

ผู้หญิง

phuying

[pʰûː.jǐŋ

perempuan

สอง

song

sɔ̌ːŋ

dua

คน

khon

kʰōn]

CL

ผู้หญิง สอง คน

phuying song khon

[pʰûː.jǐŋ sɔ̌ːŋ kʰōn]

perempuan dua CL

dua orang perempuan[15]

Dalam contoh tadi, khon (คน) bertindak sebagai penjodoh bilangan dalam frasa nama. Urutan kata nama-bilangan-penjodoh juga dituruti. Penjodoh bilangan juga diperlukan untuk membentuk frasa nama yang mempunyai kata kuantiti seperti ทุก ('semua', 'setiap'), บาง ('sesetengah'). Contoh-contoh di bawah ditunjukkan menggunakan penjodoh bilangan khon 'orang':

นักเรียน

nak rian

[nák rīan

pelajar

ทุก

thuk

tʰúk

setiap

คน

khon

kʰōn]

CL

{นักเรียน} ทุก คน

{nak rian} thuk khon

[nák rīan tʰúk kʰōn]

pelajar setiap CL

"setiap pelajar"

ครู

khru

[kʰrūː

guru

บาง

bang

bāːŋ

sesetengah

คน

khon

kʰōn]

CL

ครู บาง คน

khru bang khon

[kʰrūː bāːŋ kʰōn]

guru sesetengah CL

"sesetengah guru"

Akan tetapi, penjodoh bilangan tidak digunakan untuk bilangan negatif (atau ketiadaan). Ketiadaan terungkap dengan corak ไม่มี (mai mi, [mâj mīː]) diikuti kata nama. Penjodoh bilangan juga digunakan untuk ungkapan penunjuk seperti นี้ (ni, [níː]; 'ini') dan นั่น (nan, [nán]; 'itu'); cuma sintaksnya berbeza dari ungkapan bilangan dan mengikut corak kata nama-penjodoh bilangan-penunjuk. Contohnya, frasa nama "anjing ini" diucapkan sebagai หมาตัวนี้ ([mǎː tuːa níː], secara harfiah, 'anjing ekor ini').[15]

Kata ganti nama

sunting

Kata ganti nama subjek sering digugurkan, dan ada kalanya digantikan dengan nama timangan. Kata ganti nama diri tersusun mengikut tingkat-tingkat kehormatan perlu dipilih sesuai dengan hubungan kekeluargaan dan darjat antara penutur dan pendengar. Juga terdapat kata ganti nama diri khusus untuk kerabat diraja dan sami Buddha. Yang berikut adalah kata ganti nama kegunaan hari-harian:

Kata RTGS AFA Maksud
ผม phom [pʰǒm] saya (lelaki; formal)
ดิฉัน dichan [dī.tɕʰǎn] saya (perempuan; formal)
ฉัน chan [tɕʰǎn] aku/saya (terutamanya perempuan; informal) Umum disebut [tɕʰán]
กู ku [kūː] aku (informal/kasar)
หนู nuu [nǔː] saya (disebut oleh perempuan kepada orang tua)[16]
เรา rao [rāw] kami/kita, aku (santai), kamu (kadangkala disebut oleh orang tua kepada orang muda)
คุณ khun [kʰūn] anda (sopan)
ท่าน than [tʰâ(ː)n] anda/tuan (penghormatan tinggi)
แก kae [kɛ̄ː] engkau (informal, dalan kalangan sahabat handai)[17]
เธอ thoe [tʰɤ̄ː] engkau/awak (informal), dia (informal, perempuan)
พี่ phi [pʰîː] abang, kakak (taulan tua-tua)
น้อง nong [nɔ́ːŋ] adik (taulan muda-muda)
เขา khao [kʰǎw] dia
มัน man [mān] ia (bukan manusia), dia (santai, mungkin menghina orang terbabit)
มึง mueng [mɯ̄ŋ] engkau (informal/tidak sopan/lucah)

Terdapat kata ganti nama refleksif iaitu ตัวเอง (tua eng) yang membawa maksud 'sendiri'. Ini boleh dicampurkan dengan satu lagi kata ganti nama untuk membentuk kata ganti nama kediri [en] (intensive pronoun) seperti ตัวผมเอง (tua phom eng, secara harfiah: 'saya sendiri') atau ตัวคุณเอง (tua khun eng, 'anda sendiri').

Bahasa Thai tidak mempunyai kata ganti milik. Sebaliknya, pemilikan terungkap dengan kata partikel ของ (khong). Contohnya, "ibu saya" disebut แม่ของผม (mae khong phom); frasa milikan menggunakan aturan "D-M" sama seperti bahasa Melayu. Kata ของ selalunya bersifat tersirat, maka frasanya dipendekkan menjadi แม่ผม (mae phom).

Kata ganti diri jamak terbentuk dengan menambah perkataan พวก (phuak) di hadapan kata ganti diri mufrad; contohnya: พวกเขา (phuak khao, 'mereka'), dan พวกเธอ (phuak thoe, 'kau orang') . Satu-satunya yang terkecuali ialah เรา (rao) yang boleh digunakan sebagai mufrad mahupun jamak, tetapi juga terdapat dalam bentuk พวกเรา (phuak rao) yang jamak sahaja.

Bahasa Thai mempunyai banyak lagi kata ganti diri selain daripada yang tersenarai di atas, malah penggunaannya banyak nuansanya.

Partikel

sunting

Partikel [id] merupakan perkataan yang dibubuhkan di akhir ayat untuk menandakan penghormatan, galakan atau bermacam-macam suasana, di samping juga menandakan keformalan. Ia tidak digunakan dalam bahasa bertulis formal. Antara partikel paling am yang menandakan penghormatan termasuk ครับ (khrap, [kʰráp], disebut dengan nada tinggi) bagi penutur lelaki, dan ค่ะ (kha, [kʰâʔ], disebut dengan nama turun) bagi penutur perempuan. Dalam ayat pertanyaan atau permohonan, partikel ค่ะ (nada turun) bertukar menjadi คะ (nada tinggi).

Antara partikel am lain termasuk:

Kata RTGS AFA Maksud
จ้ะ, จ้า atau จ๋า cha [tɕâʔ], [tɕâː] atau [tɕǎː] Menandakan penegasan. Digunakan dalam konteks kurang formal apabila berbual dengan sahabat handai atau orang muda/bawahan[18]
ละ or ล่ะ la [láʔ] or [lâʔ ~ làʔ] Menandakan penegasan.
สิ si [sìʔ] Menandakan penegasan atau perintah. Boleh ditafsirkan sebagai arahan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu[18]
นะ na [náʔ] Menandakan penghalusan bahasa; mengungkapkan permintaan atau menjadikan pertuturan kedengaran lebih mesra.

Laras bahasa

sunting

Bahasa Thai Pusat terdiri daripada beberapa tingkat laras bahasa, setiap satunya untuk konteks sosial berbeza:

  • Bahasa basahan (ภาษาพูด, phasa phut, 'bahasa tuturan'): tidak formal, tanpa kata sapaan sopan, digunakan dalam kalangan sahabat handai dan sanak-saudara terdekat.
  • Bahasa simbai (ภาษาเขียน, phasa khian, 'bahasa tulisan'): bentuk bertulis dan rasmi, mempunyai kata sapaan hormat; disiarkan dalam akhbar dalam bentuk ringkas.
  • Bahasa retorik: digunakan dalam ucapan awam.
  • Bahasa keagamaan: sarat dengan pengaruh bahasa Sanskrit dan Pāli, digunakan ketika membincangkan agama Buddha atau menyapa biksu (sami).
  • Bahasa istana (ราชาศัพท์, racha sap): dipengaruhi oleh bahasa Khmer, digunakan bagi menyapa kerabat diraja atau menerangkan aktiviti mereka.

Kebanyakan rakyat Thai boleh mempertuturkan dan memahami semua konteks dari tingkatan bahasa-bahasa itu. Bahasa basahan maupun simbai merupakan asas kepada segala pertuturan.[19][perlu rujukan] Bahasa retorik, keagamaan dan istana diajar dalam kurikulum kebangsaan dan sekolah.

Penggunaan perbendaharaan kata berubah sesuai dengan penggunaan laras bahasa. Contohnya dalam jadual berikut:

"makan" AFA Laras Catatan tambahan
กิน kin [kīn] am
แดก daek [dɛ̀ːk] kasar
ยัด yat [ját] kasar Maksud asal: 'menyumbat'
บริโภค boriphok [bɔ̄ː.rī.pʰôːk] formal, tulisan
รับประทาน rapprathan [ráp.prā.tʰāːn] formal, sopan Juga dipendekkan kepada ทาน /tʰāːn/.
ฉัน chan [tɕʰǎn] keagamaan
เสวย sawoei [sā.wɤ̌ːj] istana Bersamaan dengan bahasa istana Melayu 'bersantap'.

Perbendaharaan kata

sunting

Selain daripada kata majmuk dan kata-kata serapan dari bahasa asing, kebanyakan perkataan Thai ekasukuan.

Pernah terdapat pengaruh bahasa Cina yang kuat sehingga abad ke-13 apabila penggunaan aksara Cina diberhentikan dan digantikan oleh aksara Sanskrit dan Pali. Namun demikian, kosa kata Thai mengekalkan banyak perkataan dari bahasa Cina Pertengahan.[20][21][22]

Kemudian, banyak kosa kata diserap dari bahasa Indik (Sanskrit dan Pāli), khususnya peristilahan agama Buddha. Perkataan Indik membawa laras bahasa lebih formal dan boleh diibaratkan dengan perkataan serapan Arab dalam bahasa Melayu. Bahasa Thai juga dipengaruhi oleh bahasa Khmer Kuno [en] terutamanya dari segi peristilahan bahasa istana. Semenjak permulaan abad ke-20, pengaruh asing paling kuat datang dari bahasa Inggeris, khususnya dalam peristilahan moden seperti bidang sains dan teknologi dan hubungan antarabangsa.

Asal=usul Contoh AFA Maksud
Asli ไฟ [fāj] api
น้ำ [náːm] air
เมือง [mɯ̄aŋ] bandar
รุ่งเรือง [rûŋ.rɯ̄aŋ] makmur
Indik:
Pāli atau Sanskrit
Contoh AFA Kata asal Maksud
สวัสดี [sa.wat.diː] स्वस्ति svasti[23] "salam!"
อัคนี [ʔàk.kʰā.nīː] अग्नि agni api
ชล [tɕʰōn] जल jala[24] air
ธานี [tʰāː.nīː] धानी dhānī bandar
วิโรจน์ [wí(ʔ).rôːt] विरोचन virócana makmur

Sistem tulisan

sunting
 
"Kerajaan Thai" dalam tulisan Thai.

Bahasa Thai ditulis dalam aksara Thai, iaitu sebuah sistem tulisan abugida yang ditulis dari kiri ke kanan. Bahasa dan tulisannya serumpun dengan bahasa dan aksara Lao. Kebanyakan penutur Lao yang celik huruf boleh memahami dan membaca bahasa Thai kerana kedua-dua bahasa mempunyai persamaan dari segi lebih separuh kosa katanya dan juga dari segi tatabahasa dan fonologi.

Orang Thai mencipta sistem tulisan sendiri dengan menerima guna dan mengubah suai aksara Khmer. Rata-ratanya sebutan boleh disimpulkan dari tulisan, tetapi ortografinya adalah kompleks kerana terdapat huruf-huruf bisu untuk memelihara ejaan asal, malah terdapat berbilang huruf yang menandakan fonem yang sama. Prasasti dalam bahasa Thai mula muncul sekitar tahun 1292 M walhal prasasti Khmer tertua yang diketahui bertarikh 611 M. Antara ciri-cirinya ialah:

  1. Merupakan tulisan abugida yang mana vokal tersiratnya [en] adalah /a/ pendek dalam suku kata tanpa konsonan akhir, dan /o/ pendek dalam suku kata berkonsonan akhir. Contoh:
  2. Tanda nada, jika hadir, terletak di atas konsonan onset akhir dalam suku kata.
  3. Vokal yang disebut selepas konsonan awal terletak sebelum, selepas, di atas atau bawah konsonan itu, ataupun di lebih dari satu posisi sekali gus.

Transkripsi

sunting

Tidak terdapat kaedah yang diterima sejagat untuk mentranskripsikan tulisan Thai ke dalam abjad Rumi. Misalnya, nama lapangan terbang utama Bangkok boleh ditranskripsikan sebagai Suvarnabhumi, Suwannaphum, atau Suwunnapoom. Buku panduan, buku teks dan kamus semuanya boleh menggunakan sistem berlainan. Oleh sebab itulah banyak kursus bahasa menyarankan supaya pelajar menguasai tulisan Thai.[25][26][27][28]

Antara piawaian rasmi termasuk Sistem Am Transkripsi Diraja Thai (RTGS) yang diterbitkan oleh Institut Diraja Thailand [en],[29] dan sistem ISO 11940-2 [en] yang didefinisikan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO). Sistem RTGS banyak diterima guna oleh kerajaan pusat dan tempatan Thailand, khususnya untuk papan tanda jalan.[30] Kelemahan utamanya adalah tidak menandakan nada atau kepanjangan vokal. Oleh sebab sistem ini berdasarkan lafazan dan bukan ortografi, maka mustahil untuk membina semula ejaan Thai dari perumian RTGS.

Transliterasi

sunting

Pertubuhan ISO telah menerbitkan piawaian antarabangsa untuk transliterasi (alih aksara) bahasa Thai kepada tulisan Rumi pada September 2003, iaitu ISO 11940 [en].[31] Dengan membubuh tanda diakritik pada huruf-huruf Latin, ia menjadikan transkripsi boleh disongsangkan, dan oleh itu ia merupakan transliterasi sejati. Sistem ini digunakan terutamanya oleh Google Terjemah, tetapi nampaknya tidak kelihatan dalam pelbagai konteks lain seperti buku teks dan bahan-bahan pembelajaran lain.

Nota kaki

sunting
  1. ^ อ awal adalah senyap, oleh itu dikira sebagai hentian glotis.
  2. ^ ฃ dan ฅ tidak lagi digunakan, maka bahasa Thai moden dikatakan mempunyai 42 huruf konsonan.
  3. ^ Hentian glotis hadir di hujung apabila tiada konsonan akhir menyusuli vokal pendek

Rujukan

sunting
  1. ^ digunakan di Malaysia termasuk dalam kalangan masyarakat Siam sana
  2. ^ Tingsabadh & Abramson (1993:25)
  3. ^ Morén, Bruce; Zsiga, Elizabeth (2006). "The Lexical and Post-Lexical Phonology of Thai Tones*". Natural Language & Linguistic Theory (dalam bahasa Inggeris). 24 (1): 113–178. doi:10.1007/s11049-004-5454-y. ISSN 0167-806X. S2CID 170764533.
  4. ^ Zsiga, Elizabeth; Nitisaroj, Rattima (2007). "Tone Features, Tone Perception, and Peak Alignment in Thai". Language and Speech (dalam bahasa Inggeris). 50 (3): 343–383. doi:10.1177/00238309070500030301. ISSN 0023-8309. PMID 17974323. S2CID 18595049.
  5. ^ Teeranon, Phanintra. (2007). "The change of Standard Thai high tone: An acoustic study and a perceptual experiment". SKASE Journal of Theoretical Linguistics, 4(3), 1-16.
  6. ^ Thepboriruk, Kanjana. (2010). "Bangkok Thai Tones Revisited". Journal of the Southeast Asian Linguistics Society, 3(1), 86-105.
  7. ^ Pittayaporn, Pittayawat. (2007). "Directionality of Tone Change". Proceedings of the 16th International Congress of Phonetic Sciences (ICPhS XVI).
  8. ^ Warotamasikkhadit, Udom (1972). Thai Syntax. The Hague: Mouton.
  9. ^ a b c Bisang, W. (1991), "Verb serialisation, grammaticalisation, and attractor positions in Chinese, Hmong, Vietnamese, Thai and Khmer", Partizipation: das sprachliche Erfassen von Sachverhalten, Tübingen: Narr, m/s. 509–562, dicapai pada 2021-05-02
  10. ^ a b c d e f Jenny, Mathias; Ebert, Karen H.; Zúñiga, Fernando (2001), "The aspect system of Thai", Aktionsart and Aspectotemporality in non-European languages, Zürich: Seminar für Allgemeine Sprachwissenschaft, Universität Zürich, m/s. 97–140, ISBN 978-3-9521010-8-7, dicapai pada 2021-05-02
  11. ^ a b Boonyapatipark, Tasanalai (1983). A study of aspect in Thai (dalam bahasa Inggeris). University of London.
  12. ^ Koenig, Jean-Pierre; Muansuwan, Nuttanart (2005). "The Syntax of Aspect in Thai". Natural Language & Linguistic Theory. 23 (2): 335–380. doi:10.1007/s11049-004-0488-8. ISSN 0167-806X. JSTOR 4048104. S2CID 170429648.
  13. ^ Jenks, Peter (2011). The Hidden Structure of Thai Noun Phrases (PDF) (PhD dissertation). Harvard University. ISBN 978-1-267-10767-1. S2CID 118127511. ProQuest 915016895. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2015-05-03.
  14. ^ "Thailanguage.org". Dicapai pada 18 September 2010.
  15. ^ a b Smyth, David (2014). Thai (ed. 2nd). Hoboken: Taylor and Francis. ISBN 978-1-317-97457-4. OCLC 879025983.
  16. ^ "The Many Different Ways To Say "I"". Beginner Thai Speaking (dalam bahasa Inggeris). 28 September 2021. Dicapai pada 2021-11-12.
  17. ^ Joanne Tan. "How to say You in Thai Language". Learn Thai in Singapore.
  18. ^ a b "What Do 'krub' And 'ka' Mean In Thai Language & When To Use" (dalam bahasa Inggeris). 5 October 2021. Dicapai pada 2021-11-01.
  19. ^ "The Languages spoken in Thailand". Studycountry (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-12-26.
  20. ^ Haspelmath, Martin; Tadmor, Uri (2009). Loanwords in the World's Languages: A Comparative Handbook. m/s. 611. Thai is of special interest to lexical borrowing for various reasons. The copious borrowing of basic vocabulary from Middle Chinese and later from Khmer indicates that, given the right sociolinguistic context, such vocabulary is not at all immune
  21. ^ Haarmann, Harald (1986). Language in Ethnicity: A View of Basic Ecological Relations. m/s. 165. In Thailand, for instance, where the Chinese influence was strong until the Middle Ages, Chinese characters were abandoned in written Thai in the course of the thirteenth century.
  22. ^ Leppert, Paul A. (1992). Doing Business With Thailand. m/s. 13. At an early time the Thais used Chinese characters. But, under the influence of Indian traders and monks, they soon dropped Chinese characters in favor of Sanskrit and Pali scripts.
  23. ^ ada digunakan dalam batu bersurat Melayu lama di Batu Bersurat Talang Tuwo dan Kedukan Bukit
  24. ^ cf. kata Melayu klasik جلادريjeladeri "lautan"
  25. ^ Pronk, Marco (2013). The Essential Thai Language Companion: Reference Book: Basics, Structures, Rules (dalam bahasa Inggeris). Schwabe AG. m/s. v. ISBN 978-3-9523664-9-3. learn the Thai alphabet as early as possible, and get rid of romanized transcriptions as soon as you can
  26. ^ Juyaso, Arthit (2015). Read Thai in 10 Days (dalam bahasa Inggeris). Bingo-Lingo. m/s. xii. There have been attempts by Thai language schools to create a perfect phonetic system for learners, but none have been successful so far. ... Only Thai script is prevalent and consistent in Thailand.
  27. ^ Waites, Dan (2014). "Learning the Language: To Write or Not to Write". CultureShock! Bangkok (dalam bahasa Inggeris). Marshall Cavendish. ISBN 978-981-4516-93-8. you're far better off learning the Thai alphabet
  28. ^ Cooper, Robert (2019). "Learning Thai: Writing Thai in English". CultureShock! Thailand: A Survival Guide to Customs and Etiquette (dalam bahasa Inggeris). Marshall Cavendish. ISBN 978-981-4841-39-9. take a bit of time to learn the letters. The time you spend is saved many times over when you begin to really learn Thai.
  29. ^ Royal Thai General System of Transcription, terbitan Institut Diraja Thailand, hanya dalam bahasa Thai
  30. ^ Handbook and standard for traffic signs (PDF) (dalam bahasa Thai), Appendix ง, diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2017-11-15
  31. ^ ISO 11940 Standard.

Pautan luar

sunting